Saya tidak puas hati!

Posted: 16th September 2008 by daddy in hari ini

saya tidak puas hati dengan yati ayam percik (restoren yang diuruskan oleh orang yang tak reti meniaga)!!

opss, bukan yati ayam percik (YAP) kota bharu, tapi cawangan kat saujana impian.. macam la baru hari ni menceburi bidang perniagaan restoren.

sakit hati mula tercetus bila orang itew enggan menerima booking. takpe lagi tu, mungkin dia takut customer lari lepas buat booking. tapi takkan dia tak penah paham konsep deposit??? geramm.. geram… dah la saya ini tidak berdiplomasi sangat orangnya. nasib baik la saya sedang berpuasa…

then, bila beratur nak amik nasi, sakit hati sekali lagi apabila tiba turn saya untuk order, orang iteww boleh cakap yang saya kena tunggu sebab dia nak sediakan nasi untuk seramai 25 orang yang telah booking awal… orang yang sedang beratur lebih daripada 10 orang rasanya… termasuklah mereka yang ingin take away… dengan bongoknya, makcik sekor ni boleh cakap, “saya nak sediakan untuk yang dah booking semalam..” ape la salahnya dia sediakan awal2.. tak pun, mintak sekor lagi pekerja yang dok berdiri kat tepi tu untuk ambil order kitorang… ni tak, kitorang dah lenguh kaki berdiri kat situ, boleh dia buat bodo je.. saya terpaksa sound.. “dah tu, kitorang kat sini tak payah makan????”.. hek eleh.. tetiba dia menjawab.. “lain kali booking awal”.. pala hotak ko.. aku nak booking, ko tak bagi tadi!!

dah penat nunggu, akhirnya dapat jugak dua pinggan nasi kerabu.. bila dah berbuka, ikan keli bakar plak tak masak.. adehhh… ape hal la diorang ni… bangang la keturunan diorang ni…dah tu, kena charge plak ikan yang tak masak tu.. ingat ape? kitorang ni orang jepun yang makan sushi?? sushi lagi sedap tawww!!!!

kesimpulannya, korang tutup je la cawangan ni. takpun, tukar management.. pasti lebih baik! memalukan YAP yang kat kota bharu je.. ntah2 korang saje je nak guna nama YAP, padahal takda kaitan pon ngan yang kat kota bharu tu… bongok dan bodos dan bangangs!!!

saya berpuasa, tanak marah lebih-lebih.. tapi tunggu lepas raya ni.. pasti orang-orang penguatkuasa daripada opisku akan datang “melawat” dengan buku saman di dalam tangan..

moral: jangan cari pasal dengan orang yang kelaparan…

  1. ahkon says:

    bila kelaparan. kill, kill, die, die!!! hahaha

  2. FaruqY says:

    pergh. garang siot. cuak gua. haha~

  3. .::. says:

    [...] gi berbuka kat kedai asam pedas kleypot kat saujana impian (kedainya cuma walking distance daripada kedai ngok ngek YAP yang membengangkan gua semalam.. ).. malangnya makcik yang gua tepon tu bagitau dia tak buat acara [...]

  4. brightnur says:

    Tulah masalahnye sesetengah peniaga ni.. macam la kite makan kat kat die tu free..

  5. pirateslelaki says:

    BRIGHTNUR: SAYA SETUJU! lepas ni kedai tu kompom diblacklist.. bukan dengki, tapi sebagai pengajaran mereka yang masih hidup.. huhuhu

  6. zack says:

    saya pun nak bagi komen gak ni…kalau saya di tempat pirate ni pun mesti hangin satu badan…bukan apa..peniaga kita ni memang tak ramai yang tau etika…customer datang kemudian di serve dahulu..tgk le kat mana2 kedai pun..yg ikut etika dgn beratur akan terkemudianlah jawabnya..pelik sungguh…DARI PENGAMATAN SAYA….KEBANYAKAN RESTOREN ORANG KITA TAK ADA PENGURUS….TOKEH TAK TAU MANA PERGI….YG ADA CUMA PEKERJA2 SAHAJA…ORANG LUAR PULAK TU..YANG TAK TAU BUDI BAHASA DAN SOPAN SANTUN MELAYAN PELANGGAN…ITU LAH JADINYA…LAYAN IKUT DAN SAJA…IKUT BUDAYA TEMPAT ASAL MEREKA AGAKNYA….SAYA MINTA SANGAT2 LAH RESTOREN2 KITA NI ADA PENGURUS….YAKNI ORG YG BOLEH MENGURUSKAN RESTOREN…KALAU TAK TOKEH RESTOREN TU YG JADI PENGURUS..LANTIK LA SORANG PENGURUS DI ANTARA PEKERJA2 TU…BUKAN APA…KALAU TAK ADA PENGURUS…TUNGGANG LANGGANG JADINYA…KALAU KALAU ADA CUSTOMER SORANG TAK PE LA..KALAU PEAK HOURS CAMANA?…BERNIAGA BUKAN SEHARI DUA…KALAU BOLEH SAMPAI BILA2 TUL TAK…LAGI SATU TOLONG LAH LETAK HARGA JANGAN IKUT SEDAP JE….NASIK LEMAK LAUK TELUR GORENG RM 3.50 SEBUNGKUS..TAPAU LAK TU..BKN GUNAKAN KERUSI MEJA PUN …KUIH PUN 60 SEN SEKETUL….WAH3…HOTEL 5* KE APA ?..