Inilah yang saya maksudkan…..

Posted: 14th January 2009 by daddy in hari ini, tragedi

Tiga maut, satu parah dalam nahas lori di Lebuhraya KL-Karak

GOMBAK: Tiga maut manakala satu parah apabila lori tangki minyak sawit merempuh pembahagi jalan lalu bertembung lori dobi di KM27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu dan kelindan lori dobi serta kelindan lori tangki minyak sawit.
Pemandu lori tangki minyak itu pula cedera parah.

Nahas jam 3.45 petang tadi berlaku apabila pemandu lori tangki minyak sawit itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Berikutan itu, lori berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dobi yang menuju ke Genting Highlands.

lori

KEMALANGAN yang mengakibatkan tiga maut manakala satu parah apabila lori tangki minyak sawit merempuh pembahagi jalan lalu bertembung lori dobi di KM27.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

sumber: Berita Harian (bacalah berita harian online untuk maklumat dan berita terkini, sahih dan benar)

p/s: encik berita harian, saya pinjam sebentar berita kamu ini sebab saya berada di lokasi kejadian tadi. saya bukan nak meniru atau menciplak atau melanggar keterpeliharaan hakcipta, tetapi sekadar berkongsi dengan para pembaca. terima kasih ya encik berita harian
  1. ahkon says:

    erk. takutnya….
    memang la ngeri!

  2. aishah says:

    wah. ngeri. encik berita harian tentu tak kisah kau quote entry dia. :P
    bila balik sini bang…

  3. pirateslelaki says:

    abg sampai pukul 11.30 mlm. letey seyyy

  4. pirateslelaki says:

    yantie: until 9 pm, the vehicles were still there.. heran, tentu eksiden tu amat dahsyat sebab tembok divider tu pon leh pecah ranap berkecai