Catatan – 1

Posted: 4th February 2009 by daddy in Uncategorized

2 feb 2009

Alhamdulillah, setelah hampir 5 jam kekebasan bontot dalam kapal terbang, jam 11.45 tghari waktu tempatan (1.30 pm waktu malaysia) aku sampai jugak ke negara India ni. First time menjejakkan kaki ke sini. Kalo tak kerana kerja, tak tau la boleh ke tak sampai sini. Tapi sebelum pape, just nak komen, imigresen India ni tak berapa friendly. Tak pernah nak senyum. Bila bagi balik pasport tu, main hempas atas meja je. Iskk.. mujurlah imigresen Malaysia tak macam tu. Slalu je penuh ngan senyuman. Huhuhu.. Ketibaan di airport delhi ni disambut oleh wakil daripada Institut Perburuhan Kebangsaan India. “Mr. Abdul Rahman” ditulis atas signage kad tu. Haha.. gelak kejap. Dari airport ke institut, kitorang naik kete suzuki. Model nya tak bape ingat tapi kalo kat malaysia, equivalent to kancil la.. kitorang berlima, encik driver, encik penyambut, aku, en mus dan pompuan dari mozambique memenuhkan kete kecil tu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke institut di daerah NOIDA. Amaran kepada sesiapa yang takut nak drive.. jangan datang ke sini sebab nanti anda semua akan fobia dan menjerit ketakutan. Hahaha.. kat sini, amalam mengehon adalah satu kewajiban. Kalo kat malaysia, orang yg dok tekan2 hon ni dah lama kena sumpah. Tapi kat sini, sepanjang jalan memang tak pernah sunyi dengan bunyi hon. And then, trafik kat sini sungguh kelam kabut giler. Tak leh nak digambarkan betapa nervous nya dok dalam kete yang asyik menyelit sana sini dan sentiasa hampir nak bergesel dengan kete lain. Dalam pukul 12.30 tgh hari, kami SELAMAT sampai di institut. Kawasan yang agak menarik tetapi terletak betul2 di simpang jalan utama. Lepas cek in kat hostel, kami di bawa ke bilik masing-masing oleh someone yang aku rasa ala-ala Pembantu Am Pejabat kalo kat malaysia. Kami ditunjukkan kemudahan yang ada di dalam bilik. Takda menda sangat pon. Ada aircond yang takkan digunakan sebab cuaca sini sejuk bangat, ada water heater yang memang melucukan. Ada tv dan air mineral dua botol besar. PAP tu cakap, kalo nak guna water heater, kena onkan suis nya dulu dan tunggu selama “Ten seconds”. Baru la air tu boleh panas. So bila aku nak mandi, aku onkan dan tunggu 10 saat. Air tu tak jugak panas2. Aku ingatkan heater tu rosak. Tapi aku tunggu gak sampai la 10 minit baru air tu hangat. Hahaha.. budak tu tak reti beza seconds dan minutes. Hehehe… Lunch pukul 1 petang. Tadi kitorang disajikan dengan nasi, dal, kentang dan ayam goreng. Semua makanan halal sebab dalam kursus ni, hampir 80% adalah peserta beragama Islam. Lepas balik ke bilik, try nak cek wifi connection, tetapi hampa. Tak da connection rupanya. Sangap la nampaknya dok 3 minggu di sini. Petang tadi masa dihabiskan dengan berehat dan tido coz aku pun rasa sungguh tak sehat. Selesema dan demam sikit2. Sakit tekak since daripada malaysia lagi. Lepas bangun dr tido dan menentukan arah kiblat, aku dengan cik mus berjalan2 sekitar institut yang tak sebesar Intan Bukit Kiara. Then kami decided untuk ke pasar yang berdekatan. Naik beca dengan dikayuh oleh orang tempatan dengan bayaran Rs25. Kesian orang itu yang terpaksa berkerah sepenuh tenaga untuk mengayuh beca nya yang berat. Hahaha… Kami pergi ke sebuah pasaar yang bernama Atta Market. Mulanya kami bercadang untuk ke Great India Palace, sebuah shopping mall yang terletak berhampiran dengan Atta Market. Tapi pengayuh beca tu salah faham dan drop kami di Atta Market. Market ni lebih kurang macam uptown gak arr.. Cuma tak banyak gerai, banyak kedai2 je. Ada banyak jual kain-kain ela tapi tak menarik pada pandangan mataku. Ada juga jual sari tapi aku tak beli coz aku rasa boleh survey banyak tempat lagi. Sebelum bertolak dari malaysia, dah ramai yang ingatkan supaya jangan makan sembarangan, jangan minum sembarangan dan jangan merayau sembarangan. Rupanya keadaan di India ni sungguh berdebu dan highly not reccommended to orang yang menghidap penyakit lelah dan athma. Teruk seyyy.. even kat Atta Market tu pon macam berhabuk all the time. Tadi sempat borak ngan orang dari institut ni. Dia cakap kat sini tak banyak hujan so memang berdebu dan berhabuk banyak. Ok, back to Atta Market, kami spent masa lebih kurang sejam untuk pusing2 di sekitar pasar. Harga barang-barang kat sini boley tahan jugak. Tapi dalam banyak2 barang yang dijual, kami Cuma beli selipar je. Ahhaha.. dalam bilik di institut tu, takyah pakai aircond or kipas dah. Memang seju. So tile kat dalam bilik memang sejuk, leh rasa sampai ke tulang. So, kami beli selipar untuk alas kaki dalam bilik. Then aku beli satu pek sim kad no India ni. Kalo kat sana, maxis dan celcom. Kat sini vodafone dan airtel yang banyak orang guna. Aku beli nombor airtel.. sape nak call aku leh try call no ni.. +919717366126. Macam dah jadi warganegara india la plak. Ohhh tidakkk… Kami bertolak balik dari Atta Market jam 8.10 malam. Naik tutt tutt… huhu.. tutt tutt ni just in case korang tak tau adalah sama macam tutt tutt yang ada di indonesia dan thailand. Enjin vespa yang diubahsuai dan body yang berbentuk kereta. Cuma takda pintu dan takda tingkap. Sampai je kat institut, kami terus dinner dan balik ke bilik. Stakat ni je catatan hari pertama di V.V. Giri National Labour Institute, NOIDA, India.

3 feb 2009

Hari ni merupakan hari kedua di NOIDA. Pendaftaran kursus bermula hari ni. Bangun pagi tadi pkl 6 pagi. Sesudah subuh, dok lepak tengok tv. HBO je yg boleh dilayan kat sini. Tu pun banyak iklan dia, tak macam HBO malaysia yang takda iklan. Channel lain semuanya dalam bahasa yang tidak difahami. Hahaha. Even cartoon network, animal planet dan star movies dialih suara siap-siap dalam bahasa diorang. Selesema masih lagi melanda. Even demam pon macam tak kebah lagi. Teruk tull. Breakfast kat sini start pukul 8.30 pagi. Pukul 10.30 bermula lah sesi pendaftaran. Then, ada introduction tentang institut ini oleh Program Officer. Perasmian kursus oleh Pengarah Institut, dan kemudiannya ada course overview oleh fellow kanan institut ini. Pukul 1 dah break untuk lunch. Masuk balik pukul 2.30 dan kelas tamat pukul 3.45 pm. Heheheh… macam simple sangat perjalanan kelas hari ni. Memang tak heavy pon sebab first day. Tapi yang pasti, dalam jadual, setiap hari kelas akan bermula pada pukul 10.00 pagi, morning coffee break pukul 11.15, lunch pukul 1.00 petang dan kelas akan tamat pukul 4.15 petang. Kalau orang malaysia ada jadual macam ni, memang tak habeh la keje nampaknya. Pagi tadi aku amik kesempatan utk call puan norlin, orang nombor dua di embassy malaysia. Thanx to abang khai yang memberikan nombr fon puan tu. Lepas bagi semua detail, dia jemput kami ke embassy ada sabtu ini sebab ada gathering untuk perayaan CNY. Jumaat ni semua peserta akan menikmati dinner bersama tuan pengarah institut. Aku pon dah lupa nama dia. Sabtu ni kami dijadualkan untuk melawat sekitar new delhi. Macam-macam tempat yang akan dilawati di delhi nanti. Sabtu depan kami akan dibawa ke Agra pulak. Untuk sesiapa yang tak tahu, di Agra tu lah terletaknya Taj Mahal, lambang cinta seorang maharaja kepada maharaninya. Huhuhu… dan kami akan diberi peluang memasuki Taj Mahal. Bestnya! Petang tadi aku dengan en. Mus pergi ke satu shopping mall dekat dengan Atta Market. Mall tu nama nya Great India Place. Tempat nya besar, seakan-akan alamanda. Ada banyak kedai kat situ, even ada kedai-kedai berjenama such as Bossini, Levi’s, Osim dan lain-lain lagi. Agaknya sekarang musim sale kot, macam malaysian mega sale. Sebab semua kedai menawarkan diskaun sampai 70%. Kami tak spent masa yang lama kat sana sebab eventhough ada sale, still sari dan shawl yang dijual agak mahal. Kami singgah pula kat Atta Market. Rupanya market ni lebih besar daripada apa yg kami sangkakan sebab semalam kami cuma pergi about one quarter of the market itself. Kami singgah di satu kedai di mana en mus dengan gembiranya memborong kain sari. Saya tak beli banyak sebab tak bawa banyak duit. Malam ni agak penat sebab banyak berjalan di pasar tadi. Esok belum ada plan lagi nak pegi mana, tapi kami dah diberitahu bahawa ada a few lagi places yang ada jual barang2 cenderamata. Nak beli ke tak eh? Huhhu.. Sekian sahaja catatan untuk hari kedua di NOIDA. Jumpa lagi..

p/s: gambar akan diupload kemudian.. lupa nak copy masuk pen drive tadi.. huhu

p/s lagi: selamat berangkat ke bandung untuk MySayang.com dan lain-lain ahli rombongan…

  1. khai says:

    kat delhi, cuba cari kedai yang jual barang2 macam alas meja yang kaya dengan embroideries. Shawl takyah fokus sangat sebab kat mesia pun dah banyak orang jual. hiasan dinding dan sulam-sulaman tuh yang mahal kalo kat mesia, tapi di sana murah.

    Hati-hati dengan pekedai. selalunya dia nampak je kita ni foreigner, di up 300%.

    Semoga tidak diserang diarrhea. Saya telah mengalaminya beberapa kali.

    Saya amat cemburu encik pirate akan berpeluang ke Agra. saya pun belum sampai lagi ke sana.

  2. pirateslelaki says:

    en khai.,. marilah berkunjung ke delhi sabtu ini.. embassy buat gathering tu… insyaAllah beta akan turut ke sana..

    shawl tak perlu eh? alas meja? emm.. ni perlu peruntukan tambahan dari malaysia ni.. huhu…
    mari lah ke agra minggu depan.. huhuhu.. semoga kameraku sehat2 sejahtera menjelang sabtu depan…

  3. sekilas says:

    menarik…apa yang menarik bukanlah aktiviti anda di sana
    tetapi cara anda mengolah cerita =P (mcm tkde kaitan je)

    balik nnti jgn lupe ajar bahasa india…kuch kuch ho ta hai..huhuhu

  4. pirateslelaki says:

    eh eh.. norfa mcm cikgu la plak.. huhuhu

  5. sekilas says:

    cikgu ape ni?? lagi takde kaitan…

  6. nolee says:

    memang orang sana suka hon..everytime u called mesti ada bunyi hon ..huhu..
    kat bandung pun macam tuh.. bukan hon marah la tapi..derang hon just to say tumpang lalu.. hihi