cerita dulu dulu

Posted: 4th September 2008 by daddy in Uncategorized

Masa aku kat ukm dulu, aku ada geng sendiri. kawan kawan yang memang rapat. paling rapat ngan aku adalah mizi.. dia ni jenis yang tak betul sket. cakap selalu merapu. tapi pandai orangnya. masa first year, kitorang kantoi ramai2 dalam exam. aku kantoi sebab culture shock sejak menjejakkan kaki kat kl ni. dia plak, sibuk dengan aktiviti kolej dan pesta konvo. lepas insaf, baru keadaan tenang sket. dia ni rajin nak repeat subjek. bila konvo, dia berjaya dengan keputusan agak cemerlang. lepas keje kejap kat kl, dia fly to UK further master. skarang ni dia dah jadi balik ke ukm, jadi lecturer.

lepas tu, ada plak budak nama erina atau nama pendeknya erin. erin ni pun pandai gak. seingat aku tak penah dapat pointer bawah 3.00. erin pandai bawak moto. kitorang gelar dia mat rempit walaupun dia ni jenis yang ‘agak’ solehah sket. banyak tolong kitorang dalam study. skarang ni dia jadi cikgu bahasa inggeris kat mrsm besut. sesape yang ada adik stadi kat mrsm besut, leh la kemsalam kat erin ni. ari tu masa aku bertunang, erin dengan susah payahnya drive dari besut ke KB utk join rombongan pihak lelaki. erin ni aku panggey dia yayang. tak pasti lak cemane leh muncul nama tu, tapi dia la yg paling best. erin ada bespren sorang, namanya syahida. syahida ni kemudiannya jadi awek aku yg first. opss, dah break lama dah. hahaha, skarang syahida dah kawen, ada anak sorang, dan akan fly ke oversea utk buat PhD. erin masih berteka teki dengan status relationship nya. takpe lah erin, all da best. susah susah ko ngorat je abang student ko. huhu

group kitorang tak lengkap kalo takda ilyia. ilyia ni anak penang, tinggi tapi kurus. miji panggey ilyia ni batang or tiang elektrik. kalo nyorok di sebalik tiang elektrik, kompom tak nampak nya lah. haha. ilyia slalu tumpang erin naik moto kalo di kelas. kekadang kitorang risau kalo erin pecut moto tu, ilyia akan terbang kat blakang. hahaha.. ilyia dah kawen, ada anak sorang. ari tu dia keje shah alam. kemudian, dengar plak cerita dia pindah balik ke penang. dia ngan laki dia bukak kedai makan. bila aku kat sana, ada jugak try call dia. tp jarang dapat.

wei wei merupakan the only ahli berbangsa cina dalam group kitorang. dia ni nama je cina, tapi kawan2 dia semua melayu. dah la asal terengganu. dia ni pandai hormat bangsa lain. dari awal ukm sampai lepas grade, dia dok sewa bilik kat satu umah family cina ni. pandai buat lawak bahasa melayu. wei wei naik moto Yamaha SS. dia seorang yang berdikari. sekarang dia keje kat shell. memula kitorang ingatkan dia kena pump minyak, tapi dia sebenarnya keje kat HQ shell. tak ingatlah apa dia buat kat situ…

lain-lain geng adalah lin (yang kawen dengan fahmi tapi kaver kaver sampai la terkantoi), masya yang buat kitorang berpeluh kat IJN. satu hari dia pengsan kat tandas kolej, kitorang bawak dia gi pusat perubatan az-zaharah kat bangi. rupa2nya dia ada masalah dengan jantung dia. dia terpaksa pasang pacemaker kat jantung dia. kitorang slalu usik dia spy berhati-hati kalo pegi airport. kompomnye lah scanner akan berbunyi setiap kali dia lalu kat situ. nak tukar bateri pacemaker dia tu, kalo tak silap aku, kena tukar setiap 10 thn. harga pun beriban-riban harganya. dia dah kawen skarang. dok shah alam kalo tak silap aku. masya ada adik yang cun nama rin.

kenapa aku citer semua ni? sebab dah bertahun-tahun tak jumpa kebanyakan daripada mereka. kitorang grade tahun 2003/2004. skarang ni dah 2008. perghhh, lama tu. ari tu ada orang tanya aku pasal kawan2 masa kat ukm. geng-geng ni la yang aku sebut.

kepada kawan2 lain yang aku tak sempat sebut sini, eg: reen, achap, ina, ayu, didi, dan lain-lain lagi… “korang, aku masih ingat kat korang” :x

  1. aishah says:

    betul2 terkenang nih!

  2. masya says:

    huhuhuhu rindu zaman dolu2…thnx sani for reminding of zaman dahulu kala….

  3. shahsulong says:

    hoho.. sani terkenang zaman lama..

    hmm.. buat orang terkenang masa lampau juga…

  4. buzzybug says:

    laaa… ukm ke dulu…

  5. pirateslelaki says:

    bug: haah, ukm.. fakulti ftsm, jbtn ts.. hihi.. UKM DI HATI!

  6. buzzybug says:

    ooo… jiran je laa ni… saya kejut… :P

  7. nolee says:

    buzzybug ukm jugak ke?..
    auntie saya lecturer kat situ..haha

  8. buzzybug says:

    nolee :
    ye, saya UKM fakulti kejuruteraan batch 2000 – 2004…

  9. pirateslelaki says:

    haaa.. mesti kita penah terserempak masa kat kejut kan? sbb ftsm menompang kat kejut dulu… huhu.. kenal ngan zizie? zizie ni adik kepada si ina.. ina ni bini kepada si azra.. azra satu batch ptd ngan kitorang.. si ina ni penah jadi hosmet kepada si echah.. echah ni kawan si bug kan? hahaha.. related related….ahaks… by the way, dok kolej mane dulu?

  10. buzzybug says:

    maybe laa penah terserempak. yeah… masa 1st year FTSM menumpang kat Kejut… kenal je ngan ZZ tu… satu kelas dari 1st sampai 4th year… hahahha… nak gak relate kan tuh… :P saya kolej Aminudin baki dulu…

  11. pirateslelaki says:

    kolej B? wah wah wah.. memang la kita pernah berjumpa.. hehe.. saya cuma duduk kat amin first sem je.. pastu saya pindah dok flatlet kat ibu zain… masa kat amin dulu saya join PBSM… (kot kot la awk join PBSM jugak..hahahahah)

  12. buzzybug says:

    kolej B ek amin tu? hahaha… lupa dah. :P saya x join PBSM. saya join kompang. :P