ngeeeee……

Posted: 10th April 2009 by daddy in hari ini, tragedi

wow.. semakin berdebar-debar… hehehe.. tak lama lagi ni abang kakak oiii… preparation tak sehebat mana pon.. hopefully nanti semuanya akan berjalan dengan lancar..

kad kat opis dah disiapkan (sebahagian kecil je). cuma tunggu masa yang sesuai untuk diedarkan.. kad untuk kawan2 masih lagi dalam proses finalizing namelist.. heheh.. sowie u’ollsss.. kad lambat sampai sket.. kepada yang tak sempat dihantar kad tu, tolong la ambil maklum yang kitorang memang nak invite u’ollss.. tapi tak dapek nak send kad lagi.. so, hadir-hadirkan lah diri anda yeks….

kehidupan di opis semakin mencabar.. sejak keyesyu mengadu kat semua ketua jabatan yang aku lari darinya, aku didatangi oleh ramai ketua jabatan dan dinasihatkan agar kembali ke jalan keyesyu. ahakhakhak… bak kata orang swak.. “sik ku betah”.. tapi memandangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat panel pembangunan sumber manusia kat opis, aku akur jugak.. hari tu aku gi jumpa keyesyu mintak ampun dan maap dari ujung rambut ke ujung kaki.. lepas tu terus aku kena assign jadi ketua bilik operasi.. hadoiii.. memang amik kesempatan tull la orang tua tu.. akibatnya, kehidupan sosial aku kembali diragut… pagi2 dah kena mengadap keyesyu… petang2 kena balik kol 7 @ 8… memang tak jumpa matahari la aku.. bekfes and lunch pon dah selalu jarang sgt dengan MySayang.com. tak tau la dia terasa ke tak..

aku dah mintak cuti 3 minggu utk preparation membina sebuah masjid.. bukan senang wooo nak bina masjid.. kena cari tapak yang sesuai, pastu kena cari arkitek yang mahir.. pastu appoint kontraktor.. beli batu bata, simen, cat, kelengkapan masjid… sebab tu la kena cuti panjang.. hahaha.. masa aku jolok borang cuti aku kat pengarah, dia tak berani nak sign sebab katanya aku cuti lama sangat.. what the **tuutttt**.. aku bukan bercuti nak rehat kat umah.. aku nak buat ibadah laa… tu pon nak berkira… so aku pon ngadu kat keyesyu (sebab dia dah amik kesempatan ke atas diriku dulu).. dia ok je… so either boss aku sign ke tak borang cuti tu, aku tetap akan CUTI!!!

for the last 3 weeks, aku makan nasi kerabu utk breakfast and lunch.. macam belum jemu lagi.. semua hairan nape aku leh makan nasi kerabu je tiap2 hari.. jawapannya.. aku fed-up dengan makanan yang dijual kat cafe bawah tu.. tak menarik langsung.. so tiap kali aku pikir nak makan, mesti aku jadi pening.. last2, aku pesan je nasi kerabu n teh o ais (wajib – kalo tak, mengamok satu hari) kat staff aku… seb baik la dia ni tak berkira… badan pon nak naik kerabu dah skarang.. risau tull.. takut kerusi atas pentas nanti jadi tak muat…

dah lah.. tak larat nak membebel panjang2.. nanti korang tanak baca laks.. hahaha.. ok u’ollss.. i nak tido sekarang.. nak menjaga kejelitaan sepanjang hayat.. see ya!…

  1. KI says:

    kad dah sampai hari ni tadi. tq.
    saya akan cuba sedaya selagi upaya untuk sampai.
    insyaAllah. selamat, and congrats in advance.

  2. aishah says:

    hu. dah lama tak tengok. adakah kau semakin berkerabu seperti yang tersebut di atas?
    awas bang. nanti tak muat kerusi di pentas. :P

    i punya kad jemputan pun tak dapat lagi. hihi.