hokkei, mari kita bercakap tentang klinik kesihatan. daddy sebenarnya tak sihat since last week, so hari isnin @ selasa minggu lepas, daddy ke klinik kesihatan putrajaya utk mendapatkan rawatan.. sebab masa daddy sukat suhu badan kat umah, trang tang tang bacaan nya 38.5 darjah celcius..
daddy ke klinik tu lepas waktu kerja. mcm biasa la, daddy kena beratur dan menunggu nombor giliran dipanggil oleh doktor. mungkin sebab masa daddy berkunjung tu, masih lagi awal, dalam lebih kurang pukul 6 petang. lepas hampir sejam daddy menunggu bersama mummy, daddy akhirnya diseru masuk ke bilik doktor tu.. doktor tu plak namanya fauzi kalo tak salah. saje tanak letak gelaran doktor kat depan nama dia sebab dirasakan tak layak. bila masuk je dalam bilik tu, dia ingat dia tu raja. langsung tak senyum, tak pelawa duduk. mata asyik pandang monitor and pada masa yang sama, bertanya, “sakit apa”… xpe lah.. daddy masih lagi bersabar sebab daddy menahan sakit.
lepas dia intai anak tekak daddy, terus je dia suh amik ubat kat farmasi. huiyoo.. terer tull dia kan? mentang-mentang patplohlapan.. tp daddy syak, dia ni yang dinaikkan pangkat lepas ksn umumkan kenaikan pangkat besar-besaran hari tu.. lepas daddy dapat ubat, daddy terkejut sebab dia cuma bagi panadol and air kumur je.. alah cik pauzi, kalo aku nak panadol, aku gi watson je la… takyah que lama-lama… aku datang sebab nak ubat antibiotik.. sebab ubat tu tak jual kat watson!!!
lepas seminggu, masuk minggu kedua, daddy masih lagi rasa tak sihat. mula la batok menjelma. batok-batok-batok, dada pon dah sakit… petang tadi daddy dah tak tahan ngan batok ni, daddy pegi skali lagi ke klinik kesihatan yang sama.. kali ni daddy sampai lewat sket.. daftar kat depan tu pon dah kol 7.38 mlm.. bila tnya kat triage, dia cakap takda org que. tp memang betul la… memang takda orang pon kat situ… so daddy n mummy pon tunggu la dengan hati senang.. u’olls tau tak, pukul 8.25malam baru nombor daddy dipanggil. sah la doktor tu gi solat dulu. itu takpe la, tp ditambah plak dengan gi makan beramai-ramai. daddy tau sebab daddy nampak dia datang dari arah ruang rehat bersama-sama dengan tiga orang doktor lain.
dalam hati terfikir, kalo nak gi makan, ape salah nya pegi bergilir-gilir. kenapa perlu makan beramai-ramai? dah la tu, lama plak. kalo macam tu, baik takyah buka klinik waktu malam. kalo klinik tu tutup, boleh la kitorang pegi hospital je terus.. daddy memang menghargai usaha mereka melanjutkan waktu rawatan sehingga ke malam hari. tapi pelaksanaan usaha tu biarlah betul. kalo dah 4 orang doktor bertugas malam, ape salah nya kalo nak rehat, dua orang doktor pegi dulu, lepas tu sambung dengan dua orang doktor yang lain? at least takda la orang ramai merungut sebab nombor lama sangat berhenti, tak dipanggil. kesian la kat babies yang dok menangis, orang-orang tua yang nak dapatkan rawatan. macam takda rasa kebertanggungjawaban la plak doktor-doktor ni…
kalo ikutkan, nak ajer daddy anta email kat keypee kesihatan dan keyesen. sebab ini adalah pengalaman kali kedua daddy kena tunggu lama nak dapatkan rawatan. pesakit tak ramai, tapi doktor tu ambil masa yang agak lama untuk memanggil pesakit. ntah ape yang dibuat dalam bilik tu. daddy syak, diorg ni main facebook dulu. hua hua hua…
daddy harap mutu perkhidmatan ini boleh diperbaiki. kira hokkei la jugak daddy komplen kat dalam blog ni je. kalo orang lain yang tak puas hati and sebarkan through media, kan ke naya tu.. kalo perkhidmatan kaunter boleh dibuat dalam bentuk syif, kenapa tidak perkhidmatan kesihatan dan perubatan?
Dr. mn yg berQ zmn skrg????? amat jarang nk jupe Dr. yg beul2 ikhlas nk wat checkup.. i tgk my frens yg Dr tak hbs2 nak komplen banyak keje lah, kena oncall lah, kutuk patients kat FB… rasa menyampah tgk perangai mereka…
my friend dah kena.
doktor itu google simptom penyakit dia.
gila ke tak?
diorang ni lepak je sebab ada di antaranya buat part time klinik sendiri or keje jadi pakar. so, setakat layan penjawat awam (dan keluarga mereka) yang sakit. apelah sangat
takpela kalu kita yang dewasa ni dia buat sambil lewa..
tak taula macam mana derang check babies aduila…
pastuh masa balik makan dengan rakan2 doktornya boleh jer dia senyum..nape bila patient masuk takleh senyum sikit pun..hmm
mmg la penat ..paham kena kerja sampai malam..
pikir anak bini kat umah.. tp kalu senyum apa salahnya..
Itu baru citer doktor yang patpulohlapan.. belum cite CikMisi lagi.