Kembali ke sisi

Posted: 30th September 2008 by daddy in hari ini

saya sudah berada di rumah terchenta di kuching! ya, bagi sesiapa yang belum ketahuan, saya warganegara sarawak, bumi bertuah. kenapa bertuah? sebab sarawak mempunyai seorang warganegara yang begitu best seperti saya. ahahaha

saya sampai di kuching lebih kurang 10 minit sebelum waktu berbuka tadi. AK5200 berlepas daripada LCCT, kuala lumpur pada jam 4.45 petang tadi, selepas didelaykan oleh seorang penumpang yang gagal menghadirkan diri di dalam kapal terbang. luggage nya terpaksa dikeluarkan daripada perut pesawat selepas usaha mencari penumpang berkenaan menemui jalan buntu.

sepanjang penerbangan, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat jalan menidurkan diri kepenatan. pagi tadi saya masuk ofis kejap. memang tak amik cuti pon hari ni. lepas mintak staf punchkan card, saya masuk opis pkl 11 pagi. pkl 12 lebih, saya dah keluar untuk ke LCCT. terima kasih kepada encik zafadibo yang sudi menghantar saya dan adik saya ke LCCT.

sengal sungguh pihak air asia yang ikut suka hati mak bapak dia menukar kaunter check in. sepatutnya kami check in kat kaunter 29. saya dah beratur punya lah lama, kalau ikut giliran, no 2 di hadapan. dah lebih 20 minit behind schedule, akhirnya kaunter lain yang dibuka untuk check in. terpaksa la beratur sekali lagi, kali ini berada di barisan belakang. dah la tu, orang yang jaga kaunter tu boleh marah saya sebab nombor IC takda dalam sistem. bongok kan? sistem dia yang bodoh, dia nak salahkan orang lain lak. pulak tu, dia tanak check itenary yang saya dah bagi skali dengan kad pengenalan. stupiditos. nasib baik saya berpuasa. kalau tak, mau tutup syarikat penerbangan tu.

xpress boarding memang best di kala ini. belum pon announcement flight tu dibuat, orang dah beratur panjang nak board plane. kalo takda express boarding pass, memang konpom akan jadi orang yang paling last untuk naik pesawat. lane utk express boarders diasingkan so kitorang takda la berebut macam orang lain. ala, RM20 je. stewardess air asia memang menawan. huhuhu… itu sahaja yang boleh dikatakan.

kat airport kuching, bonda dan kanda dah sedia menunggu. kitorang berbuka puasa kat McDonald KIA yang baru sahaja dibuka. lepas berbuka, kitorang pun gerak balik ke rumah. best best… rindu kat rumah ni. kalau tak orang yang terchenta menunggu di sana, memang saya tanak balik ke tanah semenanjung. hehehehe… ya ampunnnnn….

esok raya. walaupun tak tengok pon pengumuman tarikh 1 syawal tadi, tapi saya tau, memang esok raya. kalo tak raya pon, saya akan raya jugak. esok pepagi akan ke surau bersembahyang aidilfitri, kemudian seperti tahun2 yang lepas, kami sekeluarga akan menziarahi pusara ayah. setahun sekali balik kampung, setahun sekali itu jugak ke pusara ayah. tapi ingatan ini tidak pernah terlepas mengingati seorang insan yang begitu meninggalkan kesan di dalam kehidupan saya.

semoga syawal ini akan membawa perubahan yang positif dalam kehidupan saya sebagai hambaNya. itu tekad saya….

  1. FaruqY says:

    Selamat menyambut Aidilfitri sani. bila balik sini?

  2. pirateslelaki says:

    slamat hari raya jugak cik parok.. flight balik selasa, 7hb.. rabu br masuk keje