adehhhhh

Posted: 17th October 2007 by daddy in Uncategorized

tadi saya sakit perut. memula masa buang air kecil, saya terasa jantung saya berdegup dengan pantas dan luar biasa… kemudian saya terpaksa bersandar ke dinding sekejap untuk mendapatkan kekuatan diri sedikit.

lepas tu, saya muntah. tak banyak. kemudian, terasa sakit perut. saya cirit birit. lepas tu muntah lagi. sesi kedua muntah nie, banyak yang keluar. seterusnya, ia berulang dua tiga kali. lepas mengadu kat mak (nie yang beshhh balik umah nie), saya telan panadol dan minta mak buatkan air teh.

selepas itu barulah saya rasa sedikit kelegaan. saya baring sahaja kerana terasa letih.

adakah saya tersalah makan? well, petang tadi saya cuma makan puding roti yang mak saya buatkan. agaknya sebab sebelum itu perut saya kosong.

berhati-hati apabila makan. anda tidak nampak bakteria yang ada.

  1. adinda says:

    why so suddenly u write like u cant stop. anyway, im glad… welcome back bro! :)

  2. Pirates@KSM says:

    alaa.. cuti maa.. mesti la bercakap dengan blog… skang dah masuk keje, jadi lembab lagi la kot.. huhu