I Miss Her

Posted: 4th November 2007 by daddy in Uncategorized

minit ini, genap 34 jam last tengok wajah dan diri nya. rindu tak tertahan. alaa, baru sehari lebih kan? ape pon, semoga hati ini tabah..

biasanya, kalo ari minggu cenggini, kitorang akan gi bekfes kat memane. either kat bangi, or kat klang or kat seri kembangan ni. tapi pagi ini, aku biarkan diri bangun lewat. kerana aku tahu, bangun awal pun, dia tiada di sini.

hari ahad ku ini dipenuhi dengan acara memproses airmata. ye la, ape lagi nak buat kan? hari ini ingat nakgi bekfes kat klang dengan housemate, pastu nak gi proton service centre, pastu nakgi open house rumah timbalan menteri, pastu nakgi open house umah ayu. semua plan tak menjadi. kalo dah bangun kol 4 tu, ape daya ku… satu je yg aku dah larat nak buat hari ni, gi wat hair-cut. tu pun, lepas maghrib tadi baru gi.

telefon aku langsung tak berbunyi hari ni. nak ku dail no dia, tapi tak berguna. nak ku antar msg, tapi dia takkan reply. first time dalam masa beberapa bulan nie, sejak aku bersama dengannya, aku merasa amat sunyi. walau ape pun, aku masih lagi biarkan gambar nya menjadi wallpaper telefon ku. bila aku rasa rindu, aku akan tatap gambar nya, aku akan pegang fon aku. tapi itu belum memadai untuk menghilangkan kerinduan.

masa terasa begitu lambat berputar. kalo dalam cerita “click” tu, kita boleh forwardkan masa. tekan satu butang, terus dapat scene seterusnya. agak2 la, remote control astro aku leh tak wat camtu? merepek kan?

minggu depan (start esok la tu), sape la yang nak temankan aku gi bekfes, lunch, makan petang and makan malam? hmm, puasa pun ok gak kan? alaaa, gonna miss at times me with her. getting in the car reminds me of her. going to the office also reminds me of her.

i still remember, yesterday she was wearing the watch that i gave her for her bday. she was also wearing the specs yang aku pilih utk dia.

Ya Allah, kurangkan lah kerinduan ini, kuatkan lah kecintaan ini.