daddy tak tau la nak update ape kali ni. rasa bosan sangat sampaikan idea tak keluar-keluar.
anak daddy tido je hari ni. mummy plak tak sehat. granny plak baca paper sambil teman anak daddy tido.. kawan-kawan daddy agaknya busy dengan aktiviti masing-masing.
daddy pandang je dashboard blog daddy ni. tiba-tiba mata ni terpandang pada statistik blog.. bukannya ramai pon yang masuk sini, tapi yang membuatkan daddy gelak adalah ruangan top searches tu. ada plak yang masuk blog daddy untuk mencari info pasal benda-benda ni:
- enchesani
- gambar ruang triage
- kunci spare myvi hilang
- bisul pada kelopak mata
yang tak tahan tu, kunci spare myvi hilang pon cari kat sini. hahahaha….lawak tull. tapi takpe lah.. kalo daddy ada info pasal tu, daddy akan bercerita hokkei… hehehehe…
daddy masih rasa kurang sehat. hari ni daddy mula berlari hidung (running nose).. takda la banyak tapi berjaya la jugak menimbulkan ketidakselesaan. hari khamis lepas, sekembalinya daddy daripada tugas di parlimen, daddy terus ke hospital putrajaya untuk menguji darah (blood test). daddy dah demam dua minggu, tak baik-baik lagi. selepas sejam lebih menunggu, alhamdulillah, darah daddy hokkei.. masih lagi kaler merah. tapi la kan, daddy masih lagi syak yang doktor patplohlapan kat klinik tu yang salah sebab tak bagi daddy antibiotik sejak dari mula lagi. padahal masa memula daddy pegi jumpa dia tu, temperature daddy dah menjengah 38 darjah C.
kereta daddy yang bernama erin tu belom lagi siap. masih di bengkel sebab daddy pesan kat mekanik tu suh spray seluruh kete. bagi nampak comel dan bergaya lagi. so hopefully dalam pat lima hari ni, siaplah kot.
hokkei, dah tak tau nak tulis hape.. kalo korang ada idea, kongsi lah. hahahaha…