Posted: 9th November 2007 by daddy in Uncategorized

WE INTERRUPT THIS PROGRAM TO BRING YOU THE LATEST NEWS…

mlm tadi ada mimpi
lebih kepada mimpi ngeri
sedang memandu di sebuah kampung
ada halangan berbentuk kayu di hadapan
cuba elak tapi tak berjaya
cubaan kedua membuahkan hasil
teruskan perjalanan
singgah beli nasi lemak
kembali ke kereta dan perasan skirting depan dan barai
hati luluh melihat kerosakan
terduduk menangis
buka mata, syukurlah cuma mimpi
aku sayang kete aku

XtVt's

Posted: 8th November 2007 by daddy in Uncategorized

rasanya ni minggu terakhir syawal kan? amacam? best raya sebulan? dah jadi kebiasaan untuk orang-orang yang malas macam aku, raya sebulan, keja pun tak jalan sepenuhnya. dah puasa 6 dah? alang-alang tu, tampung la mane mane puasa yang tak cukup dalam bulan ramadhan.

hari ni hari diwali hey… perayaan untuk mereka yang beragama hindu. uncle kat sebelah dari smalam lagi dah wat persiapan. tapi macam ala kadar je. tak pe laa… kita kena la berjimat-cermat kan? lain la kalo kita ni anak angkat mendiang lim goh tong atau pun menantu dia.. boley la buat grand-grand. hari ni dah plan nakgi open house sempena hari raya. memandangkan aku tak ramai kawan india and yang ada pun tak celebrate sgt, i mean tak wat open house (read: kogi), so takda la merancang gi open house diwali.

3 hb ari tu ada jamuan raya kat surau sini. tapi oleh sebab ada komitmen lain, tak dapek plak nak gi.

open house pertama umah mejar mohamud. haa, mesti korang tertanya-tanya, ape kaitan antara aku dan mejar tu. aku bukan menantu dia, aku bukan nak ngorat anak dara dia, aku bukan sekerja dengan dia, aku tak terima arahan dari dia dan aku pun tak tau dia mejar dalam pasukan beruniform apa. tapi dia merupakan jiran kitorang kat sini. takda la jiran sebelah menyebelah tapi selang 6 atau 7 buah rumah. dia selalu kutip duit dr umah aku. utk moreh la, utk jamuan raya lorong lep 4/22 (street party) la, ape ape yang berkaitan sumbangan dan derma, dia yang selalu muncul kat depan umah kitorg. so, kitorg kenal la muka dia ni. baru tau nama masa dia bagi surat jemputan ke open house dia minggu lepas. menu yang ada tadi adalah sate, nasi himpit ngan kuah sate/ kacang yang sedap dan lain daripada yang lain, kueh tiaw kerang (aku tak sempat nak rasa, sbb masa aku nak amik, wife mejar ni dah angkat bawak ke belakang sbb nak tambah lagi), rojak buah, abc ada gak kot, tp tak sempat nak amik. kitorg (aku, razi, akmal and muzil) tak lama kat situ, lepas makan terus blah sbb tak reti nak mingle-mingle around. tapi dalam ramai-ramai tetamu yang turut hadir, pandangan aku tertarik kepada awek sorang ni. mmg cun, pakai baju kebaya (perghhh), kaler biru lak tu. rambut dia pjg and comel. badan takda la kurus sgt, takda la besar sgt. ala-ala amy mastura la kot. (read: alaa, yang.. i tak kaco dia la. i just tengok dia je. takpe kan? heheheh).. betul, aku tak kaco dia.. tegur pun tak. saje je nak nengok.. hahahaha

balik tu, aku angkut bebudak tu sume gi open house norzam and pijot kat presint 14. house warming katanya. sanak sedara dia ramai yg datang. tp norzam dengan baik hatinya bukak pintu satu bilik kosong utk kitorg makan kat dlm tu. masa datang tu, nampak aiyah je yg ada. i mean from my batch. then tak lama pastu, nampak lin aziz and a**m datang plak. menu yang ada.. sate, nasi himpit, speggeti, nasi goreng and much more. aku takleh amik banyak sbb masih kenyang lagi. dok borak-borak ngan lin and norzam. oh ye, mazhan dari batch 2/2007 pun ada skali. dia satu opis ngan norzam. lin masih tanak reveal ape hubungan dia yang sebenar ngan a**m tu. tapi semua leh agak, diorg tgh menyesuaikan diri kot.. kot la.. aku tak sure.. tapi pape pun, moga diorang bahagia. huhu

oh ye, tengahari tadi, uncle sebelah ketuk pintu kitorg dengan kuatnya. aku ingatkan tuan rumah yg datang nak kutip utang sewa umah sbb aku tak bank in kan lagi sewa bulan nie. bila bukak pintu, menjelma la uncle umah sebelah tu yg kitorang tak pasti lg ape namanya, dengan membawa sedulang muruku dan biskut-biskut. pastu dia tanya aku (tak mandi lagi time tu, lebeh kurang kol 12.30 kot), makan tosei tak. (read: aiyaaa uncle, salah org la u tanya.) of course la uncle kitorg makan. kitorg kan ke orang malaysia.. huhu… dia cakap kalo kitorg reti makan tosei, dia nak buatkan kitorg tosei.. isk isk isk.. terharu plak dengan uncle ni. slalu aku kutuk dia ni sbb dia suka parking depan umah and menyusahkan kitorg (read: aku) utk masukkan kete.. lepas ni aku tanak ah kutuk dia lagi.. ahaks… lepas 15 minit, dia ketuk lagi pintu tu. nasib baik aku tak kunci pintu tu. just rapatkan je daun pintu. dia hulurkan kitorg tosei and somekind of apam yang diperbuat dari santan.. tak tau ah nama menatang tu, tapi sedap giler. yang paling sedap, kuah dal yang dia buat tu. uncle tu cakap, hari ni diorg satu family vegetarian, so aku tak da syak or was was la nak makan.. boley tahan jugak wife uncle tu masak…

kitorg ingatkan nakgi open house uncle sbelah umah tu. dah plan nakgi kol 8.30 mlm. tp masa tgk dvd td, terdengar plak uncle tu bercakap dalam telefon dengan kuatnya.. “i tak buat open house hari ni la, sbb today we are all vegetarian, that’s why no open house today”. laa, takda ke open house hari ni uncle? terlepas la dinner kitorg. terpaksa la masak sendiri.

smalam dapat surat jemputan umah terbuka. to our surprise, it came from awek-awek umah depan ni. hahahha, siap bagi semua nama and nombor tepon plak.. ada kang kena kaco malam-malam ni. heheh. open house diorg hari sabtu ni, kol 1 – 7 petang. hmm, boley gak kenal-kenal ngan awek tu semua. ada sorang dua yang boley tahan lawa gak.. tapi rasanya dah berpunya (read: aku tak kesah pon… yang, i takda niat pon ngorat diorg… keh keh keh).

esok hari jumaat. macam malas je nakgi opis. cuti melambak2 lagi ni. kalo aku amik cuti pun ok gak kan? tengok la cemane…

hari sabtu ni penuh ngan aktiviti.. pagi sabtu ada game bowling ngan dak2 junior.. maybe habis tengahari. petang plak gi open house awek2 tu. macam tak sabar plak nak tunggu petang sabtu. malam sabtu plak, gi wedding anak ex-kpsu aku kat kelab golf subang. tak sure lg cemane nak cari tempat tu. kalo kat driving range subang tu, aku tau la kat mane. hmmm.. takpe takpe.. my co-driver ada.


sabtu malam ahad ni jugak ada jamuan terbuka kat lorong nie. khas utk warga Jalan LEP 4/22. Mejar tu jugak yang anjurkan.. eheheh.. bagus tull la.. but dia collect RM20 from each house. disebabkan tiga org hosmet aku gi balik kpg and razi gi penang, takleh arr nak attend jamuan tu coz me myself have to attend that wedding..

hari ahad, MySayang.com akan balik ke Malaysia. huhuhu, windu giler giler ah… tak sabor rasanya nak jumpa… hmm.. just a few more days… ilek ilek…

distance makes the heart grow fonder

Poket kering

Posted: 5th November 2007 by daddy in Uncategorized

hari ini sungguh mencabar. kekadang alpa sekejap. bila dah dail nombornya, baru teringat, jawapan yang pasti menanti adalah.. “nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi”..

pagi tadi, tiada panggilan darinya seperti selalu. biasanya sebaik sahaja tiba di ofis, dia akan call, dan bertanya, “dah bangun ke? dah kat mane?” heheheh, macam mesin plak sbb tiap pagi akan tanya soalan tu. tapi that tiny little thought made me really miss her this morning.

6 more days to go.

*******************************************

masa nak balik tadi, tergerak hati nak check tayar lepas langgar lubang hari jumaat mlm yang lepas. time tu balik dari hantar MySayang.com ke shah alam. ikut jalan LDP, masuk kat jalan puncak jalil untuk ke lestari putra. tiba tiba ada sebuah kereta waja nie, berdesing je potong dengan laju. aik, nie dah kira mencabar ni. mentang-mentang pakai minyak V-Power time tu, aku tukar gear 3 and terus pecut kejar waja tu. memula memang menampakkan yang aku akan menang kat jalan sempit tu. tiba tiba, kedebuk kedebak… aku langgar lubang, pelanggaran lubang yang maha hebat. straight away boleh rasa alignment lari, balancing lari.

so aku stop kejar waja tu. memang Tuhan nak tunjukkan, racing kat jalan raya tak elok dan berbahaya kepada bot-bot kecil. smalam ingatkan nak gi cek tayar, tapi tido punya pasal, kensel plan.

so, masa tengah panaskan enjin kete petang tadi, aku cek tayar aku, kot kot bengkok lagi macam hari tu. ari tu dah kena RM30 sebijik tayar utk diketuk. skali aku terpandang benjolan yang besar pada tayar hadapan belah kanan, tayar belakang belah kanan pun benjol gak, tapi tak sebesar tayar depan. isk, memang sebiji rupanya dengan kepala lutut yang timbul. aisey.. kalo ikut firasat aku, anytime boleh meletup ni. memang dah nampak kronik.

terfikir plak, kalo nak gi teck ming hari ni jugak, kompom lekat kat jam kat puchong and sunway. uhuhuhu, ape la malang nasib ku. tetiba aku teringat ada kedai cina ni kat blkg jusco equine. dulu aku penah hantar kancil (dalam kenangan) aku ke kedai tu utk diservis, diketuk drive-shaf dan memacam lagi. so, dengan perlahan-lahan dan berhati-hati aku pandu kete ke kedai tu. ye la, mane la tau, kalo nasib tak baik, tayar tu meletup tengah jalan. eee.. ngeri rasanya.

tokei tu tengok kete aku, dia cakap, “aiyaaa, mana lubang lu langgar ini? lu sudah kasi dia punya benang spoilt ooo..”. dalam hati aku, mampuh dohhhh… kena korek lagi duit ni. actually aku memang plan nak tukar tayar and rim skali. sebab tayar aku dah dekat sangat dah ngan fenomena gondol atau botak. aku tanya dia, teruk sangat ke rosak tayar tu? dia cakap, memang takleh pakai lagi. aku refer ke kedai sebelah dia pun, orang tu cakap baik ganti br je sbb bunga pun dah nak abis.

yer la yer la, korang menang. aku tukar tayar aku, empat-empat skali gus. biar padan akaun dalam bank. kering la kejap lagi.

aku amik tayar murah je, tayar dunlop. tokei tu cakap tayar tu performance baik masa ujan. RM165 sebijik. kalo 4 bijik dan RM660. ada dalam stengah jam jugak la diorg kerjakan kete aku. rim yang terlibat dengan pelanggaran lubang tu bengkok sikit, tapi masih boleh diketuk on the spot. kalo tak, berkunjung lagi la aku ke teck ming dalam masa terdekat nie.

ketuk ketak ketuk ketak, siap la kete aku ngan alignment and balancing baru. buat chamber skali. all in all, RM700. menangis dan menggigil aku masa buat pembayaran tadi. maka dengan ini, secara official nya, aku dah kering. esok malam takleh main boling dah. lepas ni megi jadi pilihan dan menjadi makanan ruji ku. 3 minggu beb, baru nak dapat gaji.

malam ni aku kuatkan tekad dan semangat, esok mesti siapkan claim aku utk bulan 10. tadi dah tanya bahagian kewangan, Kew-8 utk tanggung keje diorg dah dapat. tapi masalahnya, tunggakan elaun tu hanya boleh dpt masa gaji nnt.

mane la aku nak korek duit lagi ni?? ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini…

***********************************************

My Life.. My Love Life.. aku punya suka la…

Posted: 5th November 2007 by daddy in Uncategorized

hari ni takleh wat keje.. hahaha.. teruk tull la aku.. baru perasan… kahkahkah

pirate: doakan sani pjg umo, kawen dgn nolee thn dpn, murah rezeki
MySayang.com: InsyaAllah

********************

bla bla bla borak pasal game boling yang sungguh tak best mlm tu…

********************
pirate: nanti kejutkan sani kol 10 tau. or b4 bertolak dr shah alam. kalo tak, nnt sani tak bangun
MySayang.com: InsyaAllah

********************

MySayang.com: sori la, tertido. bgn subuh…

********************

MySayang.com: kiterg dah kat airport..
pirate: cepatnya sampai. tgu sani tau..
MySayang.com: InsyaALLAH
pirate: dah cek in?
MySayang.com: blum lg. tgh berkumpul2…
pirate: bape org sume? ada dlm seratus tak? huhu
MySayang.com: satu kapal terbang kot…
pirate: aiyo, nolee kenal semua ke?
MySayang.com: kenal lebey kurang aa…
pirate: sani kat bdr br salak tinggi. kete byk. tgu eh
MySayang.com: ye.. lambat lg…
pirate: yeay2. sempat tak kalo nak lunch dgn nolee?
MySayang.com: the whole family lah.. pas zuhur terus masuk kut..
pirate: alaa, segan
MySayang.com: takkan nk lunch berdua? lg tak proper. noli p umrah ni. lg plak family ramai. takkan nak hilang. isk, nak kena marah ngan papa bole ah. jgn wat hal.. haha..
pirate: hehe. yer yer. jgn la marah. sani jumpa jap je la. pass kamera je
MySayang.com: ok..

*********************************

pirate: jaga diri elok2. jgn lupa minum air byk tau.. (lupe lak yg kat sane air zam-zam free)
MySayang.com: thanx 4 coming…
pirate: doakan utk sani eh. i love you so much
pirate: tgh makan eh?
pirate: dpt tak gmbr2 sani send smalam?
MySayang.com: dpt2…
pirate: berguna tak gmbr2 tu nnt?
MySayang.com: mungkin.. :p
pirate: dah mkn?
pirate: miss u
pirate: okeh ah. i pray for your safe journey, good health and well being. to the whole group too. selamat beribadah dengan tekun dan khusyuk
MySayang.com: ok. tq. u 2 take care. nnt ajak je ecah or zul temankan kalo nak p mana2. nak masuk dah ni. bye.. :x

**************************

petikan daripada wiki wiki wau wau

Posted: 5th November 2007 by daddy in Uncategorized

Gelintar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Untuk pertanyaan “rindu

Lompat ke: navigasi, gelintar

Untuk maklumat lanjut tentang carian dalam Wikipedia, sila lihat Carian Dalam Wikipedia.

Tiada halaman yang mempunyai tajuk tepat ini.

Anda boleh mencari melalui teks yang penuh, mencipta laman itu ataupun memohon laman itu.

I Miss Her

Posted: 4th November 2007 by daddy in Uncategorized

minit ini, genap 34 jam last tengok wajah dan diri nya. rindu tak tertahan. alaa, baru sehari lebih kan? ape pon, semoga hati ini tabah..

biasanya, kalo ari minggu cenggini, kitorang akan gi bekfes kat memane. either kat bangi, or kat klang or kat seri kembangan ni. tapi pagi ini, aku biarkan diri bangun lewat. kerana aku tahu, bangun awal pun, dia tiada di sini.

hari ahad ku ini dipenuhi dengan acara memproses airmata. ye la, ape lagi nak buat kan? hari ini ingat nakgi bekfes kat klang dengan housemate, pastu nak gi proton service centre, pastu nakgi open house rumah timbalan menteri, pastu nakgi open house umah ayu. semua plan tak menjadi. kalo dah bangun kol 4 tu, ape daya ku… satu je yg aku dah larat nak buat hari ni, gi wat hair-cut. tu pun, lepas maghrib tadi baru gi.

telefon aku langsung tak berbunyi hari ni. nak ku dail no dia, tapi tak berguna. nak ku antar msg, tapi dia takkan reply. first time dalam masa beberapa bulan nie, sejak aku bersama dengannya, aku merasa amat sunyi. walau ape pun, aku masih lagi biarkan gambar nya menjadi wallpaper telefon ku. bila aku rasa rindu, aku akan tatap gambar nya, aku akan pegang fon aku. tapi itu belum memadai untuk menghilangkan kerinduan.

masa terasa begitu lambat berputar. kalo dalam cerita “click” tu, kita boleh forwardkan masa. tekan satu butang, terus dapat scene seterusnya. agak2 la, remote control astro aku leh tak wat camtu? merepek kan?

minggu depan (start esok la tu), sape la yang nak temankan aku gi bekfes, lunch, makan petang and makan malam? hmm, puasa pun ok gak kan? alaaa, gonna miss at times me with her. getting in the car reminds me of her. going to the office also reminds me of her.

i still remember, yesterday she was wearing the watch that i gave her for her bday. she was also wearing the specs yang aku pilih utk dia.

Ya Allah, kurangkan lah kerinduan ini, kuatkan lah kecintaan ini.

Utusan Malaysia 4 November 2007

Posted: 4th November 2007 by daddy in Uncategorized

Ramli ke Mekah mengerjakan umrah

SEPANG 3 Nov. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff yang sedang berdepan tiga tuduhan di mahkamah, berlepas untuk menunaikan umrah di Mekah, petang ini.

Ramli, 55, berangkat ke Jeddah dengan penerbangan MH 0150 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pukul 3.15 petang ini.

Difahamkan, beliau berangkat bersama-sama rombongan yang turut disertai Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Rombongan itu turut disertai lebih 200 rakyat Kelantan.

Usaha pihak media untuk menemuramah Ramli di KLIA gagal kerana beliau dipercayai mendaftar masuk seawal pukul 10.30 pagi dan menunggu untuk pelepasan di Kompleks Bunga Raya.

Khamis lalu, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Ramli didakwa atas dua tuduhan gagal mendedahkan maklumat harta dan saham dimilikinya serta satu tuduhan menjalankan perniagaan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Pada sidang akhbar 31 Oktober lalu, Ramli berkata, beliau tidak akan meletak jawatan disebabkan tuduhan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu.

Menurut Ramli, selain menunaikan umrah, beliau juga akan bercuti selama 40 hari untuk mengerjakan haji pada 8 atau 9 Disember ini.

Posted: 3rd November 2007 by daddy in Uncategorized

malam tadi kepenatan main boling. ntah kenapa, semua balingan tak menjadi. geram campur tension campur memacam lagi perisa perasaan tak puas hati. lepas main boling, kitorg lepak kat anjung di serdang.

lepas late night dinner, the three of us went to pusing-pusing kat serdang, puchong, chow kit, brikfields, bangsar dan ntah mane lagi. memacam ragam manusia kitorg nengok. ada yang menjaja diri di kaki lima, ada yang mabuk keluar dari kelab, kelab yang disita oleh majlis perbandaran, pondan di belakang lorong, dan macam-macam lagi.

sampai umah dah pukul 5.30 pagi. kepala memang dah high dengan rasa mengantuk time tu. dah la kena bangun awal utk ke KLIA.

pukul 11, bertolak ke KLIA. hari ni MySayang.com akan ke tanah Arab untuk menunaikan umrah. seminggu akan berada di sana. seminggu juga la kitorg akan putus komunikasi. seminggu aku makan kesorangan, seminggu juga la aku tak tau nak gayut ngan sapa. hahahaha. takpe la, she’s going for a good cause. tadi jumpa the rest of her family, abe, kak wanie, meni, papa and mama. terasa asing kejap, but then, everything was fine. dulu memang penah jumpa papa n mama, tapi hari ni jumpa dengan hampir keseluruhan kerabat diraja kelantan.

did not spent much time there sebab tanak ganggu diorang nak wat ape2 preparation. when i left klia this morning, felt like something’s missing. hahahaha. adat orang bercinta la kan? biar lah.. seminggu je.

dalam masa seminggu nie, aku takleh bawak dia gi umah terbuka timbalan menteri esok. aku takleh bawak dia gi tournament boling ptd next week. aku takleh bawak dia gi umah terbuka kementerian wilayah sabtu depan. and aku takleh bawak dia gi wedding my ex kpsu nyer anak pompuan at kelab golf subang next saturday night.

above all that, i’m happy because she is having this opportunity to go to the holy land, mensucikan hati dan jiwa dan beribadah dengan khusyuk dan sempurna. for quite a long time i have a plan to go to umrah with my wife after our marriage. can call it a nazar if you like, but for me, it’s a way to express my appreciation and to visit the Tanah Suci Mekah and Madinah.

malam ni tak tau nak buat ape. maybe singgah ke puchong bayar kad kredit yang due semalam. pastu nak get a hair cut. rambut dah macam pontianak. sat lagi nak jemur pakaian yang sedang dibasuh dalam mesin tu. nak kemas bilik jugak kalau ada keupayaan. aiseyyy, kalo MySayang.com ada, kitorang dah gi jalan-jalan dah. hehehehehe…

echah cakap nak ajak tengok wayang malam nie, tapi sampai skarang dia tak call pun. takpe lah. either dia lupa or plan tu tak jadi.

ape lagi eh yang aku nak merapu di sini?

Posted: 24th October 2007 by daddy in Uncategorized

otak ku berkata, “padan muka”!

sempena cuti raya minggu lepas, aku dah biasakan diri tido lewat and bangun lewat. minggu nie dah start keja. takleh tido malam. 2 malam lepas, aku tido pukul 3.30 pagi. mlm tadi aku tido lagi “awal”.. pukul 5 pagi. bangun pagi nakgi keje, otak mcm sedang vibrate. pedih sangat nak buka mata.

kitar tidurku dah terganggu. macam mane nak menormalkan kembali cycle ni? takkan nak amik cuti lagi? dah rasa bersalah sebab cuti raya lama sangat.

pil tidur? hmmm…..

Foreign vs Local

Posted: 23rd October 2007 by daddy in Uncategorized

something interesting happened last sunday night.

i went to this gerai makan with mysayangku.com at serdang. most of my friends will know the gerai nasi air. kebetulan plak, there was a football match between myteam2 (sucks) and indonesia youth team. no wonder la that gerai penuh.

as we sat down and ordered some food, suddenly everyone around us was cheering and clapping hands. so i tengok la kat screen besar tu. rupanya team berbaju merah has scored a goal. at first i didn’t know which team it was. either myteam or indonesia. after some time, i realised that it was the indonesian team. rupa-rupanya, kat sekeliling kitorang adalah mat-mat indonesia yang dtg nengok game tu.

then i wondered, nie baru satu gerai yang penuh dengan mat-mat ina (i read a pekeliling not long ago that the indonesian government has officially requested malaysian government not to address their people as INDON, instead they insisted on the term INA. so there u have it, MAT-MAT INA.. sounds feminine huh?) what about gerai-gerai lain? all over the country? patut pun sekarang kecoh pasal lambakan pekerja-pekerja asing di malaysia. and according to an unofficial statistic from my ministry, there are a an estimated number of 2.5 millions foreign workers here in malaysia. and for me as a orang malaysia yang biasa, that number is considered huge!!

when the malaysian government first brought in the foreign workers, it was meant only for a few sectors in the industry due to lack of manpower and labour from local people. if i’m not mistaken, the first MoU between malaysia as the source country and indonesia as the sending country was signed way back in late of 1980′s. then, it was followed by a number of other sending countries such as India, Vietnam, Nepal and others.

the very most important criteria when a majikan wants to hire foreign workers is that they must advertise the vacancies for at l month to utamakan pekerja tempatan. should there be no response, then they are allowed to bring in the foreign workers. but i think what happen today is that because of the high komisyen of bringing in foreign workers, the agents usually will directly bawa masuk pekerja asing without giving the locals an opportunity. other reasons on why majikan lebih berminat untuk menggaji pekerja asing adalah kerana they do not need to mencarum kepada EPF, SOCSO and others. gaji pun lebih rendah berbanding dengan apa yang local workers demand.

but whatever it is, our local talents and local workers should be given more chances to try their best to do the job. foreign workers should only be limited to certain sectors only, in which our local workers are not interested, especially the 3D’s environment; Dirty, Dangerous, Difficult.

Pekerja Produktif Negara Kompetitif

p/s: mind my grammar and vocab. i am a weak person :p