Daddy sakit perut…

Posted: 26th April 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, tragedi

yeah.. hari ni nak mulakan dengan gambar anak daddy yang satu ni.. gambar yang jadi peberet daddy..

cemane? comel x? geram tul bila dia wat mulut mcm tu.. hehehe… eeee…. nak cubit pipi!!!

hari ni daddy bangun awal.. daddy kena attend satu majlis yang dirasmikan oleh tipiem kat kl. disebabkan majlis tu start pukul 9 pagi, daddy kena la keluar rumah awal untuk mengelakkan jiwa tertekan oleh jem… daddy berjaya keluar rumah pukul 7.10 pagi. awal kan? mata pon masih tak bangun lagi.. tapi syukur alhamdulillah, hari ni daddy tak lupa nak kunci pintu n gate semua.. ingat tak peristiwa daddy lupa nak kunci pintu dan gate yang dibiarkan ternganga luas di siang hari? sudah tentu la tak ingat sebab daddy tak citer kat wordpress ni.. haha..

bila daddy sampai je kat susur keluar MEX tu, memang dah start jem. GPS daddy plak takleh nak pick up tempat2 je jem tu, so daddy kena tabahkan la jugak hati ni utk harung semua itu… kekadang daddy ni degil gak.. tanak ikut nasihat GPS tu.. penat dia bersuara, tp daddy tak ikut.. hehehe… skali daddy sesat la.. GPS pun macam give up je, tanak bersuara dah… dok diam je dia.. hmm.. teknologi ni ada perasaaan jugak kan? dah la perut daddy sakit giler pagi tadi, tambah lg ngan jem khinzir tu… 10 minit lg pukul 9 and otel tempat majlis tu tak sampai 300 meter je lagi, tapi kenderaan semua tak bergerak sebab abang polis kat depan tu belom mau melambai2 ke arah kami.. bila dah takleh tahan sakit perut tu, daddy corner kat satu bangunan ni, parking kete n terus meluru masuk dalam.. siap terkejut pak gad bila daddy terpa dia, tanya mane tandas… bila dah selesai, daddy meneruskan perjalanan yang tak jauh mane tu…

jumaat ni daddy nak balik keybee.. nak jumpa anak daddy.. tak sabar nya… (yerr… mummy pon daddy nak jumpa gaks…) :p

  1. K-lynn says:

    Lah.. aku ingat sakit perut kelaparan, gastrik.
    Singgah makan.. ropanya membuang. Cheh!

    Anyway, tahniah.