Daddy sakit perut…

Posted: 26th April 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, tragedi

yeah.. hari ni nak mulakan dengan gambar anak daddy yang satu ni.. gambar yang jadi peberet daddy..

cemane? comel x? geram tul bila dia wat mulut mcm tu.. hehehe… eeee…. nak cubit pipi!!!

hari ni daddy bangun awal.. daddy kena attend satu majlis yang dirasmikan oleh tipiem kat kl. disebabkan majlis tu start pukul 9 pagi, daddy kena la keluar rumah awal untuk mengelakkan jiwa tertekan oleh jem… daddy berjaya keluar rumah pukul 7.10 pagi. awal kan? mata pon masih tak bangun lagi.. tapi syukur alhamdulillah, hari ni daddy tak lupa nak kunci pintu n gate semua.. ingat tak peristiwa daddy lupa nak kunci pintu dan gate yang dibiarkan ternganga luas di siang hari? sudah tentu la tak ingat sebab daddy tak citer kat wordpress ni.. haha..

bila daddy sampai je kat susur keluar MEX tu, memang dah start jem. GPS daddy plak takleh nak pick up tempat2 je jem tu, so daddy kena tabahkan la jugak hati ni utk harung semua itu… kekadang daddy ni degil gak.. tanak ikut nasihat GPS tu.. penat dia bersuara, tp daddy tak ikut.. hehehe… skali daddy sesat la.. GPS pun macam give up je, tanak bersuara dah… dok diam je dia.. hmm.. teknologi ni ada perasaaan jugak kan? dah la perut daddy sakit giler pagi tadi, tambah lg ngan jem khinzir tu… 10 minit lg pukul 9 and otel tempat majlis tu tak sampai 300 meter je lagi, tapi kenderaan semua tak bergerak sebab abang polis kat depan tu belom mau melambai2 ke arah kami.. bila dah takleh tahan sakit perut tu, daddy corner kat satu bangunan ni, parking kete n terus meluru masuk dalam.. siap terkejut pak gad bila daddy terpa dia, tanya mane tandas… bila dah selesai, daddy meneruskan perjalanan yang tak jauh mane tu…

jumaat ni daddy nak balik keybee.. nak jumpa anak daddy.. tak sabar nya… (yerr… mummy pon daddy nak jumpa gaks…) :p

Daddy- hari ini…

Posted: 21st April 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini

bengang tull daddy dengan wordpress ni.. daddy nak add nuffnang kat blog daddy ni. dah berbulan-bulan dah lamanya… tapi sampai skarang daddy tak jumpa lagi tool utk edit script ni.. adoii… kang daddy tukar balik ke blogspot kang…

hari ni daddy ngan mak daddy pegi bershopping.. takda la sakan mana pon, cuma sempat la jugak ke tesco puchong, giant puchong n jusco equine. daddy beli baju utk anak daddy, tali pinggang untuk daddy, pastu sikit2 stok makanan untuk daddy hidup membujang nanti… cemane la idup daddy kalo membujang sorang2 kat umah ni eh? mesti bosan… pagi2 bangun gi keje, malam2 balik ngadap tv kejap, pastu tido… rutin harian kecuali sabtu ahad.. hopefully daddy boleh dapat tiket murah untuk selalu balik ke timur tanahair untuk menjengok anak daddy n mummy nya tu…

hari ni mummy hantar dua mms gambar anak daddy.. comel sungguh anak daddy.. rindu plaks… nnt esok-esok mummy leh la hantar banyak lagi… hua hua hua.. dah katanya free, gunakanlah sebaik nya..

anak daddy dipakaikan seluar pendek dan berambut beckham! macam nak pegi main bola plak..

oklah, malam ni daddy takleh tido lambat.. esok nak masuk opis. dah lebih seminggu daddy tak duduk atas kerusi usang tu. pasti banyak file yang perlukan perhatian daddy.

p/s: daddy suka la pulak nengok citer AdaMaya tu.. iskkk… kena pasang tv dalam bilik opis ni…

Cerita Daddy Hari Ini..

Posted: 19th April 2010 by daddy in Uncategorized

anak daddy masuk spital hari jumaat minggu lepas… kena jaundice.. kesian anak daddy.. terpaksa bermalam sorang2 ditemani oleh nurse yang cun!! takpe, lenkali daddy temankan bersama-sama nurse tu.. hahahaha…

tapi syukur alhamdulillah, selepas dua malam di hospital, anak daddy dah boleh keluar… kuningnya dah surut sket.. dah jadi kaler cekelat kemerahan dah..  kaler normal la tu.. huhu… mummy n daddy dah boleh main2 ngan anak daddy ni… malam2 pon anak daddy dah tak meragam lagi… mummy n daddy dah boleh tido dengan aman.. hahaha.. baik tull anak daddy ni.. kalo terjaga malam pon, anak daddy tak buat bising banyak sangat.. ehehe..

esok daddy dah kena balik putrajaya.. daddy kena masuk keje sebab dikhuatiri gaji daddy masuk hari khamis ni.. hihihi.. hari ahad nanti, nenek kepada anak daddy (mak daddy la tu) akan balik kuching.. so hujung minggu ni daddy tak balik la jengok anak daddy n mummy ni… minggu depan la pulak yehhh… nnt daddy n mummy nak celebrate anniversary pertama kami.. tapi mummy tengah pantang… so daddy ikut sama la berpantang..  pantang tengok roti canai chotek… hihihi… mummy tau, tu peberet daddy kalo balik ke newcastle ni…

pagi tadi daddy dah beli tiket2 penerbangan utk daddy n mak daddy.. flight balik esok, flight mak daddy balik kuching n flight daddy pegi balik minggu depan.. kopak jugak daddy hari ni.. duit dalam bank rimau pon tinggal RM50 je.. dah takleh nak buat transaction.. nak swipe beli minyak kete pon takleh.. huhuhu… tunggu je la gomen reloadkan bank rimau daddy nnt..

malam tadi kak imah ada bagitau, kalo nak pembantu rumah warga INA, telefon lah ejen INA yg sorang ni.. bayar pon tak semahal kalo guna ejen-ejen lain.. mummy n daddy nak bincang panjang dulu sebelum buat keputusan. bukannya daddy kedekut duit, tapi daddy nak kena pikirkan dari segi keselamatan dan ketenteraman awam…  huhu.. macam nama opis mummy je… kalo jadi nanti, minta2 la orang yang datang tu baik-baik belaka.. and semoga dia tak ajar anak daddy ni dengan bahasa INA.. nnt susah plak mummy n daddy nak paham percakapan anak daddy ni..

oklah.. daddy nak tgk2kan anak daddy yang dah mula bergerak ke kiri kanan ni.. kejap lagi mesti lapar susu… huhuhu… see ya!

Lil prince

Posted: 14th April 2010 by daddy in Uncategorized

I’m presenting, to the best of the world, my prince, Nik Irfan Abdul Rahman bin Mohamad Sani!

D.O.B: 12 April 2010

T.O.B: 10.28 am

P.O.B: Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

This is our pride! Our joy! Our happiness!

God bless us all!

Little Updates on Her and Him

Posted: 11th April 2010 by daddy in Uncategorized

arrived at KB yesterday. oh boy, the whether here is hot!

some updates on my wife:

1. dilated of about 1 cm today. doc suruh dia balik umah dulu. kalo air dah pecah or rasa sakit selang 10 minit, quickly rush to the hosp.

2. mungkin akan deliver before 14 hb. paling lama pon seminggu. due nya patut 12 hb.

3. hari ni dah start rasa sakit2. sian my wife. berpeluh menahan sakit. dah la cuaca panas. luckily dibenarkan melepak dalam bilik kakak dia. sejuk sket… i need to get that portable air cond!

4. baby’s positioning is good. he is getting ready to pop out.. anytime now..

updates on her may not be published here. so please refer back to my facebook status from time to time. with this FB tech, i no longer have to SMS the entire world.

just can’t wait to be a dad!! a proud dad!!

Jersi Piala Dunia

Posted: 16th March 2010 by daddy in Uncategorized

Anda minat bolasepak?

Anda tidur mandi makan dengan bolasepak?

Anda tidak sabar menanti kedatangan Piala Dunia tahun ini?

Anda sudah bersedia dengan pakaian yang sepatutnya?

Jika belum, anda mungkin berminat untuk mendapatkannya…

Anda patut lawat laman ini.. http://myjersey.wordpress.com/

Jangan lepaskan peluang.. dan jangan ketinggalan!!!

I'm back!

Posted: 14th February 2010 by daddy in Uncategorized

Okay, let me see. My last post was on 12 July 2009. Means that it has been about 7 months of blogging-less for me! Don’t ask me why. I do not have the answer till today.. Haha… Rindu seyyyy… Mesti ramai yang dah lupa pasal blog usang ni. Ahaha… Kalo nak diikutkan, banyak giler cerita yg aku nak letak sini, tp jari ni belom tentu masih kuat menekan kekunci blekberi ni… Blekberi? Ya… Aku dah pakai blekberri.. Takda dah nokia… Dan ya… Blekberri dah ada app utk wordpress… So basically, aku bleh blogging dari mana2 tpt di dunia ini, selagi ada signal celcom (ya, aku guna celcom)… Hatta dari dalam jamban pun aku bleh blogging….

Lots of things has happened for the past 7 months… The biggest impact of all is that my wife is preggy.. InsyaAllah bln april nnt akan dpt la title daddy to me… Anxiously waiting for the baby to ‘pop’ out…

We are still living in this house. Ntah bila rumah baru tu nak siap. Target last christmas, tp nampaknya jalan pun belum buat lagi. So kena tunggu la. But luckily projek tu tak terbengkalai. Kalau tak, see u in court la!!

Work wise, we have been promoted to a new level, syukur. Rezeki semua.. Beban keja pon bertambah. Still maintaining the title es o / pi key.. Tapi tambah lagi title keypiesyu. Hahaha… Skarang buat keje2 enforcement. Menarik, tapi seems kena banyak baca akta and case file lama2.

Tiap hari keluar dari ofis pukul nam stengah dan ke atas. Kesian wifey kena tunggu lama2 kat ofis.. Nak wat cemane kan? Tu la, nak sangat jadi pitidi..

Oklah, cukup stakat ini, untuk a come back. Will write again later (hopefully)….

Joke!

Posted: 12th July 2009 by daddy in Uncategorized

I found this joke in my friend’s facebook… cynical but hilarious..

My Lesbian neighbors gave me a Rolex for my birthday, I think they misunderstood when I said, “I wanna watch”

Posted: 7th July 2009 by daddy in Uncategorized

koneksi di pejabat sudah diupgrade!
upgrade

cuti…

Posted: 30th June 2009 by daddy in Uncategorized

wow.. dah lama dah tak amik cuti… rasa mcm best je.. pagi tadi bangun terus antar sms kat keyesyu.. cakap nak amik cuti hari ni.. “dato’, good morning.. i’m not feeling well today… wanna take a one day leave”.. then lepas 5 minit dia pon reply.. “ok.. hopefully it’s not because of the stress from the boss.. take care”.. ahaks…

tapi anehnya, bila nak bangun pagi utk gi keje rasa mcm malas sangat.. tapi pagi ni bila cuti, bangun pagi mcm senang giler… dah tak ngantok plak tu.. dah terbalik agaknya dunia skarang.. or maybe dunia aku je..

lepas MyBini.com pegi keje, aku bukak komputer utk cek email and baca paper selain mengFBkan diri kejap.. breakfast honeystarz dan koko crunch.. then bukak tv… dah lama tak tengok tv dengan bebas.. huhu.. siap boleh terlena atas sofa lagi tu.. then gi vacuum satu rumah, kemas dapur… kemas tpt mkn… basuh kain… jemur kain… dan lipat kain.. wahh.. jadi suri rumah satu hari…

sejak kerja di tingkat 9 ni, sibuk je memanjang.. keje bertambah, gaji berkurang.. (i lost my elaun tanggung keje starting this month) kuasa je yg bertambah.. haha.. giler kuasa… ramai yg tanya cemane perasaan keja kat situ.. aku jawab.. baik cari keje lain.. hahaha.. ye la.. lepas kawen tak penah lagi balik on time.. kecuali la time keyesyu takda kat opis.. kesian MyBini.com yg kena tunggu lama kat opis petang2… kekadang rasa bersalah.. tapi seb baik dia paham.. lgpun dah bawak dia jumpa keyesyu and keyesyu pon dah terangkan kat dia.. rasa malu lak kat semua orang.. tp bak kata ayahanda, hal opis jgn bawak balik ke umah, hal umah jangan bawak pegi ke opis.. alhamdulillah skarang ni semuanya ok.. boleh tahan lagi… semuanya under control.. ujung minggu lepas pon kena keja jadi LO utk delegasi singapura… merasa la jugak laluan VIP kat KLIA tu…

dinner

cadangnya esok nak lanjutkan lagi cuti sehari.. tp mcm tak sampai hati tinggalkan boss dan opis yg kelam kabut tu… takpe lah.. nnt2 boleh amik cuti lagi kan?

ujung bulan ni nak cuti lagi.. gi sabah… jom jalan jalan…