Daddy Canggih

Posted: 4th May 2010 by daddy in Anak Daddy!, hari ini, picto

Daddy berlepas ke keybee pada hari jumaat lepas, dengan ehsan keyesyu yang meminjamkan kenderaan nya untuk daddy mencapai impian terbang ke langit. sungguh gembira bila dapat bertemu anak daddy dan mummy nya.

upacara cukur jambul selamat diadakan pada pagi sabtu tu, dengan adat yang agak sedikit berlainan daripada apa yang diamalkan di wilayah asal daddy. syukur lah segalanya berjalan lancar. anak daddy pon sungguh bersopan santun pagi tu. senyap je dia walaupun rambutnya terpaksa dikerat sedikit.

rasa seronok plak bila tak cukup tido, bila selang sejam terpaksa membeliakkan mata bila anak daddy merengek. ehehe.. gi buat susu dia, gi tukar lampin. mata anak daddy terkebil kebil je bila tengok daddy and mummy. mummy nya pulak tak sabar-sabar nak tengok anak daddy besar. nanti boleh buat teman gi jalan-jalan cari makan.

lagi 17 hari, mummy akan habis tempoh pantangnya. takda la lama sangat pon. tak terasa sangat. maybe sebab daddy jauh di perantauan kot. tapi mummy sedang beriya-iya nak penuhkan agenda makan lepas abis pantang. dah siap buat jadual harian dah. bersabar lah mummy. nanti kita penuhkan perut dengan makanan pelik2 okkeiii…

semalam daddy balik ke putrajaya dengan menaiki penerbangan MAS. flight daddy pukul 4.25 pm. sape2 yang ada dalam penerbangan MAS tu bolehlah contact daddy untuk menerima satu hadiah misteri. haahha… kalau ikutkan peraturan MAB, daddy perlu check in sejam sebelum penerbangan, iaitu pukul 3.25pm. pukul 3.05 pm, daddy bertolak dari rumah. kalau nak ikutkan, memang dah terlambat dan tak sempat pulak nak check in sebab jem sana sini di keybee tu. daddy keluarkan handphone, daddy cuba search laman web untuk mobile check in. first time guna tu. macam teragak-agak je nak click button situ. takut salah buat pilihan, tak terbang la daddy. naya kalo jadi macam tu. bila dah berjaya check in, daddy lega, sebab time sampai airport pon dah pukul 3.40 pm lebih.

canggih sungguh teknologi tu. tak payah ada boarding pass fizikal lagi. semua nya electronic. sampai abg polis tu pon terpinga-pinga bila daddy tunjuk eboarding pass tu. jadi satu cerita plak daddy nak tunjuk kat dia cemane nak check in guna mobile ni. dushhhh

  1. cik cacah says:

    abam tidak pula masukkan lagi link2 kawan2 ke blog ini?
    i da update da link abam di that was me writing. :)
    isnin ni insyaAllah cikchah bawak mak dan baby gi lawat irfan. :)

  2. daddy says:

    tak sempat nak copy satu2 kat blog lama.. nnt lah letak link tu semua..

    minggu ni daddy tak balik keybee.. minggu depan balik la kot…

  3. cik nana says:

    wow. rumah baru…
    patut lah tetiba sani melompat ke blog saya.
    oh, ada ke patut buh nama betul? camne kalau klien saya jumpa blog nanti??

  4. daddy says:

    ala, ape salahnya.. boleh kuatkan networking…

  5. InAzra says:

    chomelll….