Cuti oh cuti…

Posted: 3rd May 2008 by daddy in hari ini

aduih… cuti ku pada hari jumaat terpaksa dikensel.

**************************

smalam (jumaat), aku tido kol 6 pagi. sengaja tido lambat, hanya untuk menyediakan my mind and soul untuk bercuti pada hari jumaat. pukul 8.15 pagi, satu panggilan tidak berjawab ku terima (tido mati, tak dengar bunyi henpon). pastu satu msg plak muncul di skrin henponku. disebabkan tone utk msg alert lebih kuat daripada ringtone, aku terjaga. satu voice mail. sila dail 1313.

“assalamualaikum encik sani, dato’ ksu nak jumpa encik kat bilik mesyuarat pukul 8.30 pagi ni. terima kasih.”

aiyakkk… jam dah pukul 8.20 pagi… aku try call balik no PA KSU tu. tapi tak dapat. call officer lain yang berkemungkinan senasib dengan ku. juga tidak berjawab.

aku berfikir kejap. samada nak teruskan tidur ku ataupun gi opis. mengalah! lepas mandi, teringat baju kemeja yang tak digosok lagi. nasib baik la ada sepasang baju melayu yang tak berapa berkedut dalam almari ku menjadi penyelamat pagi itu.

aku sampai kat opis pukul 9 pagi. luckily la KSU kena panggil mengadap menteri pagi ni. so, takda la nampak sangat aku masuk miting lambat. bila KSU masuk, tak pasal2 kena sindir, “sani, u r not on leave today right?” sambil senyum sinis lak tu.

“no dato’, i’ve cancelled my leave.” perghhh.. berat kata-kata itu untuk diungkapkan.

nampaknya rancangan tak menjadi. dah 3 malam tidur ku tidak mencukupi. the night before that aku tido dalam lebih kurang 4 jam. pagi smalam 2 jam.

skarang dah pukul 1.30 pagi, 3 Mei 2008. pagi nanti pukul 6 dah kena bangun, siap2 untuk Perhimpunan Hari Pekerja. attendance for me is compulsary.

fffuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..

p/s: hidup ku tetiba tidak menentu….