erin sakit!

Posted: 8th July 2008 by daddy in Uncategorized

mlm tadi tetiba erin ku sakit. tanak bukak mata, takleh bernafas. bunyi nya sayup sayup sahaja.. iskk.. terpaksa diberi injection dengan bantuan encik zul. lepas injection, barulah nampak bernyawa.

pagi tadi, erin sakit lagi. kesian sungguh. minta bantuan rakan sekerja untuk beri erin satu lagi injection. lepas ok sikit, erin duduk lepak kat basement opis. satu hari sibuk dengan kerja, aku terlupa seketika yg erin menunggu kat basement. bila nak balik td, erin jatuh sakit lagi. langsung tanak buka mata. erin diam sahaja kat situ. aku keliru. erin ni sakit apa?

hendak ku bawa ke klinik, aku tiada masa. terlalu sibuk. tapi hari rabu ni aku akan mula bercuti. pagi2 rabu nanti, lepas beri erin satu lagi dos suntikan, aku akan bawa erin segera ke klinik. itu janjiku pada erin tadi.

erin, jangan buat papa macam ni. papa still perlukan erin dalam hidup ini. erin kena tabah tau, jangan peduli apa kata orang. papa tau, ada orang cakap erin semakin rendah. ada orang gores badan erin, erin semakin banyak makan dan minum. tp takpe erin, semua itu nanti ada pembalasan nya. malam tadi lepas papa mandikan erin, papa ingat erin dah ok. tak tau plak erin sakit lagi macam ni.

i love u erin! papa tunggu birthday erin bulan 8 nanti! papa ada hadiah istimewa untuk erin tau!

  1. aishah says:

    cacah doakan erin akan cepat2 sembuh. :)

    abang, jaga erin elok2 tau. baru nak masuk 2 tahun tu. kena lebihkan kasih sayang…

  2. pirateslelaki says:

    iyo lah cacah.. insyaAllah, dia takkan dipoligami

  3. aishah says:

    aku rasa sekarang ni pun dia ada rasa terabai jugak tu skit skit… hehe

  4. zahack says:

    selalunya simptom berkenaan adalah berkaitan dengan bateri dah nak kong…

  5. AyUmi says:

    erin = your car is it?

  6. pirateslelaki says:

    hak hak hak.. yes ayumi.. br je balik dr hantar erin ke spital… tukar jantung dia… sian.. skang ni br dapat bedegup dengan lancar.. pastu tukar darah dia… tukar urat sane sini… tukar tali pusat and lastly, tukar kaki dia.. har har har