Dua kali aku mencintai mu

Posted: 12th January 2009 by daddy in Uncategorized

hadoi la.. banyak nya cerita yang nak dicerita kan.. tapi rasa malas nak menaip.. eh, menaip senang je, apetah lagi dengan laptop baru ni. ahaks.. tapi malas nak menyusun ayat sebenarnya.

opss.. jangan terperdaya dengan title post ni.. takda kena mengena dengan apa yang nak diceritakan.

hujung minggu yang sibuk.. sebelum hujung minggu pun dah sibuk jugak.. hari rabu dapat berita yang kena pergi kursus di india selama 3 minggu. ape lagi, hari khamis tu, bertaburan la hamba Allah yang sorang ni pergi menyetelkan medical check-up dan renew pasport. pasport akan expire 1 mac akan datang, so tiada perjalanan dibenarkan 6 bulan sebelum pasport expire. nasib baik la kena ke luar negara atas urusan rasmi. boleh juga claim balik RM300 tu. and many thanx to zairin yang telah membantu dengan efisien, efektif dan time-saving.. pasport berjaya disiapkan lebih cepat daripada apa yang tercatat di dalam piagam pelanggan jabatan imigresen (and i really mean.. LEBIH CEPAT!)

08012009299

cik  pn zairin dan staf di JIM yang banyak membantu

medical check up disempurnakan oleh doktor di klinik an-nur, bangi. kalau nak buat kat spital kerajaan, alamatnya sampai ke sudah menunggu kat situ je.. sempat lagi lawat erra dan ezri yang menyambut kelahiran putera sulung yang sungguh comel dan booolattt… takda la bulat mane, tapi kepala nya memang berbentuk bulat.. hehehe.. comey siot…

dsc006691

ni la encik arif.. anak lelaki kepada ezri dan erra.. round shape kan? ahaks..

hari jumaat berjaya serahkan borang untuk high comm india kepada bhgn antarabangsa. pergi plak ke kwsp untuk dapatkan penyata tahunan.. hmm.. ada la sikit tabungan di situ…

malam nya pulak, bersuka ria di midvalley dengan MySayang.com. hajat di hati nak tengok wayang tapi sungguh ramai manusia yang sedang beratur untuk membeli tiket. untuk tidak menghampa kan orang ittew yang sedang mengidam untuk menonton wayang, kitorang pun beli lah tiket gold class untuk tayangan citer australia.. RM40 sekeping! fuhhhh.. tak leh la wat slalu mcm tu.. tapi tiket gold class ni menarik giler.. beli tiket untuk tayangan pukul 12.15 pagi.. sedangkan time tu baru je pukul 9 lebih.. so lepas shopping kasut, kitorang pun lepak la dalam lounge gold class tu.. memang kellassss lah…

09012009301

10012009304

10012009305

09012009300

haa, nie berlagak korporat sket. waiting lounge yang selesa dan wangi.. ahaks…

10012009302

tengok la seat lather ni. selesa giler. bahagian kaki boleh dilaraskan supaya keadaan duduk yang ala-ala kuang ajar sket.. hahaha

10012009303

oh, minta maaf di atas kualiti gambar yang tidak berapa elok. al-maklum la, dalam panggung wayang bukannya boleh bawa kamera.

ittew cerita hari jumaat malam sabtu. hari sabtu pulak, tak berapa banyak aktiviti sebab bangun pun dah tengahari. lepas lunch di fasa 4 tambahan bangi, kitorang pergi ke butik pengantin &&&& (nama dirahsiakan untuk mengelakkan orang lain potong que ktorang.. haha). tempah pakej perkahwinan yang berharga RM**** (pun terpaksa dirahsiakan sebab nanti ada orang cakap kami berlagak). habiskan masa lebih kurang sejam di situ untuk membelek album gambar, mencuba pakaian pengantin dan bergurau senda dengan cik dilla. nasib baik la pada tarikh pilihan kami tu, tidak banyak lagi tempahan dengan diorang. kami jadi pelanggan ketiga pada tarikh berkenaan. so dapat la jurumekap profesional dan bukan part-time..

singgah sebentar di alamanda utk minum petang, lepas penat mengeringkan air liur di butik. MySayang.com ada shif petang hingga ke malam kat opis hari tu. biasak la.. orang-orang penting kerajaan ni keje tak kira ujung minggu or hari bekerja.. saya pulak, terus balik umah untuk membuta… ngantok sebab tido tak cukup.. huhu..

hari ahad.. hmm.. tanak citer panjang sebab takda benda yang menarik. pegi ke kota damansara, makan udang untuk lunch, pergi ke the curve dan cineleisure.. balik umah, tido.. bangun.. dinner di old town white coffee dan shopping kasut.. itu je… bluwekkkk..

esok berkobar-kobar nak keje (iyo la tu).. tadi dalam paper, KSP dah umumkan bahawa PP9/2008 dah tak terpakai lagi. so kami blh lah berbelanja dan menyewa ruang pejabat baru dan membeli aset dan bla bla bla yang sekian lama tertangguh disebabkan sekatan untuk berbelanja secara jimat (biasanya Kerajaan diminta untuk berbelanja secara berhemah).. so i guess banyak la kerja yang menanti di pejabat esok.

gud nite.. adios.. bon voyage… papai… tata…

221220082701ini kereta idaman buat masa sekarang.. it’s called.. kereta kedekut!
  1. aishah says:

    takdok pun nama aku.
    merajuk ah!

  2. pirateslelaki says:

    majuk? alaa… ko nak sari tak? hahahaha

  3. sekilas says:

    ohooo…..

    “eh, menaip senang je, apetah lagi dengan laptop baru ni”

    itu sangat menarik..hahahaha

    encik pegi gold class RM40 sekeping ker??? ayoo…2 olang RM80…itu bermakna saya mampu menghabiskan 4 movie bersama si dia dalam masa satu hari..atau mungkin 4 hari berturut-turut…

    tetapi….ia sangat hebat (tak tahu nak komen aper) kuikuikui…

  4. pirateslelaki says:

    sekilas: alah, laptop baru awak tu pon hebat jugak… tp kalo tak install office 07, takda maknanya jugak kan? hihihi…

  5. nolee says:

    yang pasti ada 4 orang jer dalam panggung ittew.. dan ada orang yang serve minuman.. hahaha

  6. shazanateh82 says:

    seronoknya dating……

    nak dating jugakkkkkkkkk!!!