14 Januari 2009 – 3.30 am
Alhamdulillah, saya dan encik pemandu berjaya sampai ke destinasi perjalanan jauh ni, Kuala Terengganu yang indah, permai dan bermandikan poster. oh tidak, saya tidak ke kuala terengganu untuk membantu mana-mana parti politik mahupun calon bebas berkempen sempena pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu. Saya ke sini setelah dikerah pada minit-minit terakhir oleh encik boss sebagai wakil pengarah ke satu majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh timbalan menteri saya yang cun itttew..
sebelum bertolak ke kaytee, saya berusaha juga meminta kerani saya untuk menempah bilik penginapan untuk saya dan encik pemandu di sana. hampanya, semua bilik sudah penuh dan dipenuhi dengan polis-polis yang bergelimpangan, penyokong-penyokong parti politik yang berkeliaran, media massa yang berkejaran dan pengacau-pengacau yang berkebiadapan. hatta, hotel dan motel yang tiada bintang pun sudah tiada lagi kekosongannya. saya ada kawan yang bekerja di terengganu, tetapi sekarang dia sedang berkursus deepeeyeay. kalo tidak, boleh sahaja saya menumpang di rumahnya. so, kami bertolak dari putrajaya dengan tiada tempahan bilik penginapan. macam backpackers la pulak. padahal pergi ke sana untuk menjalankan tugas rasmi. hahaha. siang-siang lagi saya sudah berpesan kepada encik pemandu untuk membawa tuala mandi sekiranya perlu untuk mandi di masjid kristal (setelah bertolak dari rumah, saya baru perasan yang saya pula yang lupa nak masukkan tuala dalam beg saya.. ahahaha)
Jarak perjalanan tidaklah saya ketahui tetapi kami menghabiskan masa selama 5 jam 15 minit untuk sampai di sini, termasuklah 1 perhentian untuk mengisi minyak, satu perhentian untuk mengisi perut, 2 perhentian untuk membuang isi perut dan 5 pitstop akibat sekatan jalan yang dilaksanakan oleh encik-encik polis. perjalanan begitu lancar, kecuali di lebuhraya karak, sebelum sampai ke persimpangan genting highlands di mana satu kemalangan yang berlaku pada petang ittew masih belum dapat dialihkan dan menyebabkan jalan ditutup secara beperingkat bagi memudahkan kerja-kerja yang berpatutan dilakukan.
tiba sahaja di bandar kaytee, setiap jalan dan lorong dipenuhi dengan poster-poster parti-parti yang bertanding. alhamdulillah, suasana begitu aman dan tenteram, tidak seperti yang berlaku di Permatang Pauh di mana penyokong-penyokong fanatik yang semacam tidak tahu malu menjerit sana sini (logik la aman damai, time tu dah pukul 2 pagi. mana ada beruk yang nak menjerit). oleh kerana tiada tempat untuk menginap pada pagi ini, saya mengajak encik pemandu untuk hotel-hopping, mencari mana-mana sisa peninggalan bilik hotel yang ada. cuma bergantung pada nasib sahaja. pada masa yang sama, kami perlu mencari hotel grand continental, lokasi di mana majlis yang perlu saya hadiri akan dijalankan.
syukur kerana pada persinggahan pertama, kami berjaya mendapatkan sebuah bilik yang telah dibatalkan tempahannya sebelum itu. terima kasih lah encik pembatal tempahan kerana jasa encik itulah, saya dan encik pemandu saya boleh tidur di atas katil. so, dengan harga RM148, saya dan encik pemandu pun sudah mempunyai bilik tidur pada malam ini, dan ianya hanya30 saat jarak pemanduan kereta ke hotel grand continental. ahaks.. bertuahnya..
pukul 9.30 pagi, saya dan encik pemandu check out dan bersarapan di hotel. sarapan yang simple dan kurang menyelerakan. saya cuma makan roti bakar disapu dengan mentega dan jem stroberi serta air jus oren bergelas-gelas. tepat pukul 10, saya menuju ke hotel grand continental. selepas register, saya diberi tag VIP dan diminta untuk menyambut YB Timbalan Menteri di lobi hotel. keluar je dari lif, kami terkejut sebab timb menteri dah menunggu untuk ke bilik seminar. kami pun bergerak semula ke tingkat 4 bersama-sama encik timbalan ketua eksekutif psmb dan menuju ke holding room. selepas berborak-borak, pukul 10.30 acara majlis perasmian pun dimulakan. macam biasa la, kalo majlis perasmian yang membabitkan ucapan beberapa pihak, saya mula menguap dan tidak senang duduk.
sebaik sahaj selesai majlis perasmian, kami dihidangkan jamuan pagi di dalam bilik menunggu tadi. saya tidak makan banyak, cuma makan buah tembikai dan betik sahaja. timb menteri yang melihat sy makan buah sahaja pun turut membatalkan niat untuk makan kuey tiaw dan cuma makan buah dan cucur sahaja. ngeh ngeh ngeh. comel sungguh timb menteri ittew.
selesai semua acara, saya dan encik pemandu segera keluar daripada hotel dan merayau-rayau di sekeliling bandar kuala terengganu. kami singgah di pasar payang tetapi saya cuma membeli keropok kering sebagai ole-ole buat staf di pejabat. keadaan di kuala terengganu sungguh sibuk sekali dengan poster-poster yang begitu banyak ditampal dan dinaikkan, untuk menandakan semangat politik yang begitu kuat. terdapat juga segelintir penyokong parti politik ini yang ikut suka mak bapak dia je menahan kenderaan bagi menyerahkan poster, flyers dan maklumat lain berkenaan dengan ceramah-ceramah dan calon-calon yang bertanding. alhamdulillah, keadaan tidak lah begitu berbahaya. kemudian, kami ke losong untuk lunch. haha.. lunch keropok lekor. sebelum memulakan perjalanan balik ke putrajaya, kami singgah di rumah seorang staf saya yang sedang bercuti akibat demam cacar air.
perjalanan balik tidak lah begitu membestkan sebab saya kepenatan dan kebanyakan masa saya di dalam kenderaan dipenuhi dengan aktiviti berdengkur. kami singgah di marang untuk mengambil gambar pantai yang kebetulan ombaknya sangat kuat petang itu. kemudian saya ‘pengsan’ lagi. sedar-sedar sudah sampai bandar kuantan pada jam 7 malam. singgah di beberapa tempat di kuantan untuk menyelesaikan ‘agenda’ peribadi sebelum kami memasuki lebuhraya LPT dari tol gambang. kami singgah untuk makan di RNR Temerloh yang menyajikan lauk ikan patin yang sungguh berlemak ittew.. i loikeeee…
saya tiba di rumah pada jam 11.30 malam.
lum baca tapi nak komen dulu. panjangnya entri ni!
destinasi chenta apa nya camni… huhu…
apesal gambar kat pantai tu nampak mcm sangat kotor pantainya… dan mcm sangat hitam air lautnya… betul ke tu kat ganu??? ke kat PD tu?? huhu…
Echah: panjang sebab tadi takda keja and mengantuk.. tu yg letak gmbr banyak
buzzy: pantai tu yg kat marang.. bukan pantai tempat orang mandi manda pon.. ni kat belakang deretan kedai.. uhuhuhu…