campro oh campro..
aku nak share sket pasal kete campro ni, particularly yang bernama waja…
tahukah anda kereta waja campro ni mempunyai ciri-ciri keselamatan yang amat selamat sehinggakan boleh memeningkan tuan punya kete?
td gi hantar kereta utk dicarwashkan kat wakaf che yeh. sementara nak tunggu kete siap dibasuh, kitorang pusing2 la pasar tu kejap.. bila nak amik kete tu, tukang basuh kete cakap.. ” abe, bakpo keto tu toksey start injin?” alamak.. aku terus je meluru ke kete, ingatkan diorang dah letak gear kat ‘D’. sebab dulu masa kat melaka aku penah kecohkan encik zul. time tu kat hotel equatorial. bila nak start enjin, tak boleh plak.. rupanya aku dah letak gear kat posisi ‘D’. memang la takleh start. kena letak kat ‘P’ or ‘N’.
bila aku masuk kete, try start enjin, memang takleh idop.. aku nak nervous. sedangkan alarm, horn, radio and aircond boleh plak idup. takdo masalah.. kitorang semua dah muka pucat.. time ni jugak la nak buat hal. padahal esoknya is the biggest event of my life..
my bro call kwn dia mekanik kat kuching, mintak pendapat.. siap suh cabut wayar itu ini and by pass itu ini and sambung itu ini.. aku call lak bakal birasku yg keje proton ittew.. dia datang ke situ. siap call Proton I-Care and AAM utk datang cek.
tukang basuh tu pun mula bercerita, dia takleh nak start enjin. kena tolak kete ke sana sini lepas basuh tu. huhuhu.. kesian plak.. then nak dijadikan cerita, dia call la plak kawan dia utk tlg tgk2 kan.. bila kawan dia si mekanik tu datang, dia tgk kunci, dia tanya, bakpo patoh gini (lebey kurang arr).. cover kunci tu memang patah dah sblm ni.. cuma tak dan je nakgi tukar baru.. dia bgtau, ada satu chip dalam cover kunci tu yg hilang. tanpa chip tu, kete memang takleh start…
kitorang pun mulalah mencari sana sini utk sekeping chip. mind u, tempat tu tempat orang basuh kete okkayyy.. dah la gelap.. menggunapakai cahaya malap dari tempat basuh kete and henpon je.. kunci spare plak takda.. kacau tull..
dekat nak stengah jam kitorang mencari.. dah give up dah time tu. tinggal nak tunggu orang Proton I-Care and AAM datang je.. rokok dah hisap stengah kotak dah.. (hisap memain je, sebab gabra)..
dipendekkan cerita, ada sorang kakak tu terpandang la chip kecik tu kat atas lopak air.. hua hua hua… syukur sesangat bila dah nampak chip tu…
bila pasang balik chip tu kat cover kunci, kete pon dah boleh start… baru lah ku tahu, sebijik chp tu je boleh menyebabkan waja ku nyaris tak balik kolumpo.. hehehe…
so kawan2.. sape yg pakai kete campro, hati2 la jgn sampai hilang plak menatang kecik tu.. kalo cover kunci (jenis yg kunci skali dengan alarm.. satu badan) tu pecah, cepat2 la solotep kan or gi tukar yg baru..
bak kata sepupu ku.. “54 tahun aku idup, baru la first time nengok penyakit kereta macam ni”
haaa… baru tau penangan sebiji cip.
skang ni kunci keta mostly dah ada IC inside.
kah kah kah…nak gelak jer!
nnt sy beli myvi jerk..huhuhu
ermm… cik norfa ku sayang, myvi pon camtu gak… huhuhu
huhuh.. kerana benda secoet camtu leh huru hara idup.. setuju la ngan ko.. melampau safety pun leh buat tuan kete kena angin ahmar.. huhu..
waah.. rili? not bad ah kunci kete kiter kan. ahaha. semoga sekali lafaz malam nih ya!!
tu nama dia immobilizer..tujuan dia kalo org duplicate kunci pun xleh start keta..keta generasi baru suma camtu..x kira campro ke tak..proton ke p2..cip kena present utk start..lebih kurang circuit x connect la kalo xde cip tu
kalo tgk invois masa beli keta dia ada tulis immbolizer
yamin, dah tau dah semua tu.. tengkiu..