wah, lagi beberapa hari saja lagi.. berdebar? hmmm.. satu pertanyaan yang tidak mungkin aku jawab kalo ditanya.. kenapa? lagi mau tanya ka?
my mum sampai dari kuching pada hari jumaat lepas. malam tadi sibuk mengangkat barang2 untuk dipindah masuk ke rumah baru. nasib baik la mak ada utk supervise.. kalo tak, memang malas rasanya nak mengangkat2 ni.. pagi tadi pun sibuk menyelesaikan semua barang2 ittew.. by noon, 99% barang sudah di bawa masuk ke rumah baru ini.. takda la baru pon, aku masuk umah sewa MySayang.com je. echah rela berkorban pindah ke rumah lain. thanx adeq!!
my mum masak mee kari tengahari tadi. tapi tak sempat makan banyak pon sebab aku kena gi NIOSH, kena g tengok2 pendaftaran budak2 kursus yang start hari ni. balik2 petang tadi pukul 5.30, tengok rumah dah kemas.. barang2 semua dah disimpan. just nak pasang balik katil je. lepas assemble katil tadi, lega sket sebab at least malam ni mak boleh tido atas katil queen size tu. takda la bentang tilam nipis atas lantai je. selesa sket..
lepas hantar nolee gi klia tadi, kami terus balik rumah tanpa menyinggah ke mana2 sebab dah penat giler seharian mengerjakan barang2 aku yang memang banyak ittew.. kesian gak tgk mak, dalam kete terlena je.. bagus gak dia tertido. at least hilang kejap penatnya. and takda la dia bising2 aku bawak laju tadi. huhu…
mlm ni aku tido kat ‘rumah baru’. tido malam ni akan jadi lebih selesa sebab dalam bilik dah pasang air-cond.. dunia makin panas sekarang..
esok aku akan usahakan mengepos kad-kad jemputan yang terakhir.. sape2 yang tak dapat kad, aku n MySayang.com mintak maaf la banyak2. bukan kami tak nak bagi or terlepas pandang, tapi sebab terlalu sibuk sebelum ni.. tapi korang datanglah kenduri tu, walaupun tak sampai kad jemputan coz dalam hati memang kami dah jemput semua yang dikenali. ahaks… sape2 yang menerima kad tu by post, sowie coz tak sempat nak bagi by hand..
lepas kawen ni, aku harap sangat2 aku akan berubah ke arah yang lebih baik. ye la, dah ada tanggungjawab ni, kena la jadi orang yang baik kan? hehe.. semoga tabiat2 yang buruk2 tu, mudah untuk aku tinggalkan..
oh ya, mungkin ini lah post terakhir aku untuk hari ini, untuk minggu ini, untuk bulan ini.. dan untuk kali yang terakhir sebagai orang bujang, insyaAllah.. aku akan bertolak ke kelantan pada hari selasa 28 hb dan akan kembali ke sini pada 5hb..
kepada u’olls, doakan yang terbaik sahaja untuk kami berdua..
we love u!
haha. kalau tak kerana aku merajuk pada tengah hari jumaat tu takdenya aku nak angkut barang!hihi.
okaylah. semoga berbahagia di rumah baru. anggapla itu hadiah perkahwinan dari ku untuk korang.
yang benar,
adik mu yang jauh,
LEP 6/16.
takda maknanya rumah tu sbg hadiah.. hadiah kawen kira lain ok?
LEP 6 tak jauh la
jumpa on 9 mei nanti.
well, selamat bercuti~
thanx buzzy…
ini mungkin comment terakhir untuk orang bujang…lepas ni nak comment kamu sudah jadi suami orang..hahaha…
selamat berbahagia hingga ke hujung nyawa…
akan ku temui kamu di majlis perkahwinan tersebut…
norfa: thanx… komen kamu adalah yang ke 400 dlm blog ini.. ehehe..
seronok ya nak menempuh rumah baru… kalau nak ilmu rumahtangga join blog saya.. huhuhu tukar link ya