Poket kering

Posted: 5th November 2007 by daddy in Uncategorized

hari ini sungguh mencabar. kekadang alpa sekejap. bila dah dail nombornya, baru teringat, jawapan yang pasti menanti adalah.. “nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi”..

pagi tadi, tiada panggilan darinya seperti selalu. biasanya sebaik sahaja tiba di ofis, dia akan call, dan bertanya, “dah bangun ke? dah kat mane?” heheheh, macam mesin plak sbb tiap pagi akan tanya soalan tu. tapi that tiny little thought made me really miss her this morning.

6 more days to go.

*******************************************

masa nak balik tadi, tergerak hati nak check tayar lepas langgar lubang hari jumaat mlm yang lepas. time tu balik dari hantar MySayang.com ke shah alam. ikut jalan LDP, masuk kat jalan puncak jalil untuk ke lestari putra. tiba tiba ada sebuah kereta waja nie, berdesing je potong dengan laju. aik, nie dah kira mencabar ni. mentang-mentang pakai minyak V-Power time tu, aku tukar gear 3 and terus pecut kejar waja tu. memula memang menampakkan yang aku akan menang kat jalan sempit tu. tiba tiba, kedebuk kedebak… aku langgar lubang, pelanggaran lubang yang maha hebat. straight away boleh rasa alignment lari, balancing lari.

so aku stop kejar waja tu. memang Tuhan nak tunjukkan, racing kat jalan raya tak elok dan berbahaya kepada bot-bot kecil. smalam ingatkan nak gi cek tayar, tapi tido punya pasal, kensel plan.

so, masa tengah panaskan enjin kete petang tadi, aku cek tayar aku, kot kot bengkok lagi macam hari tu. ari tu dah kena RM30 sebijik tayar utk diketuk. skali aku terpandang benjolan yang besar pada tayar hadapan belah kanan, tayar belakang belah kanan pun benjol gak, tapi tak sebesar tayar depan. isk, memang sebiji rupanya dengan kepala lutut yang timbul. aisey.. kalo ikut firasat aku, anytime boleh meletup ni. memang dah nampak kronik.

terfikir plak, kalo nak gi teck ming hari ni jugak, kompom lekat kat jam kat puchong and sunway. uhuhuhu, ape la malang nasib ku. tetiba aku teringat ada kedai cina ni kat blkg jusco equine. dulu aku penah hantar kancil (dalam kenangan) aku ke kedai tu utk diservis, diketuk drive-shaf dan memacam lagi. so, dengan perlahan-lahan dan berhati-hati aku pandu kete ke kedai tu. ye la, mane la tau, kalo nasib tak baik, tayar tu meletup tengah jalan. eee.. ngeri rasanya.

tokei tu tengok kete aku, dia cakap, “aiyaaa, mana lubang lu langgar ini? lu sudah kasi dia punya benang spoilt ooo..”. dalam hati aku, mampuh dohhhh… kena korek lagi duit ni. actually aku memang plan nak tukar tayar and rim skali. sebab tayar aku dah dekat sangat dah ngan fenomena gondol atau botak. aku tanya dia, teruk sangat ke rosak tayar tu? dia cakap, memang takleh pakai lagi. aku refer ke kedai sebelah dia pun, orang tu cakap baik ganti br je sbb bunga pun dah nak abis.

yer la yer la, korang menang. aku tukar tayar aku, empat-empat skali gus. biar padan akaun dalam bank. kering la kejap lagi.

aku amik tayar murah je, tayar dunlop. tokei tu cakap tayar tu performance baik masa ujan. RM165 sebijik. kalo 4 bijik dan RM660. ada dalam stengah jam jugak la diorg kerjakan kete aku. rim yang terlibat dengan pelanggaran lubang tu bengkok sikit, tapi masih boleh diketuk on the spot. kalo tak, berkunjung lagi la aku ke teck ming dalam masa terdekat nie.

ketuk ketak ketuk ketak, siap la kete aku ngan alignment and balancing baru. buat chamber skali. all in all, RM700. menangis dan menggigil aku masa buat pembayaran tadi. maka dengan ini, secara official nya, aku dah kering. esok malam takleh main boling dah. lepas ni megi jadi pilihan dan menjadi makanan ruji ku. 3 minggu beb, baru nak dapat gaji.

malam ni aku kuatkan tekad dan semangat, esok mesti siapkan claim aku utk bulan 10. tadi dah tanya bahagian kewangan, Kew-8 utk tanggung keje diorg dah dapat. tapi masalahnya, tunggakan elaun tu hanya boleh dpt masa gaji nnt.

mane la aku nak korek duit lagi ni?? ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini…

***********************************************

  1. adinda says:

    heh. nanti kalau jadi tengok wayang rabu nanti join ek. pass free. ajak zul sekali bleh drebarkan ko. tak yah la beli popkorn…eh eh…

  2. chefadh says:

    la..haghu gak kes tayar ko tu..tp takpe, kena redha..sekurang2nya ni balasan dunia..balasan akhirat lebih seksa..aduhhh..pandainya aku ngata org