satudisemberduaribusepuloh

Posted: 1st December 2010 by daddy in Anak Daddy!, Erin, hari ini, picto, tragedi

Apa perkembangan rumah baru Mummy dan Daddy? dan anak daddy?

Dengar katanya meter elektrik dah masuk. meter air pun sedang menunggu masa untuk dipasang. Defect yang dilaporkan dua minggu lepas apa agaknya berita? hopefully dalam bulan ni dah boleh start renovation. eh, kontraktor pon belum pilih lagi kan? cepat-cepat masuk tender!

mummy nak extend dapur tu. kecik sangat katanya. so nak anjak dalam dua tiga kaki jugak la. pastu nak pasang plaster siling. daddy cuma nak pasang grill je. pastu aircond. pastu nak pasang paip air kat porch tu. senang sket nak basuh kete.

dalam kepala mummy ngan daddy dah ada pelbagai idea tentang hiasan dalaman rumah tu nanti. especially ruang makan. meja oriental dah beli, lampu oriental pun dah beli. so ruang makan akan bertemakan oriental (terpengaruh ngan citer farah dalam astro oasis tu).. ruang tamu plak, err.. aiyakkk.. sofa semua tak beli lagi rupanya..

daddy sebenarnya dah tak sabar nak masuk rumah baru. selesa sket ada rumah sendiri. nak beli pape pon takda la risau sangat. nanti bulan satu nanti, mak daddy nak datang sini, ingat nak berkunjung ke padang besar or rantau panjang. nak cari benda-benda yang menarik untuk menghiasi rumah. ataupun curi-curi pergi batam sebab kata mereka, kat sana ada banyak barang-barang yang bukan-bukan. hahahaha…

nanti bila kewangan dah stabil sket, daddy ingat nak beli rumah nombor dua, bukan untuk bini nombor dua, tapi untuk kami buat pelaburan. kali ni bolehlah daddy amik pinjaman perumahan kerajaan to the max! sebab bila dah stabil kewangannya, daddy bolehlah lepaskan elaun perumahan wilayah tu dah…

minggu lepas daddy tukar bumper depan kete waja. sebab pecah lepas korbankan sekor anjing di lenggong time nak balik raya. berapi jugak wallet daddy time tu..

ni keadaan lepas kecelakaan berkenaan:

lepas cucuk ATM RM400, ni hasilnya…

anak daddy dah pandai buat macam-macam sekarang. anak daddy dah boleh duduk dengan sendirinya, boleh merangkak dengan laju, boleh berdiri sambil berpaut pada hujung kerusi. nak tunggu dia pandai berjalan je sekarang. seronoknya!

crawlers

Posted: 10th November 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini

Anak daddy dah mula nak merangkak-rangkak dah malam tadi. Happy sokmo nengok dia mengatur gerak dia.
Tadi dia terjaga pukul 12.30 tgh malam.. Lepas menyusu, nak pulak dia test skill merangkak dia. Jenuh plak nak bersengkang mata perhatikan dia. Tapi itu lah satu tahap kepuasan pada setiap ayah, melihat perkembangan satu persatu yang ditunjukkan oleh anak.
Lepas pandai merangkak, ape pulak eh lepas ni?
Mari kita tunggu dan lihat..

lalat yang terbang

Posted: 8th November 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini

hokkei.. saya kembali bersiaran..

daddy gumbira bila dapat email dari firefly hari ni. firefly dah mula berterbangan dari klia ke kuching dan kk.. harap2 la lepas ni tiket murah.. siang tadi daddy tempah tiket untuk granny datang ke kl januari kelak. dan juga kami sekeluarga balik ke kuching bulan may nanti. tiket rega RM0.01. sape tanak kan? tambah je airport tax (yang memang takleh dielakkan) dan juga standard set RM30 (yang merangkumi makanan, bagasi dan juga tempat duduk). cuma agak terkilan sebab tiket untuk infant diflatratekan ke RM50 per person per sector. padahal bukannya guna seat tambahan pon. tapi takpe lah.. daddy redha…

Hye

Posted: 7th November 2010 by daddy in hari ini, tragedi

hokkei.. daddy tau daddy dah mula untuk berhenti berbelog…
bukan sengaja sebenarnya.. tapi daddy dah lupa cemane nak login ke dashboard… password pon dah lupe..
ni pon terpaksa mintak tolong pakarujuk untuk recover balik password dan link ke dashboard.
huhuhu…

Inilah Pengalaman

Posted: 18th July 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, Paragoners, picto

hokkei, granny irfan dah balik kuching, after nearly two months kat sini, tolong jaga irfan sementara irfan membesar sket. sedey juga daddy rasa bila antar granny irfan ke klia tadi. granny lagi la, teresak2 dari smalam. ye la, hari hari dok ngan irfan, layan karenah irfan. bila balik je ke rumah tadi, memang terasa tak lengkap. kini tinggal kami bertiga sahaja kat rumah. daddy, mummy and irfan.

irfan dah tiga bulan satu minggu usianya. dah pandai gelak lama2. bila gelak tu, siap ngan aksi tangannya. esok irfan dah start masuk nursery. err, hokkei, patutnya masuk khamis lepas tapi tak sampai hati nak anta. lagipun dia demam lepas kena cocok. so granny suh dok je umah dulu. melayan telatah irfan memang seronok. irfan suka tengok lampu2 yang terang. amat menarik perhatiannya. irfan dah pandai cakar muka sendiri, dan of course cakar muka daddy. sakit woo.. kesian irfan, dah ada kesan calar balar kat mukanya. sarung tangan dah tak pakai sebab dia dah mula menggenggam tangannya. so kuku tu kena potong selalu, kena gi manicure kot. hahaha…

tadi mummy mandikan irfan. masa nak pakaikan baju irfan, irfan kencing lagi. haha.. mummy pon menjerit la semahu mungkin. abeh kena baju baru irfan. kah kah kah.. padan muka mummy. hihihi…. mummy nampak macam letih. sian mummy… malam ni kita tido awal eh. haha.. ¬†daddy tolong basuh baju2 irfan, wahh.. ni first time daddy wat keje macam ni.. ini lah pengalaman.. tapi daddy rendam n sental sket2 je.. kalo mummy tau ni, kompom dia marah.. hahaha… biasa la, daddy kan pemalas..

petang smalam, daddy n mummy n auntie nisha gi survey perabot-perabot. err, hokkei.. daddy n mummy gi shopping perabot, auntie nisha yang survey2 je.. rumah baru daddy and mummy sedang menunggu CCC. ntah bila nak dapat nya. tapi kami tempah dulu bedroom set and meja makan.

ini katilnya (katil sahaja, bukan tilam rega lapan ribu tu)

ini tilamnya (tilam sahaja, bukan katil)

ini almarinya (yang tinggi melangit, empat pintu jenis buka, bukan slide. tempered glass tinted gelap)

ini dressing table (cermin besar tapi kontot, laci ada enam, style main tarik-tarik)

ada satu lagi komponen, bedside table yang comel tapi sayangnya gambar tak clear. so takleh haplod.. semua ni harga nya RM4995 tapi dapat rega kautim RM4500. rega menarik sebab tilam yang harga RM4698 tu kitorg dapat 50% off. delivery pon FOC.

lepas tu kami singgah pula ke kedai sebelah. daddy beli yang ini…

dining table (bentuk bulat 4 x 4 kaki and ada marble cheese..

meja tu harga nya RM999. menarik sebab gaya kopitiam. actually kami cari meja gaya kopitiam yang kecik sahaja, untuk diletak di dapur sebagai tempat lepak2 dan minum2 petang. tapi terjumpa pulak yang jenis besar. ada enam kerusi dan memang amat menggiurkan.

semua perabot ini akan sampai ke rumah baru bila-bila saja kami mahu. haha.. itu another part yang menarik. so ruang makan and bilik-bilik tidur sudah lengkap. tinggal mau cari kitchen cabinet and sofa sahaja. semua ini akan dimuatkan di sini…

so memang tak sabar nak tunggu pindah masuk rumah baru. kawan-kawan dan sanak sedara tolong doakan rumah tu dapat CF/CCC cepat yer..

Posted: 8th July 2010 by daddy in tragedi

Abang abang, adik adik, kakak kakak, germany dah kalah. full stop.

. .. … ….

Posted: 4th July 2010 by daddy in Anak Daddy!, Erin, hari ini, kawan-kawan, tragedi

daddy tak tau la nak update ape kali ni. rasa bosan sangat sampaikan idea tak keluar-keluar.

anak daddy tido je hari ni. mummy plak tak sehat. granny plak baca paper sambil teman anak daddy tido.. kawan-kawan daddy agaknya busy dengan aktiviti masing-masing.

daddy pandang je dashboard blog daddy ni. tiba-tiba mata ni terpandang pada statistik blog.. bukannya ramai pon yang masuk sini, tapi yang membuatkan daddy gelak adalah ruangan top searches tu. ada plak yang masuk blog daddy untuk mencari info pasal benda-benda ni:

  1. enchesani
  2. gambar ruang triage
  3. kunci spare myvi hilang
  4. bisul pada kelopak mata

yang tak tahan tu, kunci spare myvi hilang pon cari kat sini. hahahaha….lawak tull. tapi takpe lah.. kalo daddy ada info pasal tu, daddy akan bercerita hokkei… hehehehe…

daddy masih rasa kurang sehat. hari ni daddy mula berlari hidung (running nose).. takda la banyak tapi berjaya la jugak menimbulkan ketidakselesaan. hari khamis lepas, sekembalinya daddy daripada tugas di parlimen, daddy terus ke hospital putrajaya untuk menguji darah (blood test). daddy dah demam dua minggu, tak baik-baik lagi. selepas sejam lebih menunggu, alhamdulillah, darah daddy hokkei.. masih lagi kaler merah. tapi la kan, daddy masih lagi syak yang doktor patplohlapan kat klinik tu yang salah sebab tak bagi daddy antibiotik sejak dari mula lagi. padahal masa memula daddy pegi jumpa dia tu, temperature daddy dah menjengah 38 darjah C.

kereta daddy yang bernama erin tu belom lagi siap. masih di bengkel sebab daddy pesan kat mekanik tu suh spray seluruh kete. bagi nampak comel dan bergaya lagi. so hopefully dalam pat lima hari ni, siaplah kot.

hokkei, dah tak tau nak tulis hape.. kalo korang ada idea, kongsi lah. hahahaha…

Klinik Kesihatan

Posted: 30th June 2010 by daddy in Uncategorized

hokkei, mari kita bercakap tentang klinik kesihatan. daddy sebenarnya tak sihat since last week, so hari isnin @ selasa minggu lepas, daddy ke klinik kesihatan putrajaya utk mendapatkan rawatan.. sebab masa daddy sukat suhu badan kat umah, trang tang tang bacaan nya 38.5 darjah celcius..

daddy ke klinik tu lepas waktu kerja. mcm biasa la, daddy kena beratur dan menunggu nombor giliran dipanggil oleh doktor. mungkin sebab masa daddy berkunjung tu, masih lagi awal, dalam lebih kurang pukul 6 petang. lepas hampir sejam daddy menunggu bersama mummy, daddy akhirnya diseru masuk ke bilik doktor tu.. doktor tu plak namanya fauzi kalo tak salah. saje tanak letak gelaran doktor kat depan nama dia sebab dirasakan tak layak. bila masuk je dalam bilik tu, dia ingat dia tu raja. langsung tak senyum, tak pelawa duduk. mata asyik pandang monitor and pada masa yang sama, bertanya, “sakit apa”… xpe lah.. daddy masih lagi bersabar sebab daddy menahan sakit.

lepas dia intai anak tekak daddy, terus je dia suh amik ubat kat farmasi. huiyoo.. terer tull dia kan? mentang-mentang patplohlapan.. tp daddy syak, dia ni yang dinaikkan pangkat lepas ksn umumkan kenaikan pangkat besar-besaran hari tu.. lepas daddy dapat ubat, daddy terkejut sebab dia cuma bagi panadol and air kumur je.. alah cik pauzi, kalo aku nak panadol, aku gi watson je la… takyah que lama-lama… aku datang sebab nak ubat antibiotik.. sebab ubat tu tak jual kat watson!!!

lepas seminggu, masuk minggu kedua, daddy masih lagi rasa tak sihat. mula la batok menjelma. batok-batok-batok, dada pon dah sakit… petang tadi daddy dah tak tahan ngan batok ni, daddy pegi skali lagi ke klinik kesihatan yang sama.. kali ni daddy sampai lewat sket.. daftar kat depan tu pon dah kol 7.38 mlm.. bila tnya kat triage, dia cakap takda org que. tp memang betul la… memang takda orang pon kat situ… so daddy n mummy pon tunggu la dengan hati senang.. u’olls tau tak, pukul 8.25malam baru nombor daddy dipanggil. sah la doktor tu gi solat dulu. itu takpe la, tp ditambah plak dengan gi makan beramai-ramai. daddy tau sebab daddy nampak dia datang dari arah ruang rehat bersama-sama dengan tiga orang doktor lain.

dalam hati terfikir, kalo nak gi makan, ape salah nya pegi bergilir-gilir. kenapa perlu makan beramai-ramai? dah la tu, lama plak. kalo macam tu, baik takyah buka klinik waktu malam. kalo klinik tu tutup, boleh la kitorang pegi hospital je terus.. daddy memang menghargai usaha mereka melanjutkan waktu rawatan sehingga ke malam hari. tapi pelaksanaan usaha tu biarlah betul. kalo dah 4 orang doktor bertugas malam, ape salah nya kalo nak rehat, dua orang doktor pegi dulu, lepas tu sambung dengan dua orang doktor yang lain? at least takda la orang ramai merungut sebab nombor lama sangat berhenti, tak dipanggil. kesian la kat babies yang dok menangis, orang-orang tua yang nak dapatkan rawatan. macam takda rasa kebertanggungjawaban la plak doktor-doktor ni…

kalo ikutkan, nak ajer daddy anta email kat keypee kesihatan dan keyesen. sebab ini adalah pengalaman kali kedua daddy kena tunggu lama nak dapatkan rawatan. pesakit tak ramai, tapi doktor tu ambil masa yang agak lama untuk memanggil pesakit. ntah ape yang dibuat dalam bilik tu. daddy syak, diorg ni main facebook dulu. hua hua hua…

daddy harap mutu perkhidmatan ini boleh diperbaiki. kira hokkei la jugak daddy komplen kat dalam blog ni je. kalo orang lain yang tak puas hati and sebarkan through media, kan ke naya tu.. kalo perkhidmatan kaunter boleh dibuat dalam bentuk syif, kenapa tidak perkhidmatan kesihatan dan perubatan?

Hye Daddy, Mummy and Anak Daddy

Posted: 29th June 2010 by daddy in Anak Daddy!, Erin, hari ini, picto, tragedi

Hokkei.. hari ni 29 jun.. hokkei.. dah lebih sebulan daddy tak hapdet.. tp daddy busy hokkei…

anak daddy dah balik sini dah.. hmm.. cemane boleh dikatakan ‘balik sini’? sedangkan dia lahir di keybee.. mungkin sebab dia dibuat dan diproses di sini kot.. hahahaha…

kete daddy eksiden sehari sebelum wesak hari tu. daddy on the way balik ke keybee time tu.. dengan tidak semena-mena ada kete saga lama langgar depan kete daddy. sedey woo sebab tu la first time kete tu eksiden.

so terpaksa la kete daddy bermalam di bengkel hari tu. bukan hari tu je, sampai hari ni kete tu dok bengkel lg.. dah sebulan lebih dah.. dah nak masuk bulan 7 dah…

balik dari keybee, daddy terus ke keykey dan sandakan. ada keje di sana. ni la first time daddy dapat keluar opis semenjak dipatpulohlapankan oleh jepeeyeay ni.. ¬†sebelum ni nak keluar, tp asyik kena kensel oleh keyesyu je.. 5 hari daddy kat sana, daddy terus melayang ke keybee utk bawak mummy n anak daddy balik ke eskey.. best giler bila umah tu dah ada tangisan baby.. lama dah tunggu saat mcm tu…

daddy ke keysi-h n sibu lepas tu. pon 5 hari gak. lepas balik dari sana baru lah daddy dapat setelkan documentation pasal kete daddy yang tersadai tu.. dua hari lepas call tokei tu suh cat seluruh kete. so dalam seminggu lebih lagi baru la anak daddy dapat tengok kete daddy tu..

anak daddy skarang makin galak dengan senyuman dan ketawa kecilnya. dah pandai merajuk bila tak diberi perhatian. dah pandai mengadu kat daddy petang-petang bila daddy balik keje. memang best pengalaman tu. korang yang tak kawen lagi, cepat2 la kawen…

I Love Daddy!

Posted: 26th May 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, picto

Mummy hantar gambar ni a few days ago.. sangatlah chumel hokkeiii.. daddy loike!