Posted: 29th September 2008 by daddy in Uncategorized

wahhh, internet hari ini sungguh laju… mane tak nya, office dah jadi macam padang jarak padang terkukur (giler lama tak guna perumpamaan ni).. ramai yang dah bercuti.. ramai yang dah mencutikan diri.. ada jugak yang masuk sekadar untuk punch card..

jalanraya juga lengang. kalo hari hari biasa di bulan ramadan ni, memang nak cari nahas la kalau keluar rumah pukul 7.30 pagi untuk sesiapa yang mengambil WP 2. tadi aku keluar rumah pukul 7.45 pagi, sempat sampai opis pukul 7.58 pagi. tapi disebabkan kerani tersayang dah tolong punchkan, so takda la rushing sangat.

Minggulepas aku keraskan jugak semangat untuk berbuka di seremban. layan nasi beriani ori. huhu. nasik memang sedap, beras lembut, tak macam yang kat pasar malam / bazar ramadan tu. suasana kedai makan kampung, tak sesak, memang best. thanx to k-lynn yang dengan baik hatinya memberikan direction kepada aku dan “keluarga” ke restoran nasi beriani ori kepunyaan maskan enterprise. (hehehe, ayah kepada si wak tu yang punya kedai makan yang best ni). hopefully lepas ni pon kualiti makanan dikekalkan, agar dapat menarik lebih ramai pelanggan.. (ayat skema, sebab aku br je sudah buat paper work and teks ucapan.. ngeh ngeh ngeh..)

hari ini ada peserta kursus SPP 2/2008 yang tersayang nak belanja makan kenny rogers. ehhehe… murah rezeki kan? esok dah nak naik flight balik kampung. kira last la aku beli tiket raya sendiri ni.. tahun depan dapat tiket free dah… MAS full-fare.. haha. .sape dengki, angkat tangan!!!!

  1. shazanateh82 says:

    nasik beriyani ori kat seremban? kat area ampangan kah? tempat yang salu dilepaki oleh cik teteh ketika belajar di seremban tahun lalu…

    kalau betol kat situ, memang sedap menjilat bibirlah!

  2. pirateslelaki says:

    haah.. dimiliki oleh maskan enterprise…
    nak jilat bibir sape? hahaha