Jalan-jalan cari nahas!

Posted: 18th September 2008 by daddy in Uncategorized

tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang ingin disampaikan..

salah satu kegemaran saya adalah makan (macam la semua orang tidak tahu!!).. sepanjang bulan puasa ini, waktu berbuka semestinya menjadi igauan terutamanya apabila memikirkan tempat berbuka.. banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. tapi kadang kadang, main terjah je.. tapi keselesaan, dan kewujudan tempat solat maghrib sudah pasti menjadi faktor utama..

ada tempat yang menyediakan juadah berbuka yang menyelerakan. mungkin ada speciality yang membuatkan orang tertarik untuk ke sana.. atau selera di bulan puasa tiba2 sahaja terfikir untuk berbuka di tempat itu.

ada tempat yang turut menyediakan surau atau kawasan kecil untuk bersolat maghrib. tetapi kebiasaaannya tempat itu menyediakan hidangan buffet, bagi memberi peluang pelanggan menunaikan solat maghrib. ye lah, bila makanan di depan mata, sudah pasti kita kekadang terleka.

atau mungkin saja kita bertandang ke kedai itu kerana ingin mencuba, mungkin juga kerana dah takda tempat lain yang available. sadis tull alasan sebegitu rupa..

ape yang aku merepek ni? aku nak citer, tadi aku gi berbuka buffet kat restoren puteri bongsu kat bangi. dua tahun yang lepas, aku gagal untuk mendapatkan tempat kat kedai tu waktu berbuka. tu la, sape suh datang lambat? hari ni aku siap siap booking tempat tu pukul 5.15 petang. nasib baik tak ramai. bolehlah makan dengan selesa sket… buffet nya murah sahaja.. RM20 untuk orang dewasa.. makanan ala masakan kampung. memang best pada selera aku.. ada nasi campur, nasi goreng kampung, bihun goreng, asam pedas ikan pari, ayam masak confuse (confuse sebab aku tak tau ayam tu masak ape..), sambal sotong, sayur bayam (spinnach ni.. leh jadi popeye the sailorman), dan pelbagai kuih muih. paling best, air tembikai dia bagi free.. free flow.. ada abc buat sendiri… teh dan kopi yang sungguh mengkagumkan.. best best.. sayang lak tak amik gambar tadi… kedai tu simple je, tapi masakan dia sedap.. pastu ada surau untuk solat.. staff situ friendly, suka senyum tak kira kepada siapa… jeng jeng jeng…

sepanjang ramadan ni, aku dah pegi pelbagai tempat makan… KFC, Marshe, nasi beriani, nasi kerabu ayam percik, bazar ramadan presint 2, fasa i bangi, sg ramal kajang, equine park depan restoren baling, kalo rasa-rasa malas nak keluarkan duit, berbuka sahaja di NIOSH.. kompom makanan free dan banyak choices).. hmm.. mane lagi eh? tak hengat dah.. skarng ni, dah ada check list tempat berbuka yang aku nak try..

  1. nasi beriani kat somban (k-lyn yang suggest)
  2. buffet hotel kat port dickson (murah beb, berbelas-belas ringgit je.. seafood lak tu)
  3. buffet kat a famosa resort (yang ni kena KIV, sebab makanan ditaja oleh orang yang berkepentingan.. kena isytihar penerimaan pemberian dulu baru leh pegi.. nak jaga keutuhan ni.. huhu)
  4. satay kajang
  5. bagan lalang (tak berkesempatan lagi nak pegi)
  6. equatorial hotel bangi (yang ni kena KIV jugak ni.. alasan sama seperti di atas)
  7. dll…

alhamdulillah rezeki boleh dikatakan agak murah bulan ini… sebab tu boleh buat semua ni… syukurrrrrrrrrrrr

  1. nolee says:

    nasi beriani kat seremban?..jumss… :D

  2. shahsulong says:

    sani n nolee,
    buffet kat ikea pun katanya 16 hingget je. tak nak cuba?

    ida ingat nak pi singgah on 22nd night..

  3. khai says:

    siot je ayam masak confuse…

  4. FaruqY says:

    hoho macam-macam tempat kamu dah cuba ye? aku puasa kali ni TAK ADA makan di luar langsung. hoho aku kagum dengan diri aku sendiri~

  5. pirateslelaki says:

    ko takpe parok.. ko dah kawen.. huhuhu…