seminggu dalam hidupku

Posted: 29th March 2009 by daddy in Uncategorized

banyak nya benda yang berlaku minggu ni.. hari isnin bertolak balik ke kl dari kuching yang semakin best… rasa macam nak transfer balik ke sana je..  selasa kena bambu oleh dato’  key es you sebab hilang dari opis hari isnin.. ala dato’.. satu hari je.. takkan la leh lingkup kementerian tu kalo aku takda satu hari.. sori la terpaksa tipu dato’.. saya balik kuching bukan sebab family emergency pon.. sbb saya rindu kat mak sy.. hahaha

hari isnin tu aku gi tempah door gift utk wedding aku nnt.. nak tau apa doorgift tu? datang lah 9 mei ini nanti.. huhu.. berat wooo.. 7 kotak semuanya.. 3 kotak bawak naik flight, 4 kotak besar lg terpaksa di kurierkan ke tanah malaya ni.. yang pasti, kandungan 7 kotak ittew bukanlah ikan terubuk… ngehehehe

hari selasa aku br nak order kad kawen.. iskk.. tinggal sebulan je lagi.. kad pon tak buat lagi.. rasa mcm tak cukup masa dah.. tu la.. dulu ramai je yg advice suh buat cepat.. bulan januari dah kena start wat preparation.. tp sebab sibuk dengan keje, mmg tak terkejar la masa nak buat itu ini… family lak jauh utk mintak tlg wat preparation.. seb baik MySayang.com banyak membantu.. kekadang rasa segan laks…

hari rabu, key es you bagi jawatan baru kat aku… ketua bilik operasi pemantauan pakej rangsangan ekonomi.. wah.. nama hebat.. tp dont ask me la.. i also dunno what to do.. hahaha.. yang penting, semua data2 kena update tiap hari.. tapi yang best nya, key es you cakap.. “you have every authority in this ministry to push everybody  on my behalf..” ape maksudnya? maksud nya aku leh bagi arahan even to JUSA B pon.. hahaha.. gila kuasa tull..

hari khamis aku gi opis perkeso di jalan ampang utk jadi panel temuduga pegawai tadbir.. ada 9 orang calon yg dipanggil tp cuma 7 orang je yg menjelma.. so interview hari tu habis before lunch.. oleh sebab still awal, aku ajak la driver gi makan ikan bakar kat jalan bellamy.. best woo… sape tak penah gi, bgtau la kat aku.. nnt aku bawak gi sana kalo ada kelapangan… sampai opis je, semua officer bilik operasi ngadu kena marah oleh makcik m44 memangku sorang ni.. aku cuma leh gelak je.. ye la.. aku dah paham perangai ‘makcik janda berhias’ tu… aku rasa dalam kementerian tu, aku sorang je yg leh jadi kurang ajar ngan dia.. aku je yg leh lari masa dia membebel.. sebabnya aku memang malas nak layan perangai dia… 

hari jumaat, aku ngan MySayang.com gi wat ujian HIV.. berdebar gak.. kot2 la keputusan yang diingini tidak didapati.. hahahaha.. (i masih teruna youuuuuu)… alhamdulillah result kami berdua negatif dan kami boleh kawen!!! hahaha… petang tu aku ingat nakgi anta borang kebenaran nikah ke jais.. tp malangnya aku terlupa yang aku belom lg isi borang tu.. and tandatangan orang2 yg sepatutnya menandatangani tu pon aku tak dapatkan lagi.. so tertunda la satu lg part…

hari sabtu aku gi kenduri munira, opismet MySayang.com kat somban… pening gak nak cari jalan umah dia sebab map yg dia bagi tu memang salah.. hahaha… tp seb baik la leh jumpa akhirnya.. mun pakai dress macam omputih.. hehehehe.. caya laa mun…

hari ni plak, aku gi lengkapkan pembelian untuk hantaran kami.. beli henpon dua bijik yg telah membuatkan akaun bank aku tinggal bape hengget je lagi.. tp rasanya mmg puas ati la.. MySayang.com pon beli henpon yang dia suka gak.. hehe.. first time dia pakai smart fon.. mesti terkapai2 nak guna.. hahahaha.. takpe takpe.. leh bukak buku manual tu.. huhu..

minggu ni penat.. tak cukup rehat.. tak cukup tido.. hajat nak mengqada’kan tido seminggu pon tak termakbul lg.. bila la boleh bercuti panjang ni..

25 pesanan LUQMANUL HAKIM

Posted: 19th March 2009 by daddy in Uncategorized

1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


2. Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.


5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.


6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.


10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.


11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.


12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.


13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang – orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.


16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.


17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.


19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.


20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.


21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.


23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.


24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

pirates umo 6 bulan

Posted: 17th March 2009 by daddy in picto

image1-small1

ni gambar spesel.. masa umo 6 bulan.. ngeh ngeh ngeh… amacam? kah kah kah…

ini lah aku…

Posted: 16th March 2009 by daddy in picto

sani-jr-1-small

sani-jr-2-small

sani-jr-3-small

masa aku balik kuching hari tu, terjumpa gambar-gambar ni.. huhu.. tak ingat la tahun bape, tapi macam menarik.. ehehehe

sila lah komen!

Posted: 5th March 2009 by daddy in Uncategorized

BELUM ADA MASA ATAU KEKUATAN UNTUK HAPDET.. SOWIE…

Ketahuan

Posted: 25th February 2009 by daddy in taggers

1. put your iTunes, Window Media Player, etc on shuffle (i just play Winamp.. good enough)

2. for each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. tag 10 friends.

5. have fun!

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Total Eclipse of My Heart

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Jatuh

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Bukan Kasihku

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Bubbly

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Sampai Hujung Nyawa

WHAT’S YOUR MOTTO?
Teman

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Aurora

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Para-para Sakura

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Aku Tetap Milikmu

WHAT IS 2 + 2?
Tak Seindah Wajah

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Make A Memory

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
11 Januari

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Aku Bukan Pilihan Hatimu

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Bila Cinta

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Gotta Be Somebody

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Seribu Tahun

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Cinta Dalam Hati

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Baby

IS YOUR BIGGEST SECRET?
Pantun Budi

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Mengenangmu

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Photograph

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Ketahuan

10 orang bertuah:

1. Nolee (kena buat sekali lagi)

2. Aimi (ko pun buat lagi sekali)

3. Norfa (cik buat tau… lupa kan tesis tu utk 10 minit)

4. K-Lyn

5. Echah (ko pun kena jugak)

6. Niza Epun

7. Yantie Zul

8. Tengku Azah

9. Shazana Teh

10. Nurul Adlina

mungkin susah korang nak cari masa utk wat tag ni.. tp buat la.. its fun…

Saya mau balik!

Posted: 20th February 2009 by daddy in Uncategorized

tak sabar rasanya nak balik malaysia.. bosan dok lama2 kat negeri orang.. kawan2… jom berkumpul kat umah nolee and echah pada malam selasa nnt!!

Condolence

Posted: 13th February 2009 by daddy in Uncategorized

Takziah untuk ADEQ… be tough!

Take A Break

Posted: 12th February 2009 by daddy in Uncategorized

rehat kejap dari issue India ni.. baca lak issue pasal National..

“NATIONAL” issues…

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
Ajinomoto

NATIONAL INSTANT FOOD :
Maggi Mee.

NATIONAL BREAKFAST :
Nasi Lemak

NATIONAL LUNCH :
Nasi Ayam

NATIONAL SUPPER :
Roti Canai & Teh Tarik

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam.

NATIONAL CONDOM:
None. Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms.
So they rushed into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack,any pack,
pay and leave before the cashier can even blink an eye

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION:
Pineapple.

NATIONAL APHRODISIAC DRINK:
Stout. Many Malaysian men swear by it. But then after a few pints they
start swearing at everything.. .

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning.

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX:
Headache, kids not asleep, maid not asleep, mother-in-law around,
early appointment, food not digested yet, aircond not cold enough,
aircond too cold, nail polish not dry yet, forgot to take the pill,
sleepy, stomach cramps, period, haven’t remove make-up,
haven’t shower, no water supply, going to watch ” Santa Barbara “,
depress, no mood, etc…

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX:
None. Malaysian men never refuse sex.

NATIONAL CURE FOR DIARRHOEA :
Cap Kaki Tiga. Down one bottle with warm water and you are all
“dried up”.

NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
Panadol. The “cure for all”. If it fails we have another secret weapon
: Tiger Balm.

NATIONAL CURE FOR NAUSEA :
Moh Fah Kor.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police road block.

NATIONAL WATCH :
Petaling Street”boutique” watch

NATIONAL WATCH FOR YUPPIES :
Petaling Street”boutique” Rolex

NATIONAL RICE COOKER :
“NATIONAL” Rice Cooker

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4!
On second thoughts, why bother pronouncing those French brands
like Peugeot, Renault or Citroen correctly.
I think it sounds better,when the local mechanics say “Pew Jeot”.
When I was in school, Milo was always ‘Mee Lo’, now that I’m
sophisticated, I say “My Lo”.
So don’t be embarassed saying “Carry 4″ when the Mat Sallehs
shamelessly pronounce orang utan as “rangutan”.

Road to Delhi – Pict Story

Posted: 11th February 2009 by daddy in Uncategorized

ni sebahagian daripada gambar-gambar… banyak lagi tak dan nak upload..

dsc_00331

dsc_0039kat blakang tu lah lotus temple…

dsc_0047me and en mus..

dsc_0066friends from afghanistan dan botswana (negara asal citer God Must Be Crazy.. huhu)

dsc_0075kawan-kawan dari estonia, russia, armenia dan afghanistan..

dsc_0112

dsc_0132tapak arkeologi tu..

dsc_0136

dsc_0139

dsc_0148

dsc_0155

dsc_0163

dsc_0173

dsc_0316

ni awek i dari afghanistan.. hahaha.. comel tak?

more pictures kat facebook…