satudisemberduaribusepuloh

Posted: 1st December 2010 by daddy in Anak Daddy!, Erin, hari ini, picto, tragedi

Apa perkembangan rumah baru Mummy dan Daddy? dan anak daddy?

Dengar katanya meter elektrik dah masuk. meter air pun sedang menunggu masa untuk dipasang. Defect yang dilaporkan dua minggu lepas apa agaknya berita? hopefully dalam bulan ni dah boleh start renovation. eh, kontraktor pon belum pilih lagi kan? cepat-cepat masuk tender!

mummy nak extend dapur tu. kecik sangat katanya. so nak anjak dalam dua tiga kaki jugak la. pastu nak pasang plaster siling. daddy cuma nak pasang grill je. pastu aircond. pastu nak pasang paip air kat porch tu. senang sket nak basuh kete.

dalam kepala mummy ngan daddy dah ada pelbagai idea tentang hiasan dalaman rumah tu nanti. especially ruang makan. meja oriental dah beli, lampu oriental pun dah beli. so ruang makan akan bertemakan oriental (terpengaruh ngan citer farah dalam astro oasis tu).. ruang tamu plak, err.. aiyakkk.. sofa semua tak beli lagi rupanya..

daddy sebenarnya dah tak sabar nak masuk rumah baru. selesa sket ada rumah sendiri. nak beli pape pon takda la risau sangat. nanti bulan satu nanti, mak daddy nak datang sini, ingat nak berkunjung ke padang besar or rantau panjang. nak cari benda-benda yang menarik untuk menghiasi rumah. ataupun curi-curi pergi batam sebab kata mereka, kat sana ada banyak barang-barang yang bukan-bukan. hahahaha…

nanti bila kewangan dah stabil sket, daddy ingat nak beli rumah nombor dua, bukan untuk bini nombor dua, tapi untuk kami buat pelaburan. kali ni bolehlah daddy amik pinjaman perumahan kerajaan to the max! sebab bila dah stabil kewangannya, daddy bolehlah lepaskan elaun perumahan wilayah tu dah…

minggu lepas daddy tukar bumper depan kete waja. sebab pecah lepas korbankan sekor anjing di lenggong time nak balik raya. berapi jugak wallet daddy time tu..

ni keadaan lepas kecelakaan berkenaan:

lepas cucuk ATM RM400, ni hasilnya…

anak daddy dah pandai buat macam-macam sekarang. anak daddy dah boleh duduk dengan sendirinya, boleh merangkak dengan laju, boleh berdiri sambil berpaut pada hujung kerusi. nak tunggu dia pandai berjalan je sekarang. seronoknya!