Antara Bandung dan India

Posted: 7th January 2009 by daddy in Uncategorized

hari ini dah sah diminitkan oleh ksu untuk ke india.. lokasi.. v.v. giri national labour institute. tak tau pon kat mane institut tu. bila cek kat website.. rupanya kat negeri uttar pradesh. bila cek balik, rupanya negeri tu jauh bangat dari tempat kawan saya, encik khai, berada iaitu chennai. chennai kat selatan, uttar pradesh nun jauh di utara. kalo encik khai baik hati, encik khai bolehlah terbang ke utara dan berjumpa saya.

tujuan saya ke sana adalah untuk berkursus selama 3 minggu. nama kursus tu; research methods in labour studies. very the relevant with what i’m currently doing kat kementerian tu.

nak cakap saya gembira dengan kursus ini, tidak jugak. walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara india yang kadang kadang bergolak itu (doakan saya selamat sepanjang berada di sana), namun saya cukup sedih dan kecewa kerana tarikh kursus itu bertembung dengan trip saya dan tunang dan kawan2 ke bandung. tidak lah saya dapat menyertai mereka bersuka ria dan membeli belah di sana yang terkenal dengan kepelbagaian barang-barang jualan yang murah-murah. tiket ke bandung sudah dibeli.. rm 750 you!!! terpaksa la dibakar tiket itu. tentu nya saya rasa amat bersalah dengan MySayang.com kerana terpaksa menjalankan tuntutan dan kepentingan perkhidmatan. sowieee dear…

bila saya googlekan information pasal india, baru saya tau, di negeri uttar pradesh itu lah terletaknya taj mahal, lambang cinta yang agung. wahhh.. tunggu saja gambarnya apabila saya kembali nanti, insyaAllah kalo ada kesempatan untuk ke sana.

hari ini tukaran wang malaysia-india adalah RM7.6 untuk Rp100. saya masih tidak tahu apakah bentuk ekonomi di india dan apakah range harga barang2. tapi yang saya tahu, sudah ada beberapa kerat rakan2 yang memesan kain sari. iskkk… walau pun saya tidak pandai membeli kain2 ini, namun saya akan cuba. (tempahan sudah ditutup ya semua)

3 minggu adalah satu waktu yang agak lama. sebelum ini, paling lama saya pernah ke luar negara atas dasar perkhidmatan adalah selama 5 hari. (doakan saya tidak menghabiskan elaun-elaun yang diberikan oleh KErajaan India)

esok saya kena renew pasport, kena buat medical check up dan kena bergegas ke High Comm India. banyak nya kerja!!

  1. ahkon says:

    saya nak ke BDG juga. tapi saya teringin nak g luar negara huhuhu

  2. aishah says:

    jgn risau. kami jaga kesayangan kau nanti. :)

  3. pirateslelaki says:

    tu yg aku risau tu.. hahaha…jaga elok2.. nnt aku bagi hadiah sari

  4. khai says:

    oit, datang la chennai. Kol aku biler dah sampai UP.
    dail 0988 4808 678 ok!

  5. pirateslelaki says:

    wokeh.. teringin gk nak gi chennai ni.. kalo aku blh extend tiket aku, leh gak cuti kat sana…