Kembar saya…..

Posted: 25th May 2008 by daddy in picto

saya tertarik sebenarnya pada gambar yang dihasilkan oleh abikal. lantas malam ini saya tergerak pula untuk mencuba sendiri selepas belajar mengenainya di sini.

ini adalah hasil pertama percubaan saya. masih terdapat elemen yang perlu diperbaiki

nota: sila abaikan spender-spender housemate saya yang tergantung di belakang sana. (lupa nak dialihkan)

ini pula percubaan kedua. menarik tetapi jika dihasilkan begini, ramai akan menyangka saya menggunakan teknik cermin.

mungkin di sini lebih jelas keadaannya. saya bersama-sama kembar-kembar saya sedang mengintai anak dara yang berjalan di luar rumah.

hahahaha…

Aku magazine!! aku magazine!!

Posted: 20th May 2008 by daddy in hari ini

skarang ni i rasa sungguh magazine dan magazine .. sakitnya pala ni…

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Atiqah (17 thn)

Posted: 13th May 2008 by daddy in hari ini

ermm… teringin plak nak menulis.

smalam i bangun dengan semangat yang lebey sket daripada minggu lepas. smalam i rasa demam ni dah ok sket. smalam i rasa mcm badan ni dah cukup energize lepas ketidoran selama hampir 70% daripada keseluruhan hari sabtu. smalam jugak i rasa macam bersemangat nak terpacak kat bilik KSU tepat jam 7.30 pagi…

so smalam i keluar rumah lebey kurang kol 7 pagi yang indah (kot la, dah tak hengat masa bila dah berteman dalam kereta)

sampai2 je kat opis, i on pc.. hmm.. takda email yang penting diterima tatkala ujung minggu. cuma ada email daripada air asia je.. lepas cek email, i call KPSU yang hot, nak ajak gi jumpa KSU. tapi dia cakap dia nak bincang dulu ngan bos dia yang cool (pinjam perkataan echah). so, i gi la wat aktiviti surfing di alam maya. leh lak pastu boss i yang dulu ajak gi kuar. i jadi serba salah sbb nakgi jumpa kSU dah tu..

untuk tidak menghampakan permintaan peminat, i pun ikut la dia gi presint 14 untuk menikmati dua keping roti canai yang hot dan mendapatkan bekalan harian teh o ais (leh jadi gila kalo tak minum air yang menakjubkan ini). masa balik tu, baru teringat yang skarang ni, pagi isnin dah menjadi pagi untuk mesyuarat post-cab. i pun tanya la boss i yang dulu itu, kenapa tak pegi mesy post cab (mesyuarat yang wajib utk semua boss² besaw).. dia ckp dia anta wakil je.. huh!! (dasar boss malas).. hahahaha

pastu baru la i teringat, KSU mana ada kat opis pagi tu.. post cab diadakan di damansara.. so pagi tu i memang free dan tak perlu jumpa kSU… (sowie la MySayang.com, tak dapat bekfes sama disebabkan kehilangingatanku) —> cerita ini bagi menjelaskan kenapa aku tak bekfes kat besta smalam..

….end of part one….

lepas balik ngular kat P14, opis dah riuh dah dengan berita pemergian anak Setiausaha Bahagian Antarabangsa yang meninggal dunia kat ipoh disebabkan kemalangan ngeri.. tn hj mat noor ajak gi ipoh lak pagi tu. i berbelah bagi nak pegi. tapi bila semua dah beriya nak gi, i pon excited nak ngular ziarah boss kat ipoh tu…

kitorang bertolak kol 9 dari opis. ada2 buah kete yang terlibat. of course, BJE ku setia meredah ranjau lebuhraya, as usual. stop by at rawang’s rnr, jumpa lagi sebuah kete. konvoi 3 buah kete ke ipoh. kat ipoh, ada sebuah lagi kete join kitorang. opss, miss lak satu event yang haru biru. u oll nak tau tak, i kena tembak oleh alat pengesan kelajuan yang hampeh tu. time tu BJE meluncur pada kelajuan 180km/j. takpe lah, RM300 je! (angka yang cukup merisaukan. dah la still ada lagi utang ngan PDRM berjumlah RM150).

kitorang smpi kat tanah perkuburan around 12.30 pm. time tu upacara pengkebumian br je selesai. made our decision utk gi terus ke rumah arwah and reached there around 12.45pm. spent nearly an hour there, then we drove to tambun lak. gi umah cik zuraida perangkawan E41 kitorang yang naik kete ngan kitorang yang dah tepon mak dia yang dah prepare makanan tengahari untuk 10 kepala yang sebenarnya tak sampai spuloh pon… mak dia pandai masak woo.. i makan tiga pinggan penuh tadi. kah kah kah.. so much for a diet!!!

lepas makan siyesli i rasa sungguh kemengantokan. tak larat nak bawak kete laju2 dah.. and perjalanan balik ke putrajaya smalam tu memang merupakan perjalanan yang paling lama penah dibuat. kuar dari tambun kol 3.30pm. sampai kat umah kol 9 pm. kwang kwang kwang… u oll nak tau, i bawak kete tadi 80 – 90 km/j je, all the way. hahaha. tak sangka u!

tapi one point yang i nak tekankan kat sini, ajal dan maut tu memang kat tangan tuhan and boleh terjadi pada bila-bila masa je. maybe orang yang u oll nampak and borak and pegang hari ni, akan tiada pada keesokan harinya. mungkin hari ni u oll leh gelak², hepi², tapi sape tau, esok u oll akan nangis², sedih² sebab orang yang gelak sama² dengan u smalam, telah dijemput kembali oleh Tuhan Yang Maha Esa.

u oll tak rasa rugi ke kalo gaduh² hari ni? and esok sape tau, orang yang u oll gaduh tu dah takda kat dunia ni? and u oll tak sempat nak mintak maaf pun, and orang tu mati tanpa mengetahui yang u oll rasa bersalah sebab tak sempat berbaik² semula? ape yang i nak cakap kat sini adalah… jadilah orang yang baik. berbaik sesama insan, berbaik dengan makhluk lain. sbb u oll and i sendiri pon tatau bila kita akan dijemput kembali…

sebelum i undur diri, i nak tujukan lagu ni kat semua orang.. tapi i letak lirik je la.. lagu tu u oll leh cari sendiri kan? jangan nak malas eh… nanti mak marah!

wasalam

Yusry – Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

Jika ku tak bangun esok pagi,
sayang ku kau jagalah diri.
Sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat kucintai.

Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan.
Agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk, pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku.
Bila terasa rindu, pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi menganti,
sayang lepaskanlah ku pergi.
Kerana insan yang seistimewa mu
berhak untuk dicinta dalam hidup.

“Sayang… tiada apa yang kekal dalam dunia ini..
namun yang pasti,
walau ku tiada nanti,
cinta ku akan kekal abadi.”

Bila terasa sejuk, pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku.
Bila terasa rindu, pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa.
Kita jumpa lagi disana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi….

Smokers' Corner

Posted: 8th May 2008 by daddy in hari ini

pagi tadi macam biasa, me and my hosmet cum colleague gi ke tangga belakang kat opis ni untuk membuat ritual wajib, rasmi, harian… merokok..

bila aku terpandang asap rokok yang berkepul-kepul tu, aku tertanya diri sendiri.. kenapa aku hisap rokok.(dah nak berhenti hisap rokok kot?)

habis dah idea aku cuba curahkan untuk menjawab soalan tu…

then aku tanya kat brader tu, nape kita hisap rokok?

dua saat adalah masa yang dia amik untuk mencari jawapan…

then, dia bagitau aku..

“SEBAB KITA TAK HISAP DADAH!”

terus aku tak jadi berenti isap… syiottttt!

(agaknya itu lah jawapan yang ku cari)

Best Place to Sleep

Posted: 8th May 2008 by daddy in Uncategorized

Ini adalah saya

Saya sedang tertidur

Selepas makan

Di Jusco Balakong

ape yang berlaku hari ni

Posted: 8th May 2008 by daddy in hari ini

smalam i MC you!

hari ni i ingat nak cuti lagi. tapi takleh sebab ada sorang KPSU hot dah buat appointment ngan i (ke i yang buat appointment ngan KPSU hot tu eh? huhuhu)

so nak tak nak, kena datang keje gak walaupun badan i ni masih terasa geli gelaman demamnya…

tghari td i ingat nakgi ke bank, nak menabung untuk masa depan. tapi bila dah sampai kat kete, jadi tak larat plak.. baru teringat, tak telan lagi pil kaler pink tu.. so end up kitorang (i ngan MySayang.com) makan kat besta je.. huhu. rasa jemu plak makan kat besta. dah la sesak. value for money pun dah kurang.

miting kol 2.30 tadi cukup membosankan. macam biasa la. kalo miting yang turut dihadiri oleh “orang” tu, i memang tanak participate. biarlah dia membongokkan dirinya dalam miting tu. naseb baik la i ada iPhone. leh gak surfing dengan belas ehsan daripada wifi BahTekMa yang kekadang kedekut tu.

skarang ni pukul 6 petang. kejap lagi i nak balik umah. i nak berspa (i guna palmolive spa youuU!!!!), pastu nak rehat nonton tv, pastu nak tido awal.

Sekali Ini Saja

Posted: 7th May 2008 by daddy in Uncategorized

Hari Pekerja dan G40's

Posted: 3rd May 2008 by daddy in hari ini

hari ni 3 mei.. pagi tadi dah selamat menghadiri perhimpunan haram hari pekerja di stadium putra. actually, ni first time aku hadir ke annual event kementerian aku ni. last year, masa sambutan hari pekerja 2007, aku gi cuti2 malaysia ke kelantan (bachok). the year before that, 2006 kitorang masih lagi dalam kursus DPA. tahun ni aku bukan sebagai urusetia, tapi jemputan khas.

pelik jugak tetiba dapat jemputan khas ni hari selasa lepas. bila diselidiki, baru la aku tau, jemputan ni atas kapasiti ahli Group 40 or G40′s. G40 ni adalah kumpulan 40 orang pegawai kementerian (second and third liners of the ministry) yang dipilih oleh KSU untuk ditrain dengan bertubi-tubi. mempersiapkan mereka untuk menjadi KJ’s satu hari nanti. tapi aku rasa aku dipilih utk jadi pemerhati je kot, sbb baru je gred 44. tu pun, KUP lagi ni.. ntah la.. KSU mungkin ada perancangannya sendiri.

aku ngantok. dah few nights dah tak cukup tido. nak amik cuti, takut lak kena kensel lagi.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz

Cuti oh cuti…

Posted: 3rd May 2008 by daddy in hari ini

aduih… cuti ku pada hari jumaat terpaksa dikensel.

**************************

smalam (jumaat), aku tido kol 6 pagi. sengaja tido lambat, hanya untuk menyediakan my mind and soul untuk bercuti pada hari jumaat. pukul 8.15 pagi, satu panggilan tidak berjawab ku terima (tido mati, tak dengar bunyi henpon). pastu satu msg plak muncul di skrin henponku. disebabkan tone utk msg alert lebih kuat daripada ringtone, aku terjaga. satu voice mail. sila dail 1313.

“assalamualaikum encik sani, dato’ ksu nak jumpa encik kat bilik mesyuarat pukul 8.30 pagi ni. terima kasih.”

aiyakkk… jam dah pukul 8.20 pagi… aku try call balik no PA KSU tu. tapi tak dapat. call officer lain yang berkemungkinan senasib dengan ku. juga tidak berjawab.

aku berfikir kejap. samada nak teruskan tidur ku ataupun gi opis. mengalah! lepas mandi, teringat baju kemeja yang tak digosok lagi. nasib baik la ada sepasang baju melayu yang tak berapa berkedut dalam almari ku menjadi penyelamat pagi itu.

aku sampai kat opis pukul 9 pagi. luckily la KSU kena panggil mengadap menteri pagi ni. so, takda la nampak sangat aku masuk miting lambat. bila KSU masuk, tak pasal2 kena sindir, “sani, u r not on leave today right?” sambil senyum sinis lak tu.

“no dato’, i’ve cancelled my leave.” perghhh.. berat kata-kata itu untuk diungkapkan.

nampaknya rancangan tak menjadi. dah 3 malam tidur ku tidak mencukupi. the night before that aku tido dalam lebih kurang 4 jam. pagi smalam 2 jam.

skarang dah pukul 1.30 pagi, 3 Mei 2008. pagi nanti pukul 6 dah kena bangun, siap2 untuk Perhimpunan Hari Pekerja. attendance for me is compulsary.

fffuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..

p/s: hidup ku tetiba tidak menentu….

Posted: 1st May 2008 by daddy in hari ini

Kami Bahagia!