Saya puas hati!!

Posted: 18th September 2008 by daddy in Uncategorized

hari ini mungkin salah satu hari yang boleh dikategorikan sebagai gembira di bulan yang mulia..

pagi ni perjalanan ke opis sungguh lancar tanpa ada gangguan lalulintas yang saban hari menyakitkan hati dan perasaan gua.. mungkin disebabkan oleh cuti umum di negeri selangor hari ni.. rupa2nya yang selalu menyebabkan kesesakan lalulintas kat sini adalah berpunca daripada pekerja-pekerja negeri selangor!! gua tak kesah kalo lu orang nak cuti hari hari.. haha.. gua tak jeles langsung! asalkan lu orang tak menyesakkan lalulintas di sini!! tull tak kawan2 yang dok kat seri kembangan? (echah, fahmi, yantie, dll?)

then, kat opis gua buat paper untuk kelulusan menganjurkan kursus, keseluruhan proses untuk mendapatkan kelulusan daripada 3 peringkat cuma mengambil masa kurang daripada 10 minit! lepas gua dapat kelulusan daripada encik pengarah, gua jolok paper tu kat setiausaha bahagian dasar yang menanggung tugas timbalan ketua setiausaha dasar (kebetulan lak SUB tu bekas boss gua).. then terus naik ke tingkat 9 utk bagi kat ketua setiausaha untuk kelulusan muktamad. tak sampai 30 saat dalam bilik dia, gua keluar daripada bilik dia dengan senyuman di muka.. gua berjaya dapat kelulusan dia dengan senang lenang dan tanpa banyak soalan… mungkin jugak disebabkan mood dia baik sekali pagi ini..

gua kompomkan dengan resort kat jerantut tu 19 oktober 2008 hingga 31 oktober 2008.. 31 hb tu hari jumaat, so mungkin gua extend dok situ sampai ahad, 2 november 2008.. hahha.. gua perlukan masa untuk bercuti gak beb.. so all in all, mungkin gua berada kat situ untuk 15 malam!!

hari ini jugak gua berjaya genggam surat pemangkuan M44 daripada bahagian pengurusan sumber manusia.. dah lama sebenarnya nak tunggu surat tu.. gua ajak puteh, colleague gua untuk naik ke tingkat 8, jumpa terus kerani yang handle perjawatan ni.. pastu gua cek buku servis, kompom dah elaun tanggung kerja gua sedia tercatat kat situ.. seribu lebey tuu.. alhamdulillah, rezeki gua murah kali ni… tertunggak selama 4 bulan dah skarang ni.. bahagian kewangan plak mengkompomkan elaun tu akan masuk bersama-sama dengan gaji bulan ni… walaupun mungkin gua akan dikenakan cukai pendapatan dan potongan keydabelyouespii, tapi yang penting gua puas hati!

perasaan gembira tu terbawak bawak hingga gua tergerak hati nak belanja kawan2 berbuka puasa.. antara yang bertuah adalah hosmet2 gua semua.. langkah kanan lu eh! memula gua ingat nak ajak gi berbuka kat kedai asam pedas kleypot kat saujana impian (kedainya cuma walking distance daripada kedai ngok ngek YAP yang membengangkan gua semalam.. ).. malangnya makcik yang gua tepon tu bagitau dia tak buat acara berbuka puasa.. cuma untuk take away saja.. tapi gua tak marah.. hari ini gua tak marah… tanak marah.. gua nak jaga jantung dah tekanan darah gua… hahaha… gua pusing2 kat kawasan tu untuk cari port yang best untuk berbuka… gi survey beberapa buah kedai makan yang ada kat situ, haram sebijik pon tak best… bila mula nak terasa hampa, gua jumpa satu kedai beriani gam ni.. selera gua membuak buak untuk try kat situ.. so gua call hosmet2 gua semua, mintak diorang tukar destinasi ke kedai tu.. servis memang mantap, tak macam YAP. makanan sampai sebelum waktu berbuka.. nasi beriani tu sungguh menyelerakan. RM9 sepinggan, flat rate untuk beriani ayam, kambing dan lembu.. kira murah la tu.. keriani gam kat uniten tu ada mahal sket kan?

bila dah licin pinggan, semua nya berharga RM56 sahaja (nasi beriani gam 5 pinggan, nescafe ais dua, teh ais satu, teh o ais limau satu jag). puas hati aarrrr… gua rekemen la lu orang datang kedai ni..

jumaat ni, kalo takda halangan, gua akan ke jerantut untuk gi recce resort tempat pertapaan gua selama 15 malam pada oktober ini.. salah satu lagi acara mengular dan keengganan untuk stay kat opis.. so sape2 yang rasa tanak dok opis hari tu, bolehlah ikut gua gi jalan2 kat negeri orang.. gua balik hari je, petang tu ada event lain plak kat NIOSH..

gambar sekadar hiasan

kalo nak merasa, lu pegi la kedai tu sendiri
  1. aishah says:

    semoga rasa yang best ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat…yeah, abang bila nak belanja cacah pula…patutla baik hati semalam…rupa2nya semua yang berlaku macam ikut rasa dia jer.. :P
    patutla tak jam semalam. selangor cuti rupanya…

  2. ziggurats says:

    Wah, serious murah flat rate RM9! Entry ni bikin mau berbuka dengan Beriani le. nyum nyum…

  3. ki says:

    beb.. dah 2 hari berturut² buka puasa nasi beriyani. tompi kek somban ni yolah.
    nasi beriyani bapak wak.. ayam RM6, kambing RM6.50. mai lah sini buka.. muahahaha
    buffet RM12 je sekepala.. makanlah kau baper pinggan pon nasi/ayam/daging/kambing.

  4. pirateslelaki says:

    echah: sudah la ko chah… u never have time for me! hahahaha.. (ayat frust)

    ziggy: mmg best.. dah la murah, sodap plak tu.. kat depan kedai tu ada bazar ramadan.. leh la cuci mata situ..

    klyn: gimme direction.. sudah pasti akan ku jejak! skarang ni sudah gila mau jalan jalan cari makan.. huhuhu

  5. shahsulong says:

    beriani tu memang nampak best!

    btw, keriani gam? sila rujuk perenggan 6 kembali ;)

  6. azah says:

    sayer doakan anda selalu murah rezeki supaya dapat beli choc chips dgn saya dan belanja Marche lagi. Ehehehe.. thanks Sani ;p

  7. pirateslelaki says:

    no prob azah.. ala, kira sedara la kan? huhuhu

  8. wahwahwah.. tak sabar2 nak jadi 3rd cousin i ker? Nyeh3.. so choc chip caner nak amik nih?