Inilah Pengalaman

Posted: 18th July 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, Paragoners, picto

hokkei, granny irfan dah balik kuching, after nearly two months kat sini, tolong jaga irfan sementara irfan membesar sket. sedey juga daddy rasa bila antar granny irfan ke klia tadi. granny lagi la, teresak2 dari smalam. ye la, hari hari dok ngan irfan, layan karenah irfan. bila balik je ke rumah tadi, memang terasa tak lengkap. kini tinggal kami bertiga sahaja kat rumah. daddy, mummy and irfan.

irfan dah tiga bulan satu minggu usianya. dah pandai gelak lama2. bila gelak tu, siap ngan aksi tangannya. esok irfan dah start masuk nursery. err, hokkei, patutnya masuk khamis lepas tapi tak sampai hati nak anta. lagipun dia demam lepas kena cocok. so granny suh dok je umah dulu. melayan telatah irfan memang seronok. irfan suka tengok lampu2 yang terang. amat menarik perhatiannya. irfan dah pandai cakar muka sendiri, dan of course cakar muka daddy. sakit woo.. kesian irfan, dah ada kesan calar balar kat mukanya. sarung tangan dah tak pakai sebab dia dah mula menggenggam tangannya. so kuku tu kena potong selalu, kena gi manicure kot. hahaha…

tadi mummy mandikan irfan. masa nak pakaikan baju irfan, irfan kencing lagi. haha.. mummy pon menjerit la semahu mungkin. abeh kena baju baru irfan. kah kah kah.. padan muka mummy. hihihi…. mummy nampak macam letih. sian mummy… malam ni kita tido awal eh. haha..  daddy tolong basuh baju2 irfan, wahh.. ni first time daddy wat keje macam ni.. ini lah pengalaman.. tapi daddy rendam n sental sket2 je.. kalo mummy tau ni, kompom dia marah.. hahaha… biasa la, daddy kan pemalas..

petang smalam, daddy n mummy n auntie nisha gi survey perabot-perabot. err, hokkei.. daddy n mummy gi shopping perabot, auntie nisha yang survey2 je.. rumah baru daddy and mummy sedang menunggu CCC. ntah bila nak dapat nya. tapi kami tempah dulu bedroom set and meja makan.

ini katilnya (katil sahaja, bukan tilam rega lapan ribu tu)

ini tilamnya (tilam sahaja, bukan katil)

ini almarinya (yang tinggi melangit, empat pintu jenis buka, bukan slide. tempered glass tinted gelap)

ini dressing table (cermin besar tapi kontot, laci ada enam, style main tarik-tarik)

ada satu lagi komponen, bedside table yang comel tapi sayangnya gambar tak clear. so takleh haplod.. semua ni harga nya RM4995 tapi dapat rega kautim RM4500. rega menarik sebab tilam yang harga RM4698 tu kitorg dapat 50% off. delivery pon FOC.

lepas tu kami singgah pula ke kedai sebelah. daddy beli yang ini…

dining table (bentuk bulat 4 x 4 kaki and ada marble cheese..

meja tu harga nya RM999. menarik sebab gaya kopitiam. actually kami cari meja gaya kopitiam yang kecik sahaja, untuk diletak di dapur sebagai tempat lepak2 dan minum2 petang. tapi terjumpa pulak yang jenis besar. ada enam kerusi dan memang amat menggiurkan.

semua perabot ini akan sampai ke rumah baru bila-bila saja kami mahu. haha.. itu another part yang menarik. so ruang makan and bilik-bilik tidur sudah lengkap. tinggal mau cari kitchen cabinet and sofa sahaja. semua ini akan dimuatkan di sini…

so memang tak sabar nak tunggu pindah masuk rumah baru. kawan-kawan dan sanak sedara tolong doakan rumah tu dapat CF/CCC cepat yer..

  1. cik cacah says:

    wah…. cantiknya rumah baru…
    i doakan rumah ni boleh dimasuki cepat2 lalu boleh buat bbq dan housewarming… lalalala…

    :)

    daddy sila basuh baju irfan betul2!!!