Posted: 24th February 2008 by daddy in Uncategorized

ntah la wehs, aku tak tau nak tulis ape kat blog ni.

sekejap, idea datang mencurah-curah.. rasa nak cepat je tangan mencapai keyboard,. but then, rasa macam hilang akal, hilang segala-gala jenis idea utk menulis kat blog. sorri aaa cik blog (blog aku pompuan.. kena panggey cik),i tak tau la nak jamu u ngan ape mlm ni

baru balik dari port dickson jumaat lepas. ada kursus 4 hari kat sane. puas la baby ‘j’ erin ku menghidu angin bayu di tepi pantai PD. tak mandi pon lagi erin tu. sian dia, bertompok tompok je.

isnin ni ada exam ptk. heheh, malu nak sebut, tapi exam ni aku amik paper umum je yg kantoi hari tu. just got the buku rujukan yesterday. tak baca pape pon lg. cemane nak lulus ngan cemerlang? dah try nak amik buku tu and baca, tapi asyik gagal je. minta-minta la tabah hati ni..

ari tu masa kursus kat PD, mak call. citer pasal abang aku dah balik cuti kejap kat kuching. pastu dia demam.. bla bla bla ada lagi la yang aku citer kat mak aku. then dia tanya, MySayang.com dah diskas ke ngan mama nya? aisey.. berat sket nak menjawab hal ini. actually benda tu tgh diuruskan dengan seriusnya oleh MySayang.com, mama nya dan orang tengah yang telah dilantik. keh keh keh… last-last aku suh mak aku dtg kl bulan 5 ni. alang2 kalo sempat, jumpa parents MySayang.com kat sini. kalo tak sempat jumpa pon, dengan rela hatinya aku sedia drive ke kelantan dengan mak aku utk gi jumpa diorang.. target eventnnya memang tahun ni. tu pun kalo sempat. kalo nak wat majlis tunang and nikah sekali gus, aku amat yakin memang sempat tahun ni. tapi kalo nak wat asing2, mungkin takleh setel tahun ni kot. byk lagi benda nak pikir. byk lagi duit nak dicari. takkan aku nak rompak bank utk kawen? kang tak pasal2 dalam sijil nikah ditulis “Hakmilik dituntut oleh Jabatan Penjara Malaysia”..

tapi kan, bersedia ke aku nak pegang title “laki orang” ni? besar tanggungjawab. kena report sane sini, ape yang berlaku, ke mana nak pegi, ngan sape nak kuar, bape duit habeh hari ni. pastu kena benti merokok plak tu. ape la aku nak wat nnt kalo dah kawen dan tak isap rokok? takkan nak geget batang pensel kot? iskk.. bahaya lah., karbon tu…

tapi ada sorang insan yang aku dah lupa sapa, penah bagitau, kalo nak tunggu ready ke tak ready, takkan dapat anak la ko… belasah je.. kalo rasa dah start nak gatal tu, kawen je. heheh… aku memang dah lama gatal pon… kui kui kui… iskk.. ape yg aku merepek ni? hmm… ok lah, tahun nie aku declare.. aku dah ready nak settle down… orang tu pon macam ok je, leh terima kebaikan dan keburukan aku… dah bape kali dah wat test kat dia.. alhamdulillah pass je.. ehehe.. kompom dia tak sedar bila masa lak aku test dia… hehehe.. terpengaruh ngan rancangan tv dari barat la ni..

dah takyah la nak bagitau betapa aku sayang kat MySayang.com.

dunia ni indah bila kita pandai nak corakkannya. sebab tu kalo ada orang bunuh diri ke hape ke, aku assume diorang tersalah corak or ada orang corakkan yang tak elok utk diorang… sian kan? they couldnt find keindahan dunia yang telah terbentang depan mata.. selagi masih bernafas, hayati lah keindahan cinta, kemanisan cahaya yang Allah dah tunjukkan kepada kita..

hmm.. bila eh aku nak stadi ni?