Bluwekkk!!!

Posted: 22nd September 2008 by daddy in Uncategorized

Hari ini saya pening kepala. jarang betul saya menghapdet blog dari pejabat. slalu nya saya hapdet dari rumah. tapi hari ini saya rasa sungguh bosan dan tidak “cargas” untuk melakukan kerja.

apa yang terjadi di hujung minggu lepas?

hari sabtu saya dan pasangan berbuka di jusco cheras selatan, di tempat kegemaran saya yang ada menjual nasi goreng yong chaw.. tapi alangkah terkejutnya saya bila makanan yang dipesan tidak seperti biasa. kuantitinya agak kurang berbanding dengan dulu. mungkin inilah kesan kemerosotan ekonomi yang sedang dialami seantero dunia.. takpe lah, asalkan dapat merasa..

hari ahad saya berbuka sorang-sorang di rumah. huhuhu, semua teman hilang membawa haluan masing-masing. MySayang.com berbuka di shah alam bersama-sama dengan rakan-rakan beliau. hari ahad tu memang satu hari yang sungguh tidak produktif dan membahayakan perahu-perahu serta bot-bot kecil di persisiran pantai. semalaman tidak dapat tidur. terlelap sekejap sebelum waktu sahur. sahur lak di McD equine yang sungguh sengal. order big breakfast tapi terpaksa makan dengan tergesa-gesa kerana set breakfast hanya mula dijual pada pukul 5 pagi. ngok ngek sungguh mereka kerana tidak mahu menjual breakfast set lebih awal. dah tau ramai customer tunggu breakfast set tu seawal pukul 4 or 4.30 pagi. bila detik 5 pagi, baru terhegeh-hegeh untuk mula mengeluarkan set breakfast. dah tu, ramai plak yang terpaksa menunggu giliran untuk memesan makanan. pukul 5.30 pagi, masih ada yang sedang berbaris hendak memesan makanan. kompomnya lah tak sempat merasa kerana sudah hampir dengan waktu imsak. (Tuan Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan agar penjualan set sarapan pagi di restoran McDonald di seluruh negara bermula pada jam 4 pagi:::: Yang setuju kata setuju::: (setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu):::yang tidak setuju kata tidak::: (tidak)::::: lebih suara setuju. usul diluluskan::)

hari ini sepatutnya saya berbuka di niosh memandangkan ada jemputan rasmi untuk majlis berbuka puasa dan pra-raya yang dianjurkan oleh peserta-peserta kursus Sijil Perhubungan Perusahaan S41 yang akan tamat kursus pada hari rabu ini. mulanya memang semangat saya berkobar-kobar hendak pergi. akan tetapi, last minute, dengan berat hati saya mengkenselkan penyertaan saya disebabkan oleh beberapa faktor yang mengecewakan saya sebagai penyelaras kursus. so, saya ambil kesempatan untuk berbuka di Penang Village, Alamanda Putrajaya (semuanya ada di sini)… gambar para peserta akan dikemukakan kemudian, bila kerajinan diri ini menjelma.

esok (selasa), kemungkinan besar saya akan berbuka seorang diri lagi memandangkan semua rakan-rakan mempunyai agenda masing-masing. MySayang.com pun akan menghadiri majlis berbuka puasa di pejabatnya. hmmmm… air mata air mata…

oklah… sudah tiba masanya untuk berhenti menaip.. nanti saya menulis lagi.. menulis entri yang tiada kaitan dengan hidup orang lain.. entri yang tiada membawa apa-apa makna… saya memang begitu…………

  1. aishah says:

    happy birthday abang! nanti cacah temankan abang buka puasa eh! :P

  2. FaruqY says:

    oho saya terlepas birthday kamu kah? happy belated birthday bro!

  3. pirateslelaki says:

    thanx adeq.. thanx parok… adik, petang ni kita gi buka kat tempat spesel tawwwww….:p bluwekkk

  4. aishah says:

    paruk, besday sani adalah pada hari ini la weyh… :P

    abang buleh ajak housemate abang sekali tak? ;)

  5. pirateslelaki says:

    adeq gi lah berbuka ngan dia… abg tak join kot…

  6. ahkon says:

    siannye. berbuka sensorang. owh. happy belated birthday. semlm da wish kat FB

  7. ki says:

    oh… saya terlepas bday kamu… happy belated birthday.
    meh la buka kat seremban. saya tunggu kat rumah / restoran nasi beriani.

  8. pirateslelaki says:

    thanx yantie, klyn…

    klyn, rasanya nasi beriani tu kena tangguh sampai lepas raya.. leh ke? huhu.. schedule mcm dah pack la.. khamis ke jln TAR, jumaat ke gombak, sabtu ke klia.. ehehehe