Fennat

Posted: 7th August 2008 by daddy in hari ini

minggu ni minggu yang penat.

minggu depan pun dikhuatiri minggu yang penat.

isnin ngan selasa lepas di Persidangan Perkhidmatan Awam kat INTAN. ermmm, sort of la.. pasal banyak masa dihabiskan dengan melepak kat bilik kawan2 kat UDPA, rather than mendengar intipati persidangan.. hahaha.. jahat tull kan? mcm rugi je opis bayar RM600. tu la, lenkali jangan campur adukkan peserta di kalangan JUSA dengan pegawai gred bawahan ni.. kan dah jadi segan dah nak bercampur gaul.. haha..

smalam lak kena gi miting pagi pagi buta.. lepas miting, wat report. petang lak kena gi wat verifikasi stok. keje yang paling tak best walaupun power menulis report tu amat berkesan di dalam menjatuhkan air muka jabatan yang berkenaan.. hehehe… keji tull kan? but report must be fair la kan? mane leh wat report berdasarkan hasad dengki. tu pun kena ikut mood jugak.. keh keh keh

hari ni si pengarah dah menempek kat depan meja ni haa… nak makan bekfes nasi lemak kerang pon tak sempat. sakit jiwa dowwhhh… lepas tu plak berduyun duyun pegawai datang nak minta maklumat untuk star rating kementerian. huhu, bikin kaco la MAMPU ni… seb baik semua soalan boleh dijawab ngan tenang, aman dan damai tanpa menimbulkan suasana tegang…

esok tak tau lak ape yang nak timbul… floor plan opis baru tak siap lagi ni.. rasa nak engage je consultant ke arkitek ke.. tapi ape leh buat.. institut ni takda duit…

tadi bengang ngan PAR and pemandu… ingat korang tu bagus sangat ke? sampai nak melawan pegawai? mentang2 la korang tua lagi dari aku… kalo tak, dah lama aku tendang korang masuk tasik kat belakang opis ni.. nasib baik bila aku komplen korang kat pengarah, dia leh cakap, ” saya tak peduli diorang tu. sumbangan diorang bukannya banyak sangat.. takda diorang pun kita boleh idup..” hahahaha… korang tunggu la bila tiba masanya nanti… oleh sebab aku ada kuasa, aku akan syorkan korang ditukar ke pejabat pedalaman kat malaysia ni.. hahahaha… keji kan? gila kuasa kan? tapi nak buat cemane.. padan muka korang…

minggu depan kena jadi pengerusi buka tender… tender apa, takleh nak bagitau.. sbb tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (surat ada depan mata… huhu)

so kesimpulannya, sampai tahun depan je la aku keje kat sini.. dah nekad dah nak minta transfer.. kalo tak leh, gi wat master… tu je kaedah berkesan untuk keluar dari kepompong.. hahaha…

  1. aishah says:

    hmmm…sabar je lah banyak2…

  2. ahkon says:

    penat kan!
    eh…tendang je la…hahahahaha kalau pandai berenang mesti timbul or kalau berdosa ngan pegawai sure tenggelam…

    hehehe i’m BACK :)

  3. pirateslelaki says:

    gud that u r back cik yantie… where’s my subinier? ahaks…