XtVt's

Posted: 8th November 2007 by daddy in Uncategorized

rasanya ni minggu terakhir syawal kan? amacam? best raya sebulan? dah jadi kebiasaan untuk orang-orang yang malas macam aku, raya sebulan, keja pun tak jalan sepenuhnya. dah puasa 6 dah? alang-alang tu, tampung la mane mane puasa yang tak cukup dalam bulan ramadhan.

hari ni hari diwali hey… perayaan untuk mereka yang beragama hindu. uncle kat sebelah dari smalam lagi dah wat persiapan. tapi macam ala kadar je. tak pe laa… kita kena la berjimat-cermat kan? lain la kalo kita ni anak angkat mendiang lim goh tong atau pun menantu dia.. boley la buat grand-grand. hari ni dah plan nakgi open house sempena hari raya. memandangkan aku tak ramai kawan india and yang ada pun tak celebrate sgt, i mean tak wat open house (read: kogi), so takda la merancang gi open house diwali.

3 hb ari tu ada jamuan raya kat surau sini. tapi oleh sebab ada komitmen lain, tak dapek plak nak gi.

open house pertama umah mejar mohamud. haa, mesti korang tertanya-tanya, ape kaitan antara aku dan mejar tu. aku bukan menantu dia, aku bukan nak ngorat anak dara dia, aku bukan sekerja dengan dia, aku tak terima arahan dari dia dan aku pun tak tau dia mejar dalam pasukan beruniform apa. tapi dia merupakan jiran kitorang kat sini. takda la jiran sebelah menyebelah tapi selang 6 atau 7 buah rumah. dia selalu kutip duit dr umah aku. utk moreh la, utk jamuan raya lorong lep 4/22 (street party) la, ape ape yang berkaitan sumbangan dan derma, dia yang selalu muncul kat depan umah kitorg. so, kitorg kenal la muka dia ni. baru tau nama masa dia bagi surat jemputan ke open house dia minggu lepas. menu yang ada tadi adalah sate, nasi himpit ngan kuah sate/ kacang yang sedap dan lain daripada yang lain, kueh tiaw kerang (aku tak sempat nak rasa, sbb masa aku nak amik, wife mejar ni dah angkat bawak ke belakang sbb nak tambah lagi), rojak buah, abc ada gak kot, tp tak sempat nak amik. kitorg (aku, razi, akmal and muzil) tak lama kat situ, lepas makan terus blah sbb tak reti nak mingle-mingle around. tapi dalam ramai-ramai tetamu yang turut hadir, pandangan aku tertarik kepada awek sorang ni. mmg cun, pakai baju kebaya (perghhh), kaler biru lak tu. rambut dia pjg and comel. badan takda la kurus sgt, takda la besar sgt. ala-ala amy mastura la kot. (read: alaa, yang.. i tak kaco dia la. i just tengok dia je. takpe kan? heheheh).. betul, aku tak kaco dia.. tegur pun tak. saje je nak nengok.. hahahaha

balik tu, aku angkut bebudak tu sume gi open house norzam and pijot kat presint 14. house warming katanya. sanak sedara dia ramai yg datang. tp norzam dengan baik hatinya bukak pintu satu bilik kosong utk kitorg makan kat dlm tu. masa datang tu, nampak aiyah je yg ada. i mean from my batch. then tak lama pastu, nampak lin aziz and a**m datang plak. menu yang ada.. sate, nasi himpit, speggeti, nasi goreng and much more. aku takleh amik banyak sbb masih kenyang lagi. dok borak-borak ngan lin and norzam. oh ye, mazhan dari batch 2/2007 pun ada skali. dia satu opis ngan norzam. lin masih tanak reveal ape hubungan dia yang sebenar ngan a**m tu. tapi semua leh agak, diorg tgh menyesuaikan diri kot.. kot la.. aku tak sure.. tapi pape pun, moga diorang bahagia. huhu

oh ye, tengahari tadi, uncle sebelah ketuk pintu kitorg dengan kuatnya. aku ingatkan tuan rumah yg datang nak kutip utang sewa umah sbb aku tak bank in kan lagi sewa bulan nie. bila bukak pintu, menjelma la uncle umah sebelah tu yg kitorang tak pasti lg ape namanya, dengan membawa sedulang muruku dan biskut-biskut. pastu dia tanya aku (tak mandi lagi time tu, lebeh kurang kol 12.30 kot), makan tosei tak. (read: aiyaaa uncle, salah org la u tanya.) of course la uncle kitorg makan. kitorg kan ke orang malaysia.. huhu… dia cakap kalo kitorg reti makan tosei, dia nak buatkan kitorg tosei.. isk isk isk.. terharu plak dengan uncle ni. slalu aku kutuk dia ni sbb dia suka parking depan umah and menyusahkan kitorg (read: aku) utk masukkan kete.. lepas ni aku tanak ah kutuk dia lagi.. ahaks… lepas 15 minit, dia ketuk lagi pintu tu. nasib baik aku tak kunci pintu tu. just rapatkan je daun pintu. dia hulurkan kitorg tosei and somekind of apam yang diperbuat dari santan.. tak tau ah nama menatang tu, tapi sedap giler. yang paling sedap, kuah dal yang dia buat tu. uncle tu cakap, hari ni diorg satu family vegetarian, so aku tak da syak or was was la nak makan.. boley tahan jugak wife uncle tu masak…

kitorg ingatkan nakgi open house uncle sbelah umah tu. dah plan nakgi kol 8.30 mlm. tp masa tgk dvd td, terdengar plak uncle tu bercakap dalam telefon dengan kuatnya.. “i tak buat open house hari ni la, sbb today we are all vegetarian, that’s why no open house today”. laa, takda ke open house hari ni uncle? terlepas la dinner kitorg. terpaksa la masak sendiri.

smalam dapat surat jemputan umah terbuka. to our surprise, it came from awek-awek umah depan ni. hahahha, siap bagi semua nama and nombor tepon plak.. ada kang kena kaco malam-malam ni. heheh. open house diorg hari sabtu ni, kol 1 – 7 petang. hmm, boley gak kenal-kenal ngan awek tu semua. ada sorang dua yang boley tahan lawa gak.. tapi rasanya dah berpunya (read: aku tak kesah pon… yang, i takda niat pon ngorat diorg… keh keh keh).

esok hari jumaat. macam malas je nakgi opis. cuti melambak2 lagi ni. kalo aku amik cuti pun ok gak kan? tengok la cemane…

hari sabtu ni penuh ngan aktiviti.. pagi sabtu ada game bowling ngan dak2 junior.. maybe habis tengahari. petang plak gi open house awek2 tu. macam tak sabar plak nak tunggu petang sabtu. malam sabtu plak, gi wedding anak ex-kpsu aku kat kelab golf subang. tak sure lg cemane nak cari tempat tu. kalo kat driving range subang tu, aku tau la kat mane. hmmm.. takpe takpe.. my co-driver ada.


sabtu malam ahad ni jugak ada jamuan terbuka kat lorong nie. khas utk warga Jalan LEP 4/22. Mejar tu jugak yang anjurkan.. eheheh.. bagus tull la.. but dia collect RM20 from each house. disebabkan tiga org hosmet aku gi balik kpg and razi gi penang, takleh arr nak attend jamuan tu coz me myself have to attend that wedding..

hari ahad, MySayang.com akan balik ke Malaysia. huhuhu, windu giler giler ah… tak sabor rasanya nak jumpa… hmm.. just a few more days… ilek ilek…

distance makes the heart grow fonder