Ketumbit

Posted: 15th December 2008 by daddy in Uncategorized

Pengenalan

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.

Penyebab

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan

Patogenesis

Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.

Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.

Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.

Simptom-simptom

* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah

NYatalah ketumbit ni takda kena mengena dengan mengintai anak dara orang tgh mandi ke hape ke…

(thanx wiki wiki)

Posted: 11th December 2008 by daddy in hari ini

hari ni bangun dengan penuh keseksaan.. letih dan penat badan blom hilang.. nak sambung cuti, tak boleh plak. erk, bukan tak boleh, tak sanggup.. hahaha.. dalam paper hari ni, cuti kakitangan awam dikurangkan selama 5 hari.. seb baik la tu untuk lantikan 1 januari 09.. saya akan pilih opsyen untuk kekal 30 hari..

nak citer sket pasal hari ni.. keluar dari umah pukul 7.50 pagi.. dah ready dengan bersemangat untuk menempuh jem kat area rumah ni.. bila sampai jalan besar, jalan tetiba lengang.. mane gi kete2 semua eh? perjalanan hari ni lancar je.. sampai opis awal.. 3 minit lebih awal berbanding hari jumaat yang lepas..

plan hari ni nak tunggu ksu.. pastu baru tau, pagi ni ada miting post-cab kat damansara.. so kompom satu pagi dia takdak.. gi bekfes dulu sbb tau takda keje urgent pagi ni… lepas bekfes, tepon sales opis utk satu resort kat kl, nak suh dia datang amik Local Order (L.O) sbb dah lama terperap atas meja ni.. alih2 dia cakap takda orang yg leh gi amik LO tu.. memandangkan takda keje sangat, so saya pon offer diri untuk pegi menghantar LO tu ke jalan semarak, KL. rajin kan? rajin ada makna…

tengahari plak, ksu gi miting lain kat opis.. tangguh lagi perbincangan pasal kursus perancangan tenaga manusia isnin ni.. dok kelahi ngan EO pasal mulut dia tu becok sgt… kureng respek kat orang lain.. buat2 bajet 09 sket, pastu gi kaco orang lain.. ahahaha.. petangnya, bila pengarah masuk opis, ajak dia gi jumpa ksu skali.. then dia bgtau ksu dah balik, gi jumpa menteri kat tempat lain.. aiyokkk… satu hari menunggu peluang yang tak kunjung tiba…hihihhi.. 5.30 sharp, call orang ittew, ajak balik awal.. sbb lapo.. haha

bosan ah hari ni.. takda mood sangat nak melakukan apa2 yang bermanfaat..

last2, petang tadi sbelom balik, bincang ngan pengarah utk postpone kursus yang sepatutnya bermula isnin ni… then bhgn antarabangsa bgtau pulak yg simposium yang juga sepatutnya buat hari isnin n selasa ni dipostpone ke tarikh lain.. hmmm.. something fishy…

Raya lagi..

Posted: 11th December 2008 by daddy in hari ini

tak abeh lg penat driving untuk perjalanan 14 jam hari ni! nak tido, mata belum mau lelap. mencabar arrr pemanduan hari ni.. laju tu tak hengat dah.. skarang ni tunggu surat dari PDRM.. tak tau bape keping akan diterima..

raya korban kali ni memang menuntut pengorbanan.. korbankan program diet.. korbankan tayar baru erin… bla bla bla.. tapi best gak ah.. leh tgk lembu tumbang.. huhu… leh jumpa kawan2 baru kat kampung tu.. sampai bachok ari sabtu.. ptg tu tido je.. ahad pon, tido satu hari.. famili sume ingat aku demam. ahaks… padahal letih gilos.. hari isnin pagi, hari raya.. tp pagi tu ujan lebat kat kampung, menidakkan cita-cita utk semayang pagi raya… berbungkus dalam selimut sbb sejuk.. bila hujan dah reda sket, br gerak ke umah pakcik sorang ni.. dia wat korban lembu.. lama jugak la nak tunggu tukang sembelih nak datang sbb dia ada banyak umah nak di kunjungi.. dalam pkl 10.30 baru la dia tiba… kejap je sembelih lembu tu.. yg lamanya nak lapah daging, bahagi lagi 7 bahagian dan masak daging lembu.. makan nasi kat umah pakcik tu sblm balik ke umah famili… kat umah famili, goreng daging lagi… makan nasik lagi… malam nya plak, terbaring kekenyangan sbb tak larat dah nak makan nasik…

hari selasa tu adalah hari outing aku.. pagi2 lagi dah kuar umah, gi jemput MySayang.com utk ke pasir putih.. kawan masa studi kat ukm dulu kawen and buat kenduri hari rabu.. tp tak dan nak gi sbb rabu adalah hari perjalanan balik ke putrajaya. lepas jengok ain kat pasir putih dan lepas makan nasik kat umah dia, kitorang gi balik umah kejap. nak kenalkan MySayang.com kepada famili yang dah bape kali dok tanya, bila dia nak datang ke umah. kat umah, makan nasik lagi.. balik dari umah famili, gi jengok lydia, anak azra yg comel tu.. terserempak ngan zizi, adik ina.

lepas anta MySayang.com balik umah dia, aku gi jalan2 kat bachok, nak cari car wash. jumpa satu tempat, tapi tutup lak. iskk.. pusing2 dlm stengah jam tapi tak jumpa.. singgah arr kat petronas, beli shampoo and pengilat tayar… hajat nak balik umah and basuh sendiri.. tiba je kat umah, terkezut tgk umah meriah.. anak2 sedara ayah angkat n orang2 kampung datang bertandang.. kensel hasrat nak memandikan erin…

tok ketua kampung datang malam tu, makan nasi kat umah.. kena la layan kejap walaupun mata mengantok.. pkl 11 aku dah give up.. tak larat.. masuk bilik and zzzzzzzzzzzzzzz….

dalam pada cuti yg singkat ni, otak tak dapat lari dari fikir pasal masalah keje.. ada 2 benda yang tak setel lagi.. ada satu kursus nak buat isnin ni, tapi tadi kSU tak nak sign lg.. takleh lagi nak commit ngan otel and consultant… pasal perpindahan opis ke damansara pon dok main2 lagi dalam pala… mencik tull… kompom pagi2 sok kena masuk opis… jeles lak orang2 kat selangor leh cuti.. hahaha..

mana mau cari RM300 utk renew pasport? nape pasport kena expire sebulan selepas trip ke negara jiran? hadoi la.. pasport pasport.. nape la ko mahal sangat? padahal kalo buat sendiri, ongkos nya baru bape je.. beli kertas, tampal kat dalam satu buku, tulis nama pasport malaysia kat depan tu.. setel sendiri.. cepat… ahaks.. tak pasal2 aku masuk jail sbb wat pasport palsu…

mintak2 la miracle bulan 1 ni, ada kursus ke seminar ke miting ke kat oversea.. leh claim byrn pasport.. hahaha.. kedekut punya worang..

bulan 12 ni penuh ngan kenduri kawen sungguhpon musim ujan.. sabtu lepas kenduri jimi, 13 kenduri nakiah kat segamat, 14 kenduri hata kat perak, 21 kenduri masnizah kat nogori sembilan, pastu sape plak eh.. kenduri aku?jeng jeng jeng.. tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

opss.. erin bermasalah lagi hari ni.. tangki air wiper rasanya dah bocor… brake pad kat belakang dah sampai masa utk ditukar… hari tu tukar brake pad depan je.. fulus lagi ni.. iskk.. banyak lak nak pakai duit.. gaji 18 hb ni takleh kaco lagi.. 1/1/09 baru leh keluarkan dari akaun bank… huaaaa…. rezekiii rezekii.. meh datang mencurah-curah meh…

mata sudah mengantok.. sbb jam sudah pkl 12.45am… mau tido sudahhhhhhh.. nite nite eberibodi..

"The" date…

Posted: 10th December 2008 by daddy in Uncategorized

huahuahua.. i’ve finally got the date.. not the date.. but ‘the’ date… tunggu yakkkk aaa awwwww

kesibukan

Posted: 21st November 2008 by daddy in Uncategorized

lamanya tak menulis.. rasanya blog ni pon dah tak kenal tuan punya nya kan?

banyaknya benda yang berlaku sejak raya yang lepas. banyak keja dan banyak outstation. tak lupa jugak,. banyak makan. hahaha.

lepas raya hari tu, ada majlis penganugerahan sijil S41 kat marriott putraJaya. penat seyy, rasa macam keja sorang2 je. tapi alhamdulillah, segalanya berjaya dilaksanakan walaupun ada yang tak kena di sini dan di sana. lepas tu, kena plak uruskan kursus induksi selama 10 hari kat felda tekam, jerantut. cuma boleh berada di sana selama 3 hari je. lepas tu kena panggil balik ke opis. kena plak uruskan bengkel 3 hari kat opis. berurusan dengan konsultant yang mintak itu ini. alhamdulillah jugak berjaya dilaksanakan walaupun pegi bengkel tu cuma sehari je. yang lain tu, mengelat.

lepas bengkel, sibuk dengan mesyuarat khas hala tuju kementerian kat PD. duduk kat PD 3 hari pastu balik ke putrajaya. sehari lepas tu, balik semula ke PD utk bagi ceramah kepada PAP, PTR dan driver baru. tenang sket lepas tu. bleh mula wat keja kat opis semula. hari isnin lepas fly ke sabah lak. kena jadi ketua penguji untuk ujian fizikal bagi calon-calon penolong pegawai kesatria s27. hari isnin n selasa kat KK, rabu n khamis kat sandakan. hari ni kena amik cuti rehat,. kaw kaw penat. dengar khabar opis dah tunggang langgang sebab renovation. ape ntah khabar meja ku?

isnin sampai rabu depan ada kursus pemantapan bahasa inggeris, tapi tak dapat pelepasan dari boss. dia cakap keja kat opis banyak sangat, and dah lama sangat aku tak masuk opis. padan la suara pon macam tak puas hati je tadi. takpe lah… dah give up dah pon dengan opis ni. hari tu ada boss bhgn dasar nak tarik ke tempat dia tapi KSU tak bagi. gaduh plak ngan boss besar tu.

gaduh ngan boss dah jadi rutin tahun ni. tak kira la boss besar ke kecik. penat dah dilayan seolah-olah aku sorang je pegawai kat opis tu. ape2 je aku yang kena. kalo kena puji, takpe la gak. ni tak, semua benda aku yang kena buat. semua benda yang salah orang lain, aku yang kena dengar amarah dan seterusnya dipersalahkan. weh, aku belom pon lagi naik gred 48 weiii…

ape pon, LNPT tahun ni tak mungkin akan jadi sedap dan cantik. dah boleh agak dah. rancangan nak sambung studi tahun depan dah menampakkan kegelapan. yang ‘bagus’nya, cuma orang bawah2 ni je yang paham keperitan kat opis tu. boss2 yang bergaji besar tapi bekerja sikit, takpun tahu ataupun nak amik tahu pasal masalah org2 bawah. biarlah kan? itu namanya makan gaji. dah lali dah. huhu.. boss, saya yang menurut perintah….

smalam masa kat klia, terpandang sebuah jam tangan yang sungguh comel.. kalo tak silap aku, dah hampir 10 tahun aku tak berjam tangan. ada skali dulu tu dalam tempoh tu, penah gak beli jam tangan, rega RM30. tapi tak tahan lama, so decided tak nak pakai lagi dah padahal baru je pakai dua minggu. bila terpandang jam tu smalam, rasa macam jatuh cinta pandang pertama. hahahaha.. wat malu jek..

jam tommy hilfiger tu rega RM499. mahal tapi macam berkenan giler. selama ni ada jugak pegi kedai jam tangan merata tempat tapi tak penah nak berkenan. tapi yang sebijik ni macam best giler. lepas fikir selama 5 minit, i decided utk amik jam tu. hahaha. skarang saya sudah berjam tangan wooo…

img_0389img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

img_0389

Through The Years……………………

Posted: 12th October 2008 by daddy in Uncategorized

I cant remember when you werent there
When I didnt care for anyone but you
I swear weve been through everything there is
Cant imagine anything weve missed
Cant imagine anything the two of us cant do

Through the year, youve never let me down
You turned my life around, the sweetest days Ive found
Ive found with you … through the years
Ive never been afraid, Ive loved the life weve made
And Im so glad Ive stayed, right here with you
Through the years

I cant remember what I used to do
Who I trusted whom, I listened to before
I swear youve taught me everything I know
Cant imagine needing someone so
But through the years it seems to me
I need you more and more

Through the years, through all the good and bad
I knew how much we had, Ive always been so glad
To be with you … through the years
Its better everyday, youve kissed my tears away
As long as its okay, Ill stay with you
Through the years

Through the years, when everything went wrong
Together we were strong, I know that I belonged
Right here with you … through the years
I never had a doubt, wed always work things out
Ive learned what loves about, by loving you
Through the years

Through the years, youve never let me down
Youve turned my life around, the sweetest days Ive found
Ive found with you … through the years
Its better everyday, youve kissed my tears away
As long as its okay, Ill stay with you
Through the years!

Pirates is going airborne!

Posted: 6th October 2008 by daddy in Uncategorized

tamat sudah percutian raya hamba. huhuhu.. banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. kenapakah? sebab balik kuching pon setahun sekali. kalo asyik keluar je, takda maknanya erti ‘balik kampung’ tu. huhuhu

esok flight balik ke Key Ell.. lusa dah masuk opis.. malas giler rasanya.. kenapa Kerajaan tak introduce scheme pencen bergaji penuh scale langgar dinding termasuk elaun-elaun penuh? iskkk.. kalo ada skim sebegitu, hamba lah orang pertama yang akan mengisi borang opsyen tu..

hari ni hari raya ke enam.. hari utk berjalan-jalan ‘ngabang’ (ngabang maksudnya pergi berziarah atau berkunjung-kunjungan ya murid-murid). pegi rumah my mum’s bestfriend, then went to rumah mach-chicks… semua dok tanya tarikh nak kawen sebab nak booking tiket air asia.. hahaha.. giler konpius nak menjawab…

seperti selalu, dan kebanyakan orang, baju2 dan seluar2 dah jadi semakin kecik (ke badan yang jadi makin besar?) saat2 mcm ni la baru berkobar-kobar nak puasa nam.. tak cukup 6 hari, mau ditambah jadi sebulan lagi… tapi bila nak puasa tu, tak tahan godaan orang di sekeliling yang menyirup air atau menghembus asap rokok… hopefully iman ini masih kuat utk menangkis segala ancaman seperti itu… duit juga serasa dirompak lepas raya ni. ari tu baru dapat gaji, skarang ni mengharapkan claim bulan sept masuk dengan segera… juga mengharapkan kerani kewangan kat tingkat 8 tu tak sengal untuk bercuti panjang.. naya orang lain je..

masa sampai kat kuching dulu, mak terus hulurkan surat chenta dari SPA Negeri Sarawak. AMARAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL TERHADAP TUAN ATAU PENJAMIN-PENJAMIN TUAN SEKIRANYA TUAN DIDAPATI GAGAL UNTUK MENYELESAIKAN BAKI BAYARAN TERTUNGGAK SEBANYAK RM2,625.00 SEBELUM 15 OGOS 2008 (tarikh surat tu 11 september 2008.. hmmm.. something fishy….). pagi tadi terus singgah ke pejabat SPA negeri utk settle kan RM2,000 dulu. lagi RM625 tu insyaAllah hujung bulan ini atau bila elaun tanggung keje masuk. kat opis tu, ramai je yang kenal arwah ayah. sebut je nama, terus diorang kenal. isk isk isk.. tu yang lagi bikin malu bila ada bayaran tertunggak… tadi siap leh lepak dengan pengerusi SPA negeri and ahli suruhanjaya yang kenal dengan arwah ayah… dulu masa blaja kat UKM, hamba ditawarkan biasiswa pinjaman SPA Negeri Swak.. 75% biasiswa dan 25% pinjaman. 25% atau RM5,000 itulah yang perlu disetelkan.

oh ya, satu lagi surat yang menggelikan hati diterima.. juga daripada SPA Negeri Sarawak. JEMPUTAN UNTUK TEMUDUGA BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN. Tarikh 15 Oktober 200, jam 12.45 tengahari. Sila datang 15 minit awal dari masa yang ditetapkan. keh keh keh.. gred 41 tuuuuuuuuuu… (riak dan bongkak). huhuu.. mintak mahap yer cik, PTD lagi cepat naik pangkat yer.. hihihihi.. macam-macam.. dulu lepas selesa keje kat putrajaya, mak khaborkan yang ada surat tawaran jadi lecturer di 2 or 3 buah kolej swasta kat sini.. (hampeh korang, masa aku menganggur dulu tanak la plak hulurkan pekerjaan) pastu penah jugak dapat tawaran mngikuti SKim Latihan Graduan.. hmm.. rezeki kot…

petang tadi jugak gi beli tikar sarawak, ada boss kirim dari sana.. hamba sendiri pun tak penah beli tikar sarawak, bikin malu kompeni saja.. seb baik ada ibunda terchenta yang tolong.. kalo tak, mau mati ditipu peniaga yang tak jujur…

tadi dok borak ngan abang. kete lama kat umah ni dah macam uzur sangat dah. hari tu broke down kat pasar. bape riban dah kena utk repair. tanya kat abg td, tanak beli kete baru ke? dia ckp mak tak bagi beli. hmmm.. sama ada mak suh simpan duit atau kete tu memang menyimpan 1000 nostalgia.. ye lah, kete tu arwah ayah belikan tahun 1981.. ya betul.. 1981.. sama umur dengan hamba. dah berjasa banyak dah kete tu, anta n amik kitorang kat skolah.. anta and amik kitorang kat airport… kete lama memang tahan lasak bodinya… ye lah, bukan macam keta skang.. langgar sket dah kemek sana sini.. enjin kete tu penah ditukar tak lama dulu rasanya.. ke tukar parts je eh? ntah la.. hamba tidak begitu mengerti.. tapi tadi dah cakap kat abang, kalo nak belikan mak kete baru, hamba sedia untuk hulur sket2…

abang cakap nak bawak mak datang ke key ell, jalan jalan sambil melepak. insyaAllah kalo jadi bulan doblas ni, hamba sanggup amik cuti sehingga dua minggu lamanya untuk bercuti.. hahaha.. hopefully jadi arrrr

hamba tak packing lagi ni.. iskk.. esok pagi kompom kelam kabut.. dah berapa hari dah asyik bangun lambat je.. takut jadi habit.. kang naya je kalo hari keje bangun pkl 9 – 10 pagi…

tataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

(suatu kesudahan yang runsing)

Kembali ke sisi

Posted: 30th September 2008 by daddy in hari ini

saya sudah berada di rumah terchenta di kuching! ya, bagi sesiapa yang belum ketahuan, saya warganegara sarawak, bumi bertuah. kenapa bertuah? sebab sarawak mempunyai seorang warganegara yang begitu best seperti saya. ahahaha

saya sampai di kuching lebih kurang 10 minit sebelum waktu berbuka tadi. AK5200 berlepas daripada LCCT, kuala lumpur pada jam 4.45 petang tadi, selepas didelaykan oleh seorang penumpang yang gagal menghadirkan diri di dalam kapal terbang. luggage nya terpaksa dikeluarkan daripada perut pesawat selepas usaha mencari penumpang berkenaan menemui jalan buntu.

sepanjang penerbangan, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat jalan menidurkan diri kepenatan. pagi tadi saya masuk ofis kejap. memang tak amik cuti pon hari ni. lepas mintak staf punchkan card, saya masuk opis pkl 11 pagi. pkl 12 lebih, saya dah keluar untuk ke LCCT. terima kasih kepada encik zafadibo yang sudi menghantar saya dan adik saya ke LCCT.

sengal sungguh pihak air asia yang ikut suka hati mak bapak dia menukar kaunter check in. sepatutnya kami check in kat kaunter 29. saya dah beratur punya lah lama, kalau ikut giliran, no 2 di hadapan. dah lebih 20 minit behind schedule, akhirnya kaunter lain yang dibuka untuk check in. terpaksa la beratur sekali lagi, kali ini berada di barisan belakang. dah la tu, orang yang jaga kaunter tu boleh marah saya sebab nombor IC takda dalam sistem. bongok kan? sistem dia yang bodoh, dia nak salahkan orang lain lak. pulak tu, dia tanak check itenary yang saya dah bagi skali dengan kad pengenalan. stupiditos. nasib baik saya berpuasa. kalau tak, mau tutup syarikat penerbangan tu.

xpress boarding memang best di kala ini. belum pon announcement flight tu dibuat, orang dah beratur panjang nak board plane. kalo takda express boarding pass, memang konpom akan jadi orang yang paling last untuk naik pesawat. lane utk express boarders diasingkan so kitorang takda la berebut macam orang lain. ala, RM20 je. stewardess air asia memang menawan. huhuhu… itu sahaja yang boleh dikatakan.

kat airport kuching, bonda dan kanda dah sedia menunggu. kitorang berbuka puasa kat McDonald KIA yang baru sahaja dibuka. lepas berbuka, kitorang pun gerak balik ke rumah. best best… rindu kat rumah ni. kalau tak orang yang terchenta menunggu di sana, memang saya tanak balik ke tanah semenanjung. hehehehe… ya ampunnnnn….

esok raya. walaupun tak tengok pon pengumuman tarikh 1 syawal tadi, tapi saya tau, memang esok raya. kalo tak raya pon, saya akan raya jugak. esok pepagi akan ke surau bersembahyang aidilfitri, kemudian seperti tahun2 yang lepas, kami sekeluarga akan menziarahi pusara ayah. setahun sekali balik kampung, setahun sekali itu jugak ke pusara ayah. tapi ingatan ini tidak pernah terlepas mengingati seorang insan yang begitu meninggalkan kesan di dalam kehidupan saya.

semoga syawal ini akan membawa perubahan yang positif dalam kehidupan saya sebagai hambaNya. itu tekad saya….

Tatkala Takda Keja Kat Opis

Posted: 29th September 2008 by daddy in hari ini

bila duit dah banyak, tak tau nak buat ape dengan duit tu…

ini suasana office ku di pagi isnin, 29 sept 08..

bila kerani wat dengki kat kita…

Posted: 29th September 2008 by daddy in Uncategorized

wahhh, internet hari ini sungguh laju… mane tak nya, office dah jadi macam padang jarak padang terkukur (giler lama tak guna perumpamaan ni).. ramai yang dah bercuti.. ramai yang dah mencutikan diri.. ada jugak yang masuk sekadar untuk punch card..

jalanraya juga lengang. kalo hari hari biasa di bulan ramadan ni, memang nak cari nahas la kalau keluar rumah pukul 7.30 pagi untuk sesiapa yang mengambil WP 2. tadi aku keluar rumah pukul 7.45 pagi, sempat sampai opis pukul 7.58 pagi. tapi disebabkan kerani tersayang dah tolong punchkan, so takda la rushing sangat.

Minggulepas aku keraskan jugak semangat untuk berbuka di seremban. layan nasi beriani ori. huhu. nasik memang sedap, beras lembut, tak macam yang kat pasar malam / bazar ramadan tu. suasana kedai makan kampung, tak sesak, memang best. thanx to k-lynn yang dengan baik hatinya memberikan direction kepada aku dan “keluarga” ke restoran nasi beriani ori kepunyaan maskan enterprise. (hehehe, ayah kepada si wak tu yang punya kedai makan yang best ni). hopefully lepas ni pon kualiti makanan dikekalkan, agar dapat menarik lebih ramai pelanggan.. (ayat skema, sebab aku br je sudah buat paper work and teks ucapan.. ngeh ngeh ngeh..)

hari ini ada peserta kursus SPP 2/2008 yang tersayang nak belanja makan kenny rogers. ehhehe… murah rezeki kan? esok dah nak naik flight balik kampung. kira last la aku beli tiket raya sendiri ni.. tahun depan dapat tiket free dah… MAS full-fare.. haha. .sape dengki, angkat tangan!!!!