Daddy sekarang sudah sah menjadi ahli FF!
Daddy termakan pujuk rayu kawan daddy yang telah mentransformasikan badannya kepada badan ketul-ketul. tapi daddy tidak lah hendak mengetulkan badan daddy, cuma nak kurangkan berat dan keep fit. Alasannya? daddy mau hidup lama untuk keluarga daddy. wahahaha.. chaiyuk chaiyukk
so sekarang ini daddy akan cuba meluangkan banyak masa di FF sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk memenuhi impian daddy. Malam tadi daddy pergi ke FF untuk kali pertama. tidak lah membuat apa-apa yang berat, cuma berlari, angkat badan sendiri, angkat besi dan tolak besi. daddy juga bertapa lama di dalam bilik stim, untuk menyetimkan badan. hasilnya, pagi ini daddy bangun dengan krek sana, krek sini. badan dan tulang jadi sengal.
daddy juga dikhabarkan oleh kawan daddy itu bahawa telur itu baik untuk kesihatan. daddy pon makan telur banyak sekarang ini. sebab otot daddy perlukan protein katanya. tapi hakikatnya daddy memang suka telur! so daddy amik je lah kesempatan ini untuk mengurangkan stok telur di pasaran. semoga ayam-ayam malaysia tidak jemu-jemu untuk bertelur…
cerita anak daddy? anak daddy hari ni berusia sebulan seminggu umurnya. sebulan seminggu tu, lima minggu lah.. makin kerap senyum je nampaknya, dari gambar-gambar yang diemail oleh mummy kepada daddy. hari ahad lepas anak daddy kena cucuk… nangis nye kejap je. boleh tahan lah anak daddy ni. mummy nya plak sehari dua ni, abis lah pantang dia. bukan main seronok lagi. ntah-ntah dah siap buat jadual makanan harian. takpe lah, sebulan hari tu dia asyik makan nasi lembik and ikan je. hopefully mummy and anak daddy sentiasa seyhat dan ketul-ketul macam daddy. ahahahaha…
lagi dua minggu lebih, daddy akan bawa mummy and anak daddy balik ke lembah kelang ni. tak sabar rasanya sebab dah lama dah hidup sorang-sorang. makan sorang-sorang, tido sorang-sorang, cakap sorang-sorang.. nanti lepas ni, hidup bertiga-tiga, makan bertiga-tiga, tido bertiga-tiga, cakap pon bertiga-tiga..
okeh, daddy nak siapkan surat keyesyu ni. banyak songeh plak orang tua tu. seb baik dia yang sign laporan sulit daddy.
salam bro
first time singgah… tahniah atas baby baru
terima kasih abang long…
sani… harap2 rancangan ke FF tu tidak hangat2 tahi ayam ya… semoga betul2 rajin!!!