ye ye… kanda tau, dah lama dinda tak menerima tulisan dari kanda.. sejak bulan 3 hari tu, kanda takda masa nak menemani dinda dan memberi dinda sesuatu untuk dipublish. hari ni kanda nak menulis kat dinda blogku..
*****************
hari ni geram sangat.. actually smalam pun geram gak, tapi hari ni dah melampau..
semalam kitorang makan kat kedai yang biasa kitorang gi.. dulu masa memula dok sini dulu, memang kedai tu je la tempat aku jengah bila nak isi perut. dari kedai yang takda pape, sekarang dah jadi kedai makan yang maju. yang dah dikongsi dengan ratusan orang yang menjadi pelanggan tetap.
akan tetapi, kedai tu mula menampakkan kemerosotan di dalam kualiti servis yang diberi. lately servisnya terlalu lembab! order makanan, setengah jam or 45 minit kemudian, baru makanan sampai. kalo nak diconsider pelanggan ramai, takpe la jugak. tapi semalam cuma ada 4 or 5 meja je yang ada pelanggan. and half of it dah ada makanan dah pon. meaning that, takda la lame sangat nak tunggu makanan disiapkan. tapi semalam, lebih dari setengah jam nak tunggu bihun sup and nasi goreng cendawan siap. bukannya aku order makanan yang susah nak dimasak. simple je, but it took all night long to prepare those food! geram dan sakit hati! sebelum aku meletup kat situ, aku ajak MySayang.com blah dari situ and gi kedai lain.
actually malam sebelum tu pon aku makan kat situ ngan MySayang.com, echah and jimi yang jahat. and kitorang semua komplen sbb makanan lambat sampai. tapi tu takpe lagi… boleh tahan lagi.. last night, memang dah sampai klimax dah! and I, hereby, declare that the kedai dah berjaya masuk my blacklist!
malam ni, aku and MySayang.com gi pizza hut kat jusco equine. cadangan nak merasa la makanan itali yang baru kat pizza tu. kitorang order ape ntah nama makanan tu (nama itali, susah nak ingat). kat sini bukan aku nak burukkan restoren kegemaran ramai tu, tp sekadar berkongsi pengalaman:
- bila mangkuk berisi soup tu sampai, it was very annoying bila nengok soup meleleh kat tepi mangkuk tu. diorang ni tak penah diberi tunjuk ajar cemane nak kaut soup masuk mangkuk ke? mangkuk hayun tull la… dah la letak mangkuk tu kat tempat sebelah yang dah nyata2 kosong.. ape la salahnya letak benda tu kat depan customer terus? kang dah tak pasal2 kena sindir!
- tunggu pizza tu sampai agak lama jugak la, tapi takleh beat the record or kedai makan yang aku blacklist tu..
- pastu our side dishes pun sampai. takde la sesedap nasi goreng cendawan, tapi boley la.. still boleh diterima akal.
- the biggest shock of the night, masa dah abeh makan side dishes tu, aku jumpa lak anak lipas yang berperut buncit dalam cheesy foccacia nyer pencecah! adoiiii!! benda tu semua dah selamat masuk dalam perut kitorang!
aku pon panggil la assistant manager restoren kegemaran ramai tu. bila aku tunjuk menatang yang aku dah alihkan ke pinggan aku tu, dia, dengan selamba nya cakap, “Oppssss”, pastu bawak pinggan aku dari situ. (read: kepala hotak bapak ko, macam tu je ko nak lari? jawab dulu kat aku, cemane menatang tu boleh ada dalam makanan tu)
aku try amik gmbr, tapi apakan daya, n73 ni takleh nak focus benda yang dekat. aku call la kawan aku yang kebetulan merupakan QC kat pizza hut malaysia. tapi malangnya, tak dapat dihubungi sebab masih dalam miting. bila aku refer balik kat assistant manager restoren kegemaran ramai tu, dia cakap, “takpe encik, saya ganti dengan set yang baru”.
dalam hati aku, nak je aku ludah kat muka dia! aku tau, kalo dia ganti dengan makanan yang baru pun, dia akan amik benda tu dari pot yang sama. ape bezanya? bezanya cuma, dalam makanan yang baru nnt, lipas takda la. tapi perisa tu masih ada sebab amik dari pot yang sama.
aku pon cakap la, “ko expect aku nak bayar harga lipas ni ke?”
pastu baru la dia cakap, “kalo encik tanak bayar pon takpe”.
sebelum aku blah dari situ, aku tanya sape QC yang jaga restoren tu. sebab aku nak lodge official complaint kat pizza hut malaysia.
lepas ni sure orang akan tanya aku, “sedap tak rasa lipas buncit tu?”
cettttttttttttttttttttttt
p/s: takziah kepada faisal ismail dan isteri. semoga rohnya akan dicucuri rahmat…
sabar ok bang… petang ni kita gi beli barang dapur dan biar adek dan kakak nolee masak kat rumah. lagi selamat dan sihat. insyaAllah…
sori la adeq… smalam tu abg and kawan abg yang spesel dihatimu tu sampai umah lambat.. kol 3.30 pagi… terpaksa gi umah KSU kat TTDI dulu br balik umah…
nanti jangan serik masak lagi eh
spesel di hatiku? yaya….
KSU tu menghalang “percintaan” kami kan? benci!
KSU tu menghalang “percintaan” kami kan? benci!
hahahaha… aku suka ayat mu iteww cah..
okayla tu, terpakai untuk mu sekali. ahah
sedap rasa lipas yang buncit tu? heheheh