Kembar saya…..

Posted: 25th May 2008 by daddy in picto

saya tertarik sebenarnya pada gambar yang dihasilkan oleh abikal. lantas malam ini saya tergerak pula untuk mencuba sendiri selepas belajar mengenainya di sini.

ini adalah hasil pertama percubaan saya. masih terdapat elemen yang perlu diperbaiki

nota: sila abaikan spender-spender housemate saya yang tergantung di belakang sana. (lupa nak dialihkan)

ini pula percubaan kedua. menarik tetapi jika dihasilkan begini, ramai akan menyangka saya menggunakan teknik cermin.

mungkin di sini lebih jelas keadaannya. saya bersama-sama kembar-kembar saya sedang mengintai anak dara yang berjalan di luar rumah.

hahahaha…

  1. aishah says:

    aku suka gambar yang last sekali. yang tiga kembar tu. menarik!