Gerammmmmmmmmmm!!!!!

Posted: 29th April 2008 by daddy in hari ini

ye ye… kanda tau, dah lama dinda tak menerima tulisan dari kanda.. sejak bulan 3 hari tu, kanda takda masa nak menemani dinda dan memberi dinda sesuatu untuk dipublish. hari ni kanda nak menulis kat dinda blogku..

*****************

hari ni geram sangat.. actually smalam pun geram gak, tapi hari ni dah melampau..

semalam kitorang makan kat kedai yang biasa kitorang gi.. dulu masa memula dok sini dulu, memang kedai tu je la tempat aku jengah bila nak isi perut. dari kedai yang takda pape, sekarang dah jadi kedai makan yang maju. yang dah dikongsi dengan ratusan orang yang menjadi pelanggan tetap.

akan tetapi, kedai tu mula menampakkan kemerosotan di dalam kualiti servis yang diberi. lately servisnya terlalu lembab! order makanan, setengah jam or 45 minit kemudian, baru makanan sampai. kalo nak diconsider pelanggan ramai, takpe la jugak. tapi semalam cuma ada 4 or 5 meja je yang ada pelanggan. and half of it dah ada makanan dah pon. meaning that, takda la lame sangat nak tunggu makanan disiapkan. tapi semalam, lebih dari setengah jam nak tunggu bihun sup and nasi goreng cendawan siap. bukannya aku order makanan yang susah nak dimasak. simple je, but it took all night long to prepare those food! geram dan sakit hati! sebelum aku meletup kat situ, aku ajak MySayang.com blah dari situ and gi kedai lain.

actually malam sebelum tu pon aku makan kat situ ngan MySayang.com, echah and jimi yang jahat. and kitorang semua komplen sbb makanan lambat sampai. tapi tu takpe lagi… boleh tahan lagi.. last night, memang dah sampai klimax dah! and I, hereby, declare that the kedai dah berjaya masuk my blacklist!

malam ni, aku and MySayang.com gi pizza hut kat jusco equine. cadangan nak merasa la makanan itali yang baru kat pizza tu. kitorang order ape ntah nama makanan tu (nama itali, susah nak ingat). kat sini bukan aku nak burukkan restoren kegemaran ramai tu, tp sekadar berkongsi pengalaman:

  1. bila mangkuk berisi soup tu sampai, it was very annoying bila nengok soup meleleh kat tepi mangkuk tu. diorang ni tak penah diberi tunjuk ajar cemane nak kaut soup masuk mangkuk ke? mangkuk hayun tull la… dah la letak mangkuk tu kat tempat sebelah yang dah nyata2 kosong.. ape la salahnya letak benda tu kat depan customer terus? kang dah tak pasal2 kena sindir!
  2. tunggu pizza tu sampai agak lama jugak la, tapi takleh beat the record or kedai makan yang aku blacklist tu..
  3. pastu our side dishes pun sampai. takde la sesedap nasi goreng cendawan, tapi boley la.. still boleh diterima akal.
  4. the biggest shock of the night, masa dah abeh makan side dishes tu, aku jumpa lak anak lipas yang berperut buncit dalam cheesy foccacia nyer pencecah! adoiiii!! benda tu semua dah selamat masuk dalam perut kitorang!

aku pon panggil la assistant manager restoren kegemaran ramai tu. bila aku tunjuk menatang yang aku dah alihkan ke pinggan aku tu, dia, dengan selamba nya cakap, “Oppssss”, pastu bawak pinggan aku dari situ. (read: kepala hotak bapak ko, macam tu je ko nak lari? jawab dulu kat aku, cemane menatang tu boleh ada dalam makanan tu)

aku try amik gmbr, tapi apakan daya, n73 ni takleh nak focus benda yang dekat. aku call la kawan aku yang kebetulan merupakan QC kat pizza hut malaysia. tapi malangnya, tak dapat dihubungi sebab masih dalam miting. bila aku refer balik kat assistant manager restoren kegemaran ramai tu, dia cakap, “takpe encik, saya ganti dengan set yang baru”.

dalam hati aku, nak je aku ludah kat muka dia! aku tau, kalo dia ganti dengan makanan yang baru pun, dia akan amik benda tu dari pot yang sama. ape bezanya? bezanya cuma, dalam makanan yang baru nnt, lipas takda la. tapi perisa tu masih ada sebab amik dari pot yang sama.

aku pon cakap la, “ko expect aku nak bayar harga lipas ni ke?”

pastu baru la dia cakap, “kalo encik tanak bayar pon takpe”.

sebelum aku blah dari situ, aku tanya sape QC yang jaga restoren tu. sebab aku nak lodge official complaint kat pizza hut malaysia.

lepas ni sure orang akan tanya aku, “sedap tak rasa lipas buncit tu?”

cettttttttttttttttttttttt

p/s: takziah kepada faisal ismail dan isteri. semoga rohnya akan dicucuri rahmat…

Specially Dedicated to….

Posted: 31st March 2008 by daddy in Uncategorized

haa, nie khas untuk Ajah and friends…

  1. yes, nolee ada citer ape yg korang bincangkan kat umah nida.. ehehe
  2. nope, we are not going to get married this May..
  3. yes,hopefully talks will begin in May..
  4. yes, i have met her family during Eid… tapi sebelum tu pun penah jumpa jugak..
  5. yes, my mum penah call her mum before this, although belom penah jumpa lagi…
  6. yes, nanti kitorang akan bagitau awal2 kat korang so that you can buy those cheap airfares…
  7. and finally yes, please bring along your partners…

ahaks, malu i!! :p

Kembali…..

Posted: 29th March 2008 by daddy in Uncategorized

hari ini saya akan kembali ke tanahair..

tak sabar ah!

Ketiduran

Posted: 28th March 2008 by daddy in Uncategorized

agaknya memang dah jadi tabiat utk saya tidur semasa ada orang bagi ceramah…

tadi saya mamai sangat, sampaikan terminum air orang sebelah…  pastu angkat pen selama 2 minit tanpa sedar apa tujuan. kepala lentok ke kiri dan ke kanan tu, biasa la… takleh nak tumpukan perhatian.

need a change of wind!! eh, wind of change!!

Singapore.. mencekik!

Posted: 27th March 2008 by daddy in Uncategorized

saya shopping.. di singapura.. tapi barang-barang semua nya mahal.. tak dapat nak beli souvenier banyak-banyak..

makanan kat sini terlalu mahal.. teh o ais satu dolar.. bersamaan dua hengget stengah duit ku..

benar kata orang.. ujan emas di negeri orang, ujan chenta di negeri sendiri.. mesti la best di negeri sendiri.. sebab ada MySayang.com!

Selamat Datang!

Posted: 26th March 2008 by daddy in hari ini

hai, saya telah tiba di Singapura pada pukul 1 tengahari tadi.

Perjalananku

Posted: 26th March 2008 by daddy in hari ini

Fuhhhh… penat. baru je balik dari Dynasty Hotel.

bertolak dari melaka pukul 11 lebey pagi tadi.. memang satu pengalaman la. tetiba rasa down gilos kat hotel di melaka sebab takda transport balik ke putrajaya.  nasib baik ada sorang boss ni baik hati patah balik dari tol air keroh utk menjemput diri ini kat hotel straits meridian untuk balik ke putrajaya. kalo tak, memang ingat nak jalan kaki je tadi dari melaka ke opis. huhu…

sampai kat opis td, terus gi lunch dengan MySayang.com. lepas lunch, naik ke tingkat 9, ingatkan nak terima wahyu dr atas. naseb baik KSU takda kat opis. so turun balik ke opis utk memulakan aktiviti mengacau staf-stafku yang comel-comel. heheh.. bukannya ada keje pon dtg ke opis hari ini. cuma nak buat powerpoint presentation KSU sikit. pastu selebih masa tadi digunakan untuk pusing melawat tempat-tempat di opis tu sambil kacau orang lain buat keje.

a few shocks hari ni:

1. AG dengan bangangnya buat potongan gaji aku dengan suka suki nya, walaupun aku dah bayar balik elaun tanggung keje yang terlebih bayar bulan 2 hari tu;

2. My immediate boss naik pangkat, pastu kena transfer ke jabatan lain (walhal banyak giler keje yang perlu disetelkan dalam masa yang terdekat);

3.  kena pegi sendiri ke Dynasty Hotel, KL sbb driver not available. terkontang kanting jugak belajar jalan nak ke sana dr colleague;

4. ada salesgirl yang teramat la cun skali call dua kali hari ni. nak promote barang2 dia, pastu ajak gi seminar esok kat IOI putrajaya.

esok dah nak fly ke singapore.  ada seminar kat sana sampai hari sabtu. and dalam hati dah pasang niat dan keazaman nak buat satu paperwork sekembalinya dari singapore. nakhantar direct to KSU. mane tau, lepas ni boley gi obersi lagi..

pape pon, keje kat opis melambak-lambak. tak terbuat rasanya, apatah lagi lepas boss ni transfer keluar on the 1st April nnt, i’m left alone in the unit. aku la boss, aku la kuli, aku la balachi…

tapi, aiman tak kesah!! (ahaks, boley plak aku teringat kat dak aiman tu.. huhu)

Sepetang Bersama Aiman

Posted: 20th March 2008 by daddy in picto

Nama saya Aiman. Hari tu uncle sani dan auntie echah bawak aiman dan mama makan kat taman equine.. Auntie nolee tak dapat ikut sebab balik kampung! tapi aiman tak kesah!












Lawanlah Kesepianmu

Posted: 18th March 2008 by daddy in Uncategorized

 

Siti Nurhaliza – Melawan Kesepian


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan…
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..

Selamat Datang

Posted: 18th March 2008 by daddy in Uncategorized
z_drrohaini_resize.jpg
Selamat Datang Dato’ ke Kementerian Sumber Manusia
norainiahmad.jpg