Saya tidak mengenali dirinya. Hanya sekali sahaja bersua. Itu pun seketika.
Saya berjumpa dengannya di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006 kalau tidak silap. Hadir sebagai wakil Kementerian, saya berjumpa dengan anaknya yang turut berada di situ untuk bertugas menjaga pameran. Tengahari itu, saya dan anaknya makan tengahari di temani oleh isterinya dan beberapa orang anaknya yang lain. Sayang sekali, dia tidak dapat hadir bersama kerana masih di dalam Dewan Perhimpunan.
Lebih kurang setahun kemudian, berita yang didengari tidak begitu menyenangkan, malah berita sedih yang didengar.
Dan hari ini, saya terjumpa penulisannya. Kagum. Memang benar kata anaknya, dia seorang yang hebat!
sani. terharu aku. you took the time to blog about my dad.
tapi kelakar jugak mengingatkan… hari tu, kau dah jumpa separuh daripada family aku, kan..
haah… jumpa ayah ko, mak ko, adik ko n kakak ko rasanya.. huhu…
wonderful family!