Perjalananku

Posted: 26th March 2008 by daddy in hari ini

Fuhhhh… penat. baru je balik dari Dynasty Hotel.

bertolak dari melaka pukul 11 lebey pagi tadi.. memang satu pengalaman la. tetiba rasa down gilos kat hotel di melaka sebab takda transport balik ke putrajaya.  nasib baik ada sorang boss ni baik hati patah balik dari tol air keroh utk menjemput diri ini kat hotel straits meridian untuk balik ke putrajaya. kalo tak, memang ingat nak jalan kaki je tadi dari melaka ke opis. huhu…

sampai kat opis td, terus gi lunch dengan MySayang.com. lepas lunch, naik ke tingkat 9, ingatkan nak terima wahyu dr atas. naseb baik KSU takda kat opis. so turun balik ke opis utk memulakan aktiviti mengacau staf-stafku yang comel-comel. heheh.. bukannya ada keje pon dtg ke opis hari ini. cuma nak buat powerpoint presentation KSU sikit. pastu selebih masa tadi digunakan untuk pusing melawat tempat-tempat di opis tu sambil kacau orang lain buat keje.

a few shocks hari ni:

1. AG dengan bangangnya buat potongan gaji aku dengan suka suki nya, walaupun aku dah bayar balik elaun tanggung keje yang terlebih bayar bulan 2 hari tu;

2. My immediate boss naik pangkat, pastu kena transfer ke jabatan lain (walhal banyak giler keje yang perlu disetelkan dalam masa yang terdekat);

3.  kena pegi sendiri ke Dynasty Hotel, KL sbb driver not available. terkontang kanting jugak belajar jalan nak ke sana dr colleague;

4. ada salesgirl yang teramat la cun skali call dua kali hari ni. nak promote barang2 dia, pastu ajak gi seminar esok kat IOI putrajaya.

esok dah nak fly ke singapore.  ada seminar kat sana sampai hari sabtu. and dalam hati dah pasang niat dan keazaman nak buat satu paperwork sekembalinya dari singapore. nakhantar direct to KSU. mane tau, lepas ni boley gi obersi lagi..

pape pon, keje kat opis melambak-lambak. tak terbuat rasanya, apatah lagi lepas boss ni transfer keluar on the 1st April nnt, i’m left alone in the unit. aku la boss, aku la kuli, aku la balachi…

tapi, aiman tak kesah!! (ahaks, boley plak aku teringat kat dak aiman tu.. huhu)