Taggeez

Posted: 25th September 2008 by daddy in hari ini

aku ngantok.. siyes yang amat sangat.. mlm tadi tido kol 2 lebey… penat bekerja seharian sehingga tengah malam…

walaupun since pagi tadi asyik dok nguap je, tapi hari ni hari yang agak produktif.. pagi tadi selesai drafkan 24 keping surat, semuanya ditandatangani oleh boss.. petang ni kena setelkan 76 keping lagi surat.. yang ini aku yang sign.. huhu.. lenguh siot..

Wakenabebbbb.. wa kena tag! so, layan je la…

Bagaimana caranya?

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka.
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

Okay, minimum 5 bloggers yang saya kenal…untuk ditag…[kalau ada masa buatlah...]

  1. MySayang.com
  2. Yantie
  3. Khai
  4. K-lyn
  5. Ziggurats

Bluwekkk!!!

Posted: 22nd September 2008 by daddy in Uncategorized

Hari ini saya pening kepala. jarang betul saya menghapdet blog dari pejabat. slalu nya saya hapdet dari rumah. tapi hari ini saya rasa sungguh bosan dan tidak “cargas” untuk melakukan kerja.

apa yang terjadi di hujung minggu lepas?

hari sabtu saya dan pasangan berbuka di jusco cheras selatan, di tempat kegemaran saya yang ada menjual nasi goreng yong chaw.. tapi alangkah terkejutnya saya bila makanan yang dipesan tidak seperti biasa. kuantitinya agak kurang berbanding dengan dulu. mungkin inilah kesan kemerosotan ekonomi yang sedang dialami seantero dunia.. takpe lah, asalkan dapat merasa..

hari ahad saya berbuka sorang-sorang di rumah. huhuhu, semua teman hilang membawa haluan masing-masing. MySayang.com berbuka di shah alam bersama-sama dengan rakan-rakan beliau. hari ahad tu memang satu hari yang sungguh tidak produktif dan membahayakan perahu-perahu serta bot-bot kecil di persisiran pantai. semalaman tidak dapat tidur. terlelap sekejap sebelum waktu sahur. sahur lak di McD equine yang sungguh sengal. order big breakfast tapi terpaksa makan dengan tergesa-gesa kerana set breakfast hanya mula dijual pada pukul 5 pagi. ngok ngek sungguh mereka kerana tidak mahu menjual breakfast set lebih awal. dah tau ramai customer tunggu breakfast set tu seawal pukul 4 or 4.30 pagi. bila detik 5 pagi, baru terhegeh-hegeh untuk mula mengeluarkan set breakfast. dah tu, ramai plak yang terpaksa menunggu giliran untuk memesan makanan. pukul 5.30 pagi, masih ada yang sedang berbaris hendak memesan makanan. kompomnya lah tak sempat merasa kerana sudah hampir dengan waktu imsak. (Tuan Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan agar penjualan set sarapan pagi di restoran McDonald di seluruh negara bermula pada jam 4 pagi:::: Yang setuju kata setuju::: (setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu):::yang tidak setuju kata tidak::: (tidak)::::: lebih suara setuju. usul diluluskan::)

hari ini sepatutnya saya berbuka di niosh memandangkan ada jemputan rasmi untuk majlis berbuka puasa dan pra-raya yang dianjurkan oleh peserta-peserta kursus Sijil Perhubungan Perusahaan S41 yang akan tamat kursus pada hari rabu ini. mulanya memang semangat saya berkobar-kobar hendak pergi. akan tetapi, last minute, dengan berat hati saya mengkenselkan penyertaan saya disebabkan oleh beberapa faktor yang mengecewakan saya sebagai penyelaras kursus. so, saya ambil kesempatan untuk berbuka di Penang Village, Alamanda Putrajaya (semuanya ada di sini)… gambar para peserta akan dikemukakan kemudian, bila kerajinan diri ini menjelma.

esok (selasa), kemungkinan besar saya akan berbuka seorang diri lagi memandangkan semua rakan-rakan mempunyai agenda masing-masing. MySayang.com pun akan menghadiri majlis berbuka puasa di pejabatnya. hmmmm… air mata air mata…

oklah… sudah tiba masanya untuk berhenti menaip.. nanti saya menulis lagi.. menulis entri yang tiada kaitan dengan hidup orang lain.. entri yang tiada membawa apa-apa makna… saya memang begitu…………

Jalan-jalan cari nahas!

Posted: 18th September 2008 by daddy in Uncategorized

tajuk di atas tiada kaitan dengan apa yang ingin disampaikan..

salah satu kegemaran saya adalah makan (macam la semua orang tidak tahu!!).. sepanjang bulan puasa ini, waktu berbuka semestinya menjadi igauan terutamanya apabila memikirkan tempat berbuka.. banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. tapi kadang kadang, main terjah je.. tapi keselesaan, dan kewujudan tempat solat maghrib sudah pasti menjadi faktor utama..

ada tempat yang menyediakan juadah berbuka yang menyelerakan. mungkin ada speciality yang membuatkan orang tertarik untuk ke sana.. atau selera di bulan puasa tiba2 sahaja terfikir untuk berbuka di tempat itu.

ada tempat yang turut menyediakan surau atau kawasan kecil untuk bersolat maghrib. tetapi kebiasaaannya tempat itu menyediakan hidangan buffet, bagi memberi peluang pelanggan menunaikan solat maghrib. ye lah, bila makanan di depan mata, sudah pasti kita kekadang terleka.

atau mungkin saja kita bertandang ke kedai itu kerana ingin mencuba, mungkin juga kerana dah takda tempat lain yang available. sadis tull alasan sebegitu rupa..

ape yang aku merepek ni? aku nak citer, tadi aku gi berbuka buffet kat restoren puteri bongsu kat bangi. dua tahun yang lepas, aku gagal untuk mendapatkan tempat kat kedai tu waktu berbuka. tu la, sape suh datang lambat? hari ni aku siap siap booking tempat tu pukul 5.15 petang. nasib baik tak ramai. bolehlah makan dengan selesa sket… buffet nya murah sahaja.. RM20 untuk orang dewasa.. makanan ala masakan kampung. memang best pada selera aku.. ada nasi campur, nasi goreng kampung, bihun goreng, asam pedas ikan pari, ayam masak confuse (confuse sebab aku tak tau ayam tu masak ape..), sambal sotong, sayur bayam (spinnach ni.. leh jadi popeye the sailorman), dan pelbagai kuih muih. paling best, air tembikai dia bagi free.. free flow.. ada abc buat sendiri… teh dan kopi yang sungguh mengkagumkan.. best best.. sayang lak tak amik gambar tadi… kedai tu simple je, tapi masakan dia sedap.. pastu ada surau untuk solat.. staff situ friendly, suka senyum tak kira kepada siapa… jeng jeng jeng…

sepanjang ramadan ni, aku dah pegi pelbagai tempat makan… KFC, Marshe, nasi beriani, nasi kerabu ayam percik, bazar ramadan presint 2, fasa i bangi, sg ramal kajang, equine park depan restoren baling, kalo rasa-rasa malas nak keluarkan duit, berbuka sahaja di NIOSH.. kompom makanan free dan banyak choices).. hmm.. mane lagi eh? tak hengat dah.. skarng ni, dah ada check list tempat berbuka yang aku nak try..

  1. nasi beriani kat somban (k-lyn yang suggest)
  2. buffet hotel kat port dickson (murah beb, berbelas-belas ringgit je.. seafood lak tu)
  3. buffet kat a famosa resort (yang ni kena KIV, sebab makanan ditaja oleh orang yang berkepentingan.. kena isytihar penerimaan pemberian dulu baru leh pegi.. nak jaga keutuhan ni.. huhu)
  4. satay kajang
  5. bagan lalang (tak berkesempatan lagi nak pegi)
  6. equatorial hotel bangi (yang ni kena KIV jugak ni.. alasan sama seperti di atas)
  7. dll…

alhamdulillah rezeki boleh dikatakan agak murah bulan ini… sebab tu boleh buat semua ni… syukurrrrrrrrrrrr

Saya puas hati!!

Posted: 18th September 2008 by daddy in Uncategorized

hari ini mungkin salah satu hari yang boleh dikategorikan sebagai gembira di bulan yang mulia..

pagi ni perjalanan ke opis sungguh lancar tanpa ada gangguan lalulintas yang saban hari menyakitkan hati dan perasaan gua.. mungkin disebabkan oleh cuti umum di negeri selangor hari ni.. rupa2nya yang selalu menyebabkan kesesakan lalulintas kat sini adalah berpunca daripada pekerja-pekerja negeri selangor!! gua tak kesah kalo lu orang nak cuti hari hari.. haha.. gua tak jeles langsung! asalkan lu orang tak menyesakkan lalulintas di sini!! tull tak kawan2 yang dok kat seri kembangan? (echah, fahmi, yantie, dll?)

then, kat opis gua buat paper untuk kelulusan menganjurkan kursus, keseluruhan proses untuk mendapatkan kelulusan daripada 3 peringkat cuma mengambil masa kurang daripada 10 minit! lepas gua dapat kelulusan daripada encik pengarah, gua jolok paper tu kat setiausaha bahagian dasar yang menanggung tugas timbalan ketua setiausaha dasar (kebetulan lak SUB tu bekas boss gua).. then terus naik ke tingkat 9 utk bagi kat ketua setiausaha untuk kelulusan muktamad. tak sampai 30 saat dalam bilik dia, gua keluar daripada bilik dia dengan senyuman di muka.. gua berjaya dapat kelulusan dia dengan senang lenang dan tanpa banyak soalan… mungkin jugak disebabkan mood dia baik sekali pagi ini..

gua kompomkan dengan resort kat jerantut tu 19 oktober 2008 hingga 31 oktober 2008.. 31 hb tu hari jumaat, so mungkin gua extend dok situ sampai ahad, 2 november 2008.. hahha.. gua perlukan masa untuk bercuti gak beb.. so all in all, mungkin gua berada kat situ untuk 15 malam!!

hari ini jugak gua berjaya genggam surat pemangkuan M44 daripada bahagian pengurusan sumber manusia.. dah lama sebenarnya nak tunggu surat tu.. gua ajak puteh, colleague gua untuk naik ke tingkat 8, jumpa terus kerani yang handle perjawatan ni.. pastu gua cek buku servis, kompom dah elaun tanggung kerja gua sedia tercatat kat situ.. seribu lebey tuu.. alhamdulillah, rezeki gua murah kali ni… tertunggak selama 4 bulan dah skarang ni.. bahagian kewangan plak mengkompomkan elaun tu akan masuk bersama-sama dengan gaji bulan ni… walaupun mungkin gua akan dikenakan cukai pendapatan dan potongan keydabelyouespii, tapi yang penting gua puas hati!

perasaan gembira tu terbawak bawak hingga gua tergerak hati nak belanja kawan2 berbuka puasa.. antara yang bertuah adalah hosmet2 gua semua.. langkah kanan lu eh! memula gua ingat nak ajak gi berbuka kat kedai asam pedas kleypot kat saujana impian (kedainya cuma walking distance daripada kedai ngok ngek YAP yang membengangkan gua semalam.. ).. malangnya makcik yang gua tepon tu bagitau dia tak buat acara berbuka puasa.. cuma untuk take away saja.. tapi gua tak marah.. hari ini gua tak marah… tanak marah.. gua nak jaga jantung dah tekanan darah gua… hahaha… gua pusing2 kat kawasan tu untuk cari port yang best untuk berbuka… gi survey beberapa buah kedai makan yang ada kat situ, haram sebijik pon tak best… bila mula nak terasa hampa, gua jumpa satu kedai beriani gam ni.. selera gua membuak buak untuk try kat situ.. so gua call hosmet2 gua semua, mintak diorang tukar destinasi ke kedai tu.. servis memang mantap, tak macam YAP. makanan sampai sebelum waktu berbuka.. nasi beriani tu sungguh menyelerakan. RM9 sepinggan, flat rate untuk beriani ayam, kambing dan lembu.. kira murah la tu.. keriani gam kat uniten tu ada mahal sket kan?

bila dah licin pinggan, semua nya berharga RM56 sahaja (nasi beriani gam 5 pinggan, nescafe ais dua, teh ais satu, teh o ais limau satu jag). puas hati aarrrr… gua rekemen la lu orang datang kedai ni..

jumaat ni, kalo takda halangan, gua akan ke jerantut untuk gi recce resort tempat pertapaan gua selama 15 malam pada oktober ini.. salah satu lagi acara mengular dan keengganan untuk stay kat opis.. so sape2 yang rasa tanak dok opis hari tu, bolehlah ikut gua gi jalan2 kat negeri orang.. gua balik hari je, petang tu ada event lain plak kat NIOSH..

gambar sekadar hiasan

kalo nak merasa, lu pegi la kedai tu sendiri

Saya tidak puas hati!

Posted: 16th September 2008 by daddy in hari ini

saya tidak puas hati dengan yati ayam percik (restoren yang diuruskan oleh orang yang tak reti meniaga)!!

opss, bukan yati ayam percik (YAP) kota bharu, tapi cawangan kat saujana impian.. macam la baru hari ni menceburi bidang perniagaan restoren.

sakit hati mula tercetus bila orang itew enggan menerima booking. takpe lagi tu, mungkin dia takut customer lari lepas buat booking. tapi takkan dia tak penah paham konsep deposit??? geramm.. geram… dah la saya ini tidak berdiplomasi sangat orangnya. nasib baik la saya sedang berpuasa…

then, bila beratur nak amik nasi, sakit hati sekali lagi apabila tiba turn saya untuk order, orang iteww boleh cakap yang saya kena tunggu sebab dia nak sediakan nasi untuk seramai 25 orang yang telah booking awal… orang yang sedang beratur lebih daripada 10 orang rasanya… termasuklah mereka yang ingin take away… dengan bongoknya, makcik sekor ni boleh cakap, “saya nak sediakan untuk yang dah booking semalam..” ape la salahnya dia sediakan awal2.. tak pun, mintak sekor lagi pekerja yang dok berdiri kat tepi tu untuk ambil order kitorang… ni tak, kitorang dah lenguh kaki berdiri kat situ, boleh dia buat bodo je.. saya terpaksa sound.. “dah tu, kitorang kat sini tak payah makan????”.. hek eleh.. tetiba dia menjawab.. “lain kali booking awal”.. pala hotak ko.. aku nak booking, ko tak bagi tadi!!

dah penat nunggu, akhirnya dapat jugak dua pinggan nasi kerabu.. bila dah berbuka, ikan keli bakar plak tak masak.. adehhh… ape hal la diorang ni… bangang la keturunan diorang ni…dah tu, kena charge plak ikan yang tak masak tu.. ingat ape? kitorang ni orang jepun yang makan sushi?? sushi lagi sedap tawww!!!!

kesimpulannya, korang tutup je la cawangan ni. takpun, tukar management.. pasti lebih baik! memalukan YAP yang kat kota bharu je.. ntah2 korang saje je nak guna nama YAP, padahal takda kaitan pon ngan yang kat kota bharu tu… bongok dan bodos dan bangangs!!!

saya berpuasa, tanak marah lebih-lebih.. tapi tunggu lepas raya ni.. pasti orang-orang penguatkuasa daripada opisku akan datang “melawat” dengan buku saman di dalam tangan..

moral: jangan cari pasal dengan orang yang kelaparan…

Pemangkuan

Posted: 11th September 2008 by daddy in hari ini

alhamdulillah, ada kawan2 yang mengkhabarkan berita yang lebih kurang gembira… surat arahan pemangkuan gred 44 dah dikeluarkan. ada yang dah dapat mencium keharuman dan kewangian surat tu. sbb dengan adanya surat keramat tu, pendapatan bulanan seorang ptd akan meningkat, tak banyak, sedikit jadi la.. leh gak merasa saham asb meningkat..

tapi bukan itu sahaja yang aku perlu skarang. aku perlu keluar dari opis ini… sekurang-kurangnya ditukarkan ke jabatan or bahagian lain. bukan tak suka, tapi perlu mencari angin yang lebih mengena atau seswai dengan demam ini… bila agaknya?

aku bukan mintak pegi ke negeri maradona atau ke tempat yang perdana menterinya jadi tukang masak, tapi cukup sekadar ke blok sebelah…

pasrah pasrah….

Jangan Ditanya – Broery Marantika

Jangan ditanya kemana aku pergi
Jangan ditanya mengapa aku pergi
Usah dipaksa tuk menahan diri
Usah diminta ku bersabar hati

Putuslah rambut, putus pula ikatan
Pecahlah piring, hilang sudah harapan
Hati nan risau apakah sebabnya
Hati nan rindu apakah obatnya

[Reff:]
Pandai dikau mempermainkan lidah
Menjual madu di bibir nan marah
Kubayar tunai dengan asmara
Kiranya dikau racun di lara

Jangan ditanya kemana aku pergi
Jangan disesal aku takkan kembali
Tamatkan saja ceritra nan sedih
Selamat tinggal ku bermohon diri

p/s: mengharapkan sinar ramadan dan sinar aidilfitri membawa perubahan

Gadget!

Posted: 6th September 2008 by daddy in Uncategorized

pagi tadi, MySayang.com ngadu fon dia macam kena rasuk. tetiba je fon tu keluar function yg tak ditekan.. tghari td, fon tu padam, takleh idup. huhu.. kira dah rosak la tu. tu la, dulu suh trade in je fon tu, tak nak.

petang td, kesian lak tengok fon tu mcm idup segan, mati tak mau.. nak tak nak, kebetulan gi mines, kitorang usha la fon baru. dr hari tu mmg berkenan kat sony ericsson K770i. sebab adik dia dah beli fon tu, kitorang pon macam teringin jugak. geram sebab fon tu comel..

lepas solat maghrib, tak sempat lg gi makan sebab CRS tu dah penuh, kitorang jalan2 tengok fon kat tingkat 4 mines. orang tu jual fon tu harga RM650. ok jugak la sebab adik dia beli fon yg sama kat pertama complex rega RM850 (a few months ago).. aku pon amik kesempatan usha fon nokia yg baru. orang itew recommend fon nokia navigator, tapi mcm tak berkenan la plak. so dia keluarkan fon nokia E66. slide fon, ada bluetooth, gps, 3.2MP camera, WLAN, dan lain-lain function yg pelik2 dan biasa2.. rega RM1799..

fon N73 kitorang dia berani amik RM500 sebijik. so dua bijik is RM1000. RM1799+RM650-RM1000, rega yang perlu ditambah utk dua-dua fon tu = RM1499. tambah dengan upgrade memory card, pouch, screen protector, semua skali RM1700.. boley la bajet kitorang. so, after spending about an hour kat situ, kitorang dapat ini:

(photo credit: the Internet)

cerita dulu dulu

Posted: 4th September 2008 by daddy in Uncategorized

Masa aku kat ukm dulu, aku ada geng sendiri. kawan kawan yang memang rapat. paling rapat ngan aku adalah mizi.. dia ni jenis yang tak betul sket. cakap selalu merapu. tapi pandai orangnya. masa first year, kitorang kantoi ramai2 dalam exam. aku kantoi sebab culture shock sejak menjejakkan kaki kat kl ni. dia plak, sibuk dengan aktiviti kolej dan pesta konvo. lepas insaf, baru keadaan tenang sket. dia ni rajin nak repeat subjek. bila konvo, dia berjaya dengan keputusan agak cemerlang. lepas keje kejap kat kl, dia fly to UK further master. skarang ni dia dah jadi balik ke ukm, jadi lecturer.

lepas tu, ada plak budak nama erina atau nama pendeknya erin. erin ni pun pandai gak. seingat aku tak penah dapat pointer bawah 3.00. erin pandai bawak moto. kitorang gelar dia mat rempit walaupun dia ni jenis yang ‘agak’ solehah sket. banyak tolong kitorang dalam study. skarang ni dia jadi cikgu bahasa inggeris kat mrsm besut. sesape yang ada adik stadi kat mrsm besut, leh la kemsalam kat erin ni. ari tu masa aku bertunang, erin dengan susah payahnya drive dari besut ke KB utk join rombongan pihak lelaki. erin ni aku panggey dia yayang. tak pasti lak cemane leh muncul nama tu, tapi dia la yg paling best. erin ada bespren sorang, namanya syahida. syahida ni kemudiannya jadi awek aku yg first. opss, dah break lama dah. hahaha, skarang syahida dah kawen, ada anak sorang, dan akan fly ke oversea utk buat PhD. erin masih berteka teki dengan status relationship nya. takpe lah erin, all da best. susah susah ko ngorat je abang student ko. huhu

group kitorang tak lengkap kalo takda ilyia. ilyia ni anak penang, tinggi tapi kurus. miji panggey ilyia ni batang or tiang elektrik. kalo nyorok di sebalik tiang elektrik, kompom tak nampak nya lah. haha. ilyia slalu tumpang erin naik moto kalo di kelas. kekadang kitorang risau kalo erin pecut moto tu, ilyia akan terbang kat blakang. hahaha.. ilyia dah kawen, ada anak sorang. ari tu dia keje shah alam. kemudian, dengar plak cerita dia pindah balik ke penang. dia ngan laki dia bukak kedai makan. bila aku kat sana, ada jugak try call dia. tp jarang dapat.

wei wei merupakan the only ahli berbangsa cina dalam group kitorang. dia ni nama je cina, tapi kawan2 dia semua melayu. dah la asal terengganu. dia ni pandai hormat bangsa lain. dari awal ukm sampai lepas grade, dia dok sewa bilik kat satu umah family cina ni. pandai buat lawak bahasa melayu. wei wei naik moto Yamaha SS. dia seorang yang berdikari. sekarang dia keje kat shell. memula kitorang ingatkan dia kena pump minyak, tapi dia sebenarnya keje kat HQ shell. tak ingatlah apa dia buat kat situ…

lain-lain geng adalah lin (yang kawen dengan fahmi tapi kaver kaver sampai la terkantoi), masya yang buat kitorang berpeluh kat IJN. satu hari dia pengsan kat tandas kolej, kitorang bawak dia gi pusat perubatan az-zaharah kat bangi. rupa2nya dia ada masalah dengan jantung dia. dia terpaksa pasang pacemaker kat jantung dia. kitorang slalu usik dia spy berhati-hati kalo pegi airport. kompomnye lah scanner akan berbunyi setiap kali dia lalu kat situ. nak tukar bateri pacemaker dia tu, kalo tak silap aku, kena tukar setiap 10 thn. harga pun beriban-riban harganya. dia dah kawen skarang. dok shah alam kalo tak silap aku. masya ada adik yang cun nama rin.

kenapa aku citer semua ni? sebab dah bertahun-tahun tak jumpa kebanyakan daripada mereka. kitorang grade tahun 2003/2004. skarang ni dah 2008. perghhh, lama tu. ari tu ada orang tanya aku pasal kawan2 masa kat ukm. geng-geng ni la yang aku sebut.

kepada kawan2 lain yang aku tak sempat sebut sini, eg: reen, achap, ina, ayu, didi, dan lain-lain lagi… “korang, aku masih ingat kat korang” :x

kawen?

Posted: 3rd September 2008 by daddy in Uncategorized
“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng”. ( Riwayat Muslim )
saya jumpa hadis ini dari sini...

Seafood @ Klang

Posted: 3rd September 2008 by daddy in Uncategorized

satu ketika dulu.. kitorang pegi makan kat klang.. kat seafood muara tu… tak hengat dah tarikh nya..