Posted: 3rd September 2008 by daddy in Uncategorized

cakkk..

lama giler rasanya tak mengadu domba kat blog ni. salah satu sebab adalah.. MALAS.. satu lg sebab sibuk (biasa kan kita dengar alasan sebegitu rupa?)

entri yg lepas ttg orang kawen sana sini tu, dibuat dengan tergesa-gesa. time tu curik masa sket kat klia sementara tunggu flight ke JB. berkampung 4 hari 3 malam kat Puteri Pacific JB. persidangan strategik kementerian. suka tull diorang buat jauh2 kan? ape la salahnya buat persidangan tu kat sini je. takda la membazir duit rakyat. tp yg paling best utk trip kali ini adalah dinner atas kapal. belayar di persekitaran danga bay tu. ntah ape nama kapal tu, tak hengat dah. sambut malam merdeka kat kotaraya. hehe. lepak minum kat situ dengan kawan-kawan, tua dan muda.

pic ada, tp tak tau mana letak.

ramadhan tiba lagi. sempat la tarawikh kat surau perumahan ni. dah lama tinggalkan solat tarawikh. rasa-rasanya ada la setahun. :)

ayat yang paling best kedengaran sebelum solat tarawikh adalah.. “ko dah sunat? kalo belum sunat, ko pegi belakang. bagi abang-abang yang dah sunat berdiri kat depan.” satu lagi yang menggelikan anak tekak… ” ko dah sunat? tak caya lah.. apa buktinya?” hampeh tull.. takkan la budak kecik tu nak tunjuk anu nya kat depan orang ramai, kat masjid lak tu..

hari pertama puasa, kitorang gi param kat bangi fasa 1. boleh tahan jugak la. tak sesak sangat, sebab mungkin.. 1) dah lewat.. kitorang tiba dalam pukul 6.30 lebey2..  2) sebab ujan.. (bawa payung dua kaki)

smalam gi shopping kat jusco. lepas shopping, kitorang berbuka kat kfc je. takpe la.. awal-awal ramadhan ni, berbuka fast food je.. nnt dah lama-lama, leh la makan kat hotel (yak aa awww)

smalam kat opis, tertido atas meja. time tu pkl 11 lebih. ngantok tak hengat nya… tengah buat claim ogos boleh mamai. hahaha.. hasilnya, kat ruangan tujuan/destinasi tu ditulis dengan gabungan huruf-huruf yang apabila dicantum dan dibaca, tidak memberikan apa-apa makna yang signifikan. sblm tido, sempat lagi pesan kat CC..”CC, kalo pengarah datang, tlg warning tau…”

lebey kurang stengah jam lepas tu, kedengaran orang berbual di tepi meja (kat laluan tengah antara saya dan CC).. memang tak larat nak melayan dah time tu. tiba-tiba CC cakap ada orang hotel datang.. bila bukak mata, nampak2 orang gadis cun dan sexy bersama-sama dengan seorang mak gadis yang agak berumur berada kat depan cubicle ni. alamak!!

malu tak terkata time tu. lepas suruh diorang tunggu kat sofa, saya cakap kat CC.. “apsal tak warning awal2?”… dia diam.. agaknya dia nak cakap.. ” encik suh sy warning kalo pengarah datang, tak cakap pun pasal orang lain yang datang..” hahaha… tidak lah.. ayat-ayat tu cuma imaginasi saya sahaja..

orang hotel tu datang daripada hotel regency kl, sarawak dan kedah.. since kebenaran buat kursus kat hotel telah di reinstate, bertalu-talu orang hotel datang buat marketing. ngeh ngeh ngeh…

hari ni dan esok cuti.. cuti rehat.. nak rehat apebenda lagi? hmm.. saja nak rehat.. tak larat nak melayan opis yang sengal… lagi pun cuti ada banyak lagi… tolak dua hari today and esok, ada 42 hari lagi.. cuti raya amik 5 hari… smalam baru apply… so tinggal la… hmm.. bape eh? lu pikir la sendiri!

  1. ahkon says:

    oooo kantoi ngan awek cun dan sexy rupanye :D
    hahaha