Panggilan Haji

Posted: 18th December 2008 by daddy in Uncategorized

oh, tidak.. saya belum lagi dipanggil untuk menunaikan haji…
hari ini saya ke dataran putra. mengunjungi salah satu gerai yang dibuka di situ. tujuan saya? membuka akaun tabung haji yang sudah sekian lama ingin dilakukan..
membuka akaun tabung haji sungguh mudah.. hanya isi borang dan serahkan sekurang-kurangnya deposit permulaan sebanyak RM10 sahaja, anda sudah bergelar pendeposit akaun tabung haji.
tadi saya diberitahu bahawa sekiranya saya mempunyai simpanan minimum RM1300, saya boleh mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2023. wahhh… menarik! tapi malangnya saya tidak membawa duit yang mencukupi untuk mendaftar. tapi saya sudah isi siap2 borang untuk saya dan MySayang.com sebab saya diberitahu bahawa petugas berkenaan boleh membantu untuk mendaftarkan saya sekiranya saya boleh mendeposit sejumlah RM1300 pada hari ini.

Petang tadi, saya pergi ke Bank Islam Putrajaya dan terus memasukkan RM1300 ke dalam akaun saya.
InsyaAllah sekiranya saya berumur panjang, saya akan menunaikan ibadah haji bersama-sama isteri pada 2023 (at least-kalau dapat awal, lagi elok, alhamdulillah)

Kawan-kawan, segeralah mendaftar… que skarang adalah 2023. kalo lagi lambat mendaftar, lagi lambat lah turn kita.

(saya baik hari ini)

  1. aishah says:

    WAH.lamanya. 15 tahun lagi ke. hmmm.
    tak bleh korek tabung lagi. nak kena simpan. tapi tunggu kawin dulu. la. heh. [bila entah]

  2. buzzybug says:

    owhh… 2023… hmmm…
    semoga dapat pi lagi cepat…

  3. pirateslelaki says:

    buzzy: InsyaAllah.. sama-sama doakan…

  4. pirateslelaki says:

    echah: tak lama la tu… 2020 dah bleh keluarkan takaful insan RM30,000.00.
    pastu takaful yang konvensional tu pun dalam RM45,000.00

    marilah melabur…

  5. Ajah says:

    wahwahwah.. belum kawin sudah merancang berbulan madu ops.. menunaikan haji in the future. good good.. =)

  6. ahkon says:

    erm…macam best. saya boleh tak terperasan plak. dah lama gak nak bukak tabung haji nya akaun. aiseh. terlepas peluang sangat baik!!!!

  7. pirateslelaki says:

    yantie: peluang terbuka lg tu.. boleh je kalo nak daftar.. kalo lambat daftar, lambat la pegi… kat anjung ada cwgn tabung haji.. gi arr.. chaiyuk chaiyuk